Duduk Rumah & Gajet Tak Lekang Dari Tangan, Korang Mungkin Alami Computer Vision Syndrome

Share

Dalam waktu PKP yang diarahkan di seluruh sekarang, pasti ramai menghabiskan masa di depan laptop atau pun gajet atas urusan kerja mahu pun sekadar untuk menghabiskan masa. Nak buat aktiviti di luar pun terhad, jadi kebanyakan daripada kita memilih untuk duduk di rumah dan menonton drama.

Gambar hiasan

Penggunaan komputer atau pun gajet ini telah menimbulkan kebimbangan akan kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya. Menurut myhealth, dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.

Kesannya..

• Penglihatan lesu (visual fatigue)
• Sindrom mata kering (dry eye syndrome)
• Rabun penglihatan

Malah, sekiranya sejak kebelakangan ini korang merasa mata selalu letih, sakit kepala, sakit leher, susah nak fokus, mungkin disebabkan korang mengalami Computer Vision Syndrome.

Dr Lael Salim menjelaskan di laman Twitternya bahawa sindrom ini tidaklah bahaya tetapi bakal membuatkan individu tersebut berasa tidak selesa. Punca berlakunya
Computer Vision Syndrome ini adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut:

• Guna gajet terlalu lama tanpa rehat
• Postur yang salah
• Silau daripada skrin
• ‘Lupa’ nak kelip mata
• Skrin terlalu dekat dengan mata

Gambar hiasan

Ha, confirm korang memang selalu terdedah dengan situasi-situasi seperti itu kan?

Jadi, apa yang perlu korang buat?

Cara nak mengelakkan Computer Vision Syndrome selain daripada menjaga postur dan menjaga jarak dengan gajet, korang juga boleh mengamalkan ‘visual hygiene’.

Visual hygiene: rule 20/20/20

Untuk setiap 20 minit, rehat selama 20 saat dengan cara melihat sejauh sekurang-kurangnya 20 kaki. 20 saat adalah tempoh yang diperlukan untuk mata kita berehat.

Gambar hiasan

Bagaimana pula korang nak tahu 20 kaki sejauh mana?

20 kaki bersamaan 6 meter, tapi tak perlulah korang sampai ukur jarak 6 meter tu. Cukup sekadar memandang sejauh mungkin.

Namun, sekiranya tanda-tanda seperti sakit kepala dan sakit mata disertai dengan pandangan kabur dan loya atau muntah, segeralah berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri ada masalah lain pula.

Jadi mulai daripada sekarang, setiap kali 20 minit selepas melihat komputer atau gajet, eloklah korang merehatkan sebentar mata dengan melakukan teknik visual hygiene yang telah diajar oleh Dr Lael Salim.

Sumber: Dr Lael Salim

Published by
Noor Ain Norman