Berita

Duduki Tempat Ke-35, Hidangan Apam Balik Tergolong Dalam Kategori Pankek Paling Sedap Di Dunia!

Share

Apam Balik, sejenis pencuci mulut yang cukup menggiurkan setiap mata yang memandang.

Disajikan dengan pelbagai pilihan inti manis seperti kacang tanah, gula, dan kadang-kadang jagung krim atau kelapa parut, apam balik menggambarkan keharmonian dan kekayaan pelbagai gabungan rasa dalam setiap gigitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuih Kegemaran Ramai! Karipap Duduki Tangga Kelima Pastri Paling Sedap Di Dunia

Maka tidak hairanlah apabila laman web terkemuka TasteAtlas baru-baru ini menyenaraikan Apam Balik sebagai pankek ke-35 paling sedap di dunia.

Dilaporkan, Apam Balik menduduki tangga ke-35 daripada 50 jenis penkek yang wujud di seluruh dunia dengan nilai skor 4.2 daripada 5. Wow!

Bagi kategori hidangan pankek di seluruh dunia, TasteAtlas telah menobatkan menu ‘crepe’ dari Perancis sebagai tempat pertama diikuti oleh penkek dari Austria-Hungary iaitu Kaiserschmarrn di tempat kedua manakala Jianbing berada di tempat ketiga.

Crepe, hidangan cukup manis yang kebiasaannya dihidang bersama sos coklat dan buah-buahan.

Carta ini juga menunjukkan bahawa Apam Balik lebih mendapat sambutan berbanding menu pankek tradisional dari Kanada yang sering dimakan dengan sirap mapel.

Pankek tradisional berasal dari Kanada.

Apam Balik bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga terkenal di negara jiran kita iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.

Menurut TasteAtlas, hidangan ini juga mula diperkenalkan di negeri Pulau Pinang oleh kaum Cina yang berhijrah dari wilayah Fujian, China.

Sebelum ini, menu karipap juga telah disenaraikan oleh TasteAtlas sebagai pastri kelima paling sedap di dunia.

BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO/ARTIKEL: TRPBM, Taste Atlas

Published by
Adriana Syaurah