Kerabat Diraja Britain memiliki pelbagai koleksi mahkota dan tiara yang akan digunakan oleh ahli perempuan dalam keluarga tersebut. Namun akesori mewah itu bukanlah menjadi milik sesiapa kerana setiap satunya dipinjamkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II untuk dipakai di majlis tertentu.
Namun tahukah anda ada satu tiara digembar gemburkan menjadi pemberian kekal mendiang Ratu Elizabeth II kepada menantu kesayangannya, Sophie Helen Rhys-Jones. Beliau yang berasal dari golongan rakyat kebanyakan diberi gelaran Countess of Wessex apabila berkahwin dengan anak bongsu mendiang, Putera Edward.
ARTIKEL BERKAITAN: Milik Duchess of Cambridge Sehingga Akhir Hayat, Ini Tiga Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II Kepada Kate Middleton
Sophie yang berkahwin dengan Putera Edward pada 19 Jun 1999 menjadi rapat dengan ibu mentuanya dan dikatakan hubungan baik mereka berkekalan sehinggalah Ratu Elizabeth II menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tatkala berkahwin dengan Prince Edward, Ratu Elizabeth II telah memberi sebuah tiara yang dihasilkan khas menggunakan perhiasan kemas milik baginda. Menurut sumber, tiara tersebut dihasilkan daripada koleksi perhiasan kemas yang sebelum itu dimiliki moyang Ratu Elizabeth II, Ratu Victoria.
Digelar The Anthemion, tiara tersebut memiliki motif dedaun yang berbentuk kipas dan disusun daripada empat perhiasan yang diganding rapi. Walaupun tiara tersebut kelihatan ringkas namun memiliki sejarah dan nilai sentimental yang tinggi memandangkan ia dihasilkan dari perhiasan kemas yang sudah berusia ratusan tahun.
Tiara tersebut dipakai oleh Sophie pada hari perkahwinannya sehingga kini jika beliau menghadiri majlis-majlis keramaian kerajaan ataupun majlis melibatkan kerabat Diraja seluruh dunia.
Perkahwinan Sophie bersama Putera Edward dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lady Louise Windsor, 18, dan James, Viscount Severn, 14. Adakah tiara tersebut akan diperturunkan kepada anakanda perempuannya kelak, atau menjadi harta warisan keluarga?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.