Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Belum lagi Covid-19 mengundurkan diri. Tonga atau lebih dikenal dengan Kerajaan tonga merupakan sebuah kepulauan di selatan Samoa kini sedang depan dengan letusan gunung berapi bawah laut yang bahaya.
ARTIKEL BERKAITAN : Sempat Lagi! Pasangan Rakam Foto Kahwin Epik Ketika Gunung Berapi Taal ‘Berasap’
Semalam, gelombang ombak besar setinggi 1.2 meter dikesan di ibu negara Nuku’alofa pada jam 3.30 petang Sabtu waktu tempatan menurut Biro Meteorologi Australia.
Mungkin jarang didengari tentang gunung berapi bawah laut meletus. Tapi rupanya ia benar-benar wujud dan paling menakutkan ada beberapa lagi yang sedang menunggu masa untuk meletus dan impaknya mungkin akan lebih teruk dari gunung berapi di Tonga.
1. Gunung berapi West Mata
Terletak di Lautan Pasifik antara Kepulauan Fiji dan Samoa, gunung berapi ini merupakan salah satu gunung berapi bawah laut paling aktif di dunia. Menurut Smithsonian Institution, para saintis dilaporkan mula mengesan tanda-tanda letusan di West Mata pada tahun 2008 apabila kepulan partikel dikenal pasti di 175 meter di atas puncak gunung berapi.
Ia terletak pada kedalaman 1.2 kilometer di bawah paras laut dengan keluasan kira-kira 6 kilometer.
Pada 4 Julai 2009, letusan gunung berapi bawah air paling dalam telah berhasil direkodkan oleh kapal selam robotik Amerika Syarikat. Setelah menunggu selama 25 tahun para saintis akhirnya berjaya merakam letusan gunung berapi bawah laut itu. Robot kapal selam itu bukan sahaja berhasil mendekati gunung berapi West Mata, bahkan dapat mengambil sampel cecair gunung berapi berkenaan.
2. Gunung berapi Loihi
Loihi bermaksud ‘panjang’ atau ‘tinggi’ dalam bahasa Hawaii dan bersesuaian dengan namanya, gunung itu kelihatan menonjol seperti taji jika dilihat dari Pulau Besar Hawaii yang berada kira-kira 20 batu dari pantai selatan.
Kepulauan Hawaii sendiri terbentuk apabila bahagian besar dasar lautan melalui titik panas di bawah kerak bumi yang menembusi dasar lautan sehingga mewujudkan gunung berapi yang memuntahkan batu cair.
Loihi dikatakan terletak pada kedalaman 914.4 meter di Lautan Pasifik dan turut dikenali sebagai ‘gunung berapi termuda’ dalam rantaian Hawaii. Di sekelilingnya, terdapat gunung berapi yang lebih ‘tua’ iaitu Mauna Loa, lapor Soest Hawaii.
Sebelum tahun 1970-an, Loihi tidak dikesan sebagai gunung berapi yang aktif, sebaliknya ia dianggap sebagai gunung berapi bawah laut biasa dari jenisnya yang mengelilingi pulau Hawaii.
Namun, selepas itu para pengkaji mendedahkan bahawa Loihi adalah gunung berapi yang masih muda dan aktif, bukannya gunung laut mati yang sudah tua. Ia dipenuhi dengan aliran lava dan secara aktif mengeluarkan cecair hidroterma di puncaknya.
3. Gunung berapi Seamount X
Gunung berapi Seamount X terletak di bawah laut Kepulauan Mariana, Amerika Syarikat. Aktiviti hidroterma pertama kali telah dikesan semasa ekspedisi NOAA 2003 di gunung berapi itu, kira-kira 70 km sebelah barat Guam.
Puncak gunung berapi, yang disebut sebagai Seamount X itu terletak 1,230 meter di bawah paras laut.
4. Gunung berapi Kick ‘Em, Jenny
Gunung berapi ini berketinggian 1,300 meter yang dari bawah permukaan laut dan ia terletak di 8 km di pantai utara Grenada, sebuah negara kepulauan di Karibia. Kick ‘Em, Jenny ialah salah satu gunung berapi paling aktif di timur Caribbean dan satu-satunya gunung berapi dasar laut aktif yang diketahui di rantau ini.
Menurut Geology.com, dalam tempoh pemantauan yang terhad, gunung berapi itu dikesan menghasilkan letupan dan efusi kecil. Ia juga menyokong sejumlah besar kewujudan hidroterma yang menghasilkan air panas dan gas.
Terdapat banyak sejarah letusan yang dihasilkan oleh gunung ini sejak tahun 1939. Ketika itu, awan letusan dikatakan telah naik hingga 275 meter di atas permukaan laut.
5. Gunung berapi Marsili
Berada di Laut Tyrrhenian iaitu kira-kira 175 kilometer di selatan Naples, Marsili adalah salah satu gunung berapi terbesar di Eropah dengan panjang 70 km dan lebar 30 km. Gunung ini telah ditemui pada tahun 1920 dan dinamakan sempena tokoh Itali, Luigi Ferdinando Marsili dan kajian meluas tentangnya hanya dijalankan bermula awal tahun 2000.
Ketinggian gunung ini ialah kira-kira 3,000 meter dari dasar laut manakala puncak dan kawah mencapai 450 meter di bawah permukaan air. Gunung berapi ini mempunyai potensi untuk meletus lagi pada masa hadapan.
Moga, ditahun 2022 ini kita dilindungi dari bencana dan malapetaka.
BACA LAGI : Pengebumian Bermakna! Lihat Titisan Air Mata Putera Charles & 5 Momen Lain – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Kompas.com