Personaliti dan usahawan muda, Vivy Yusof sememangnya pandai memenuhi citarasa masyarakat Malaysia apabila jenama kosmetiknya dUCK kini telah bekerjasama dengan Tealive untuk projek lipstick terbaru mereka.
The Limited Edition dUCk Boba Lipstick Set diberi nama daripada inspirasi minuman boba 70% Sugar (Mauve Rose), Pudding Please (Soft Pink Nude), Brown Sugar (Warm Plum), Warm Boba (Soft Brick Nude) dan Extra Pearls (Neutral Pink).
Vivy mengakui dia seorang yang sukakan minuman boba dan sering mengidam sepanjang waktu mengandung dahulu. Dan mungkin kerana disebabkan itu, wanita berkerjaya ini mengambil peluang untuk mengeluarkan koleksi terhad lipstiknya dengan kerjasama jenama minuman boba terkenal, Tealive.
Dengan hanya berharga RM50, korang juga boleh mendapat diskaun sebanyak 10% untuk minuman Tealive di 50 cawangan yang terpilih. Tunjuk sahaja The Limited Edition dUCk Boba Lipstick korang tu, dan dapatkan diskaun sepanjang bulan Mac ini. Pelanggan juga akan menerima minuman mereka dalam cawan Tealive x dUCk khas (sementara stok masih ada).
Ads
Difahamkan juga, setiap pembelian set lipstik ini, korang akan mendapat keahlian Tealive seumur hidup.
Wah, berbaloi-baloi tawaran edisi kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja nama Billie Eilish, apa yang korang bayangkan?
Pakaian oversized? Betul. Lagu ‘berbisik’? Betul. Rambut pelbagai warna? Betul, betul, betul!
Namun, satu perkara yang kami akan bayangkan bila bercakap mengenai Billie Eilish adalah kecantikan kulit wajahnya yang bersih, licin dan menjadi idaman ramai remaja. Di saat kebanyakan daripada kita mengalami isu kulit seperti jerawat, jeragat, kusam dan kering, Billie seakan mempunyai formula sendiri bagi mengekal keadaan kulit yang memberangsangkan.
Menerusi video bersama Vogue Amerika Syarikat pada minggu ini, Billie telah mendedahkan rahsia di sebalik penjagaan dirinya pada waktu malam.
Katanya, dia hanya mula mengambil berat mengenai perihal kecantikan pada usia 12 tahun. Ia setelah abangnya, Finneas menjelaskan kepentingan menjaga kulit sejak usia muda memandangkan Finneas pernah mengalami situasi kulit tidak memuaskan dahulu. Oleh itu, Finneas yang empat tahun lebih tua daripada Billie enggan adiknya juga mengalami perkara sama.
“Penjagaan kulit tidak ‘mempunyai’ label jantina. Rutin kecantikan pada waktu malam bukan saja ia membantu saya secara fizikal tetapi juga secara mental. Setelah tamat persembahan atau konsert; adrenalin saya masih tinggi tinggi. Lalu, rutin pada waktu malam ini membuatkan saya terasa relaks. I feel so much better when I feel good abaout my skin,” ujarnya,
Kongsi Billie lagi, dia disyorkan untuk melantik seorang facialist atau juru kecantikan terkenal Hollywood bernama Biba yang juga mengeluarkan produk-produk di bawah nama Biba de Sousa yang digemari Billie hingga ke hari ini.
Jom lihat langkah-langkah penjagaan kulit Billie pada waktu malam. Tidak susah mana pun.
*
Face Wipes Josie Maran Bear Naked Wipes
Pupur Muka (Mask) Biba De Sousa The Zic Mask
Pencuci Muka Biba De Sousa Mandelic Cleasing Gel
Toner Biba de Sousa Glycolic Lactic dengan menggunakan wipe pads yang diperbuat daripada kain baju lama.
Pelembap Muka Biba de Sousa Daily Moisturizer. Hanya dua pam sudah cukup!
Krim MukaBiba de Sousa Cream Barrier
Hydrating Toner Biba de Sousa Hydrating Toner
(Dari Atas Kiri) : The Zic Mask, Mandelic Cleasing Gel, Glycolic Lactic Toner, Daily Moisturizer, Cream Barrier dan Hydrating Toner. Kesemuanya daripada jenama Biba De Sousa.
*
Hampir kesemua produk yang digunakan Billie memang daripada jenama Biba de Sousa kan! Korang juga boleh mendapatkannya secara atas talian dan mencuba keberkesanannnya.
Dua lagi langkah akhirnya sebelum masuk tidur adalah untuk membiarkan bibirnya lembap dengan mengoles produk Aquaphor Healing Ointment sebagai lip balm.
Kemudian, Billie akan meratakan krim badan Amber Vanille Souffle daripada Laura Mercier yang membantunya untuk mendapatkan waktu tidur berkualiti di samping melembutkan kulit badan.
(Dari Kiri) : Aquaphor Healing Ointment dan Laura Mercier Amber Vanille Souffle.
Seperkara lagi yang dikongsikan oleh Billie, penyanyi Happier Than Ever itu juga akan mengelakkan daripada makanan dan minuman berasaskan gluten dan susu (dairy). Baginya, dua kandungan itu akan menganggu kulitnya malah alergi terhadapnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usaha baik pulih udara yang dicemari gas beracun methana di Pasir Gudang Johor masih diteruskan hingga ke hari ini.
Pelbagai andaian telah dibuat untuk mengetahui siapakah punca di sebalik pencemaran ini, berapa lamakah ia akan berterusan dan sejauh mana mangsa akan pulih 100 peratus dalam masa terdekat.
Namun, pendedahan terhadap bahan kimia yang ada tersenarai sebagai bahan buangan di Sungai Kim-Kim, Johor itu membuatkan kami sedikit terjejut. Ini kerana ada di kalangannya yang terkandung dalam asap sebatang rokok.
Antaranya termasuklah..
01
Acrylonitrile
Sejenis cecair toksik yang digunakan dalam pembuatan polimer dan fiber artifisial. Jika terdedah kepadanya, mangsa akan mengalami simptom pening-pening, badan lemah dan sakit kepala.
02
Hydrogen Chloride
Selalu gunakan kertas dan bleach untuk pakaian kan? Itulah antara produk yang mengandungi Hydrogen Chloride. Bahan kimia berasid ini mengakibatkan sesak nafas, radang hidung, batuk dan sakit tekak.
03
Ethyl Benzene
Bersifat mudah terbakar, bahan kimia ini mempunyai bau sama seakan gasolin. Jika menghidu secara berterusan, mangsa akan mengalami simptom gangguan darah badan. Selain itu, ia mengancam kesihatan hati, buah pinggang dan jantung.
04
Toluene
Sejenis hydrocarbon aromatik yang juga dikenali sebagai toluol. Apabila menghidunya (seakan bau cat thinner) secara obsesif, ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan hati. Bagi ibu mengandung pula, kesan menghidu Toluene setiap hari menaikkan risiko bayi cacat fizikal, mental dan penumbesaran.
05
Xylene
Ia selalu digunakan di dalam makmal perubatan sebagai bahan solvent. Namun, pendedahan terhadap gas Xylene secara berterusan boleh mengancam sistem saraf sentral dan membawa kepada simptom sakit kepala, loya dan muntah-muntah.
06
Acrolein
Ini juga merupakan bahan kimia yang mudah terbakar dan merupakan punca kepada sesak nafas.
***
REMAJA berharap agar keadaan & kadar kesihatan sekeliling di Pasir Gudang akan pulih seperti sedia ada. Bagi yang merokok, fikir-fikirkanlah..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti nan satu ini. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin merupakan figura yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Hebat sebagai anak seni dalam dunia seni lakonan dan nyanyian dia juga ligat berniaga sebagai salah satu punca rezeki.
Mula melancarkan jenama tudung dengan nama Tudung Fazura tahun ini, setiap kali penghasilan koleksi pasti mengundang tular yang mana setiap satu rekaan habis dijual dalam masa yang singkat. Semestinya rekaan yang cantik dan harga yang berpatutan menjadi faktor mengapa ia menjadi pilihan para hijabi di luar sana.
Memetik isi temubual Fazura bersama Hijabista, “Perkara pertama apabila hendak menghasilkan koleksi tudung adalah saya tidak mahu jual mahal dan lebih daripada RM30. Pada mulanya Faz nak jual dengan harga RM25, lepas itu Faz terfikir yang 27 merupakan nombor yang menarik. Tarikh tersebut adalah hari jadi saya dan tarikh Fattah propose. Dan harga tersebut masih lagi di bawah RM30.”
Kongsinya lagi selepas melancarkan tudung tersebut, apabila ia habis dijual dan ramai pembeli yang mengambil gambar dan muat naik serta tag di laman media sosial membuatkan dia rasa bersyukur dengan penerimaan ramai.
Beverly Charm menampilkan corak dedaun palma dan bunga-bungaan.
Terbaharu ibu kepada seorang cahaya mata ini telah melancarkan satu lagi koleksi yang diberi nama The Saujana. Sesuai dengan namanya, setiap satu rekaan tudung di dalam koleksi ini diberi nama mengikut lokasi-lokasi menarik di dunia. Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk diabadikan menerusi koleksi ini seperti memori Makkah, Rindu Madinah, Susur Nusantara dan Impian Istanbul.
Corak Mimpi Nautika
Setiap satu rekaan corak tudung dalam koleksi ini tidak rigid dan memiliki cerita tersendiri. Misalnya tudung Impian Istanbul menampilkan corak bunga-bungaan manakala tudung Mimpi Nautika pula menampilkan corak jalur. Setiap satu memiliki keunikan tersendiri, semestinya jika anda penggemar corak-corak yang berani dan menyerlah rekaan ini padan dengan personaliti anda.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...