Dua Remaja Asal Borneo Dinobat Sebagai Olahragawan & Olahragawati MSSM 2022

Share

Kedua-duanya bakal pelapis dunia sukan negara.

Earl Isaac Mitzler Fredolin dan Ng Jing Xuan masing-masing berusia 14 dan 18 tahun telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022. Kejayaan yang dicapai ini seiring dengan prestasi yang ditonjolkan.

Earl Isaac yang merupakan seorang atlet lontar peluru telah mencipta kejutan dengan memecahkan rekod kategori lelaki 15 tahun sekaligus menyumbang pingat emas kepada kontinjen Sabah. Dia mencatatkan lontaran sejauh 18.26 meter.

Selain bergelar Olahragawan secara keseluruhan, Earl Isaac turut diiktiraf sebagai peserta tebaik bagi kategori lelaki 15 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih Empat Pingat Emas! Pengiran Aidil Auf Cemerlang Di Kejohanan Olahraga MSSM 2022

Dari negeri di bawah bayu kita ke bumi kenyalang pula. Gadis tinggi lampai, Ng Jing Xuan yang berasal dari Sarawak ternyata tiada tandingan saat melakukan aksi cemerlang dalam acara rejam lembing kategori perempuan 18 tahun.

Dia yang merupakan pelajar tingkatang enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang turut mencipta sejarah apabila memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 44.10 meter. Selain bergelar Olahragawati secara keseluruhan, Ng Jing Xuan juga memenerima gelaran peserta terbaik kategori wanita 18 tahun.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, selain mewakili Sarawak dalam Kejohanan Olahraga MSSM 2022, gadis ini juga turut mewakili negerinya dalam SUKMA 2022 dan cemerlang menggondol pingat emas.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen