Semestinya untuk mencapai apa yang kita impikan, terutamanya bergelar penuntut universiti ada cabarannya tersendiri yang perlu kita hadapi dengan lapang dada. Namun, pada akhirnya, segala pahit getir, asam garam kehidupan sebagai seorang mahasiswa pasti akan membuahkan hasil.
Sama seperti salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia 4 (AF4) ini, kini dia mampu menarik nafas lega apabila ‘kepayahan’ dilalui sejak 2017 memberikan hasil berbaloi apabila berjaya menggenggam segulung doktor falsafah (PhD) dalam jurusan muzik dari University of Liverpool, England pada Rabu.
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram, penyanyi Diddy Hirdy yang dilihat mengenakan jubah konvokesyen mendedahkan rasa sebak dan terpaksa menahan air mata lelakinya ketika di atas pentas apabila terkenang semula pelbagai dugaan yang dihadapinya sepanjang perjalanan untuk menamatkan pengajiannya di bumi asing.
Selain itu, pelantun lagu popular Hilang itu berkongsi, pengalaman dilaluinya sebelum ini umpama pengorbanan yang akhirnya berbayar.
“Semua orang gembira dan senyum bila naik atas pentas. Diddy pun lakukan perkara yang sama. Cuma jauh disudut hati menahan sebak dan air mata (bunyi macam dramatik), tetapi itulah realitinya. Wallahi…
Ads
“Terkenang perjalanan PhD yang penuh berliku dan yang tak pernah surut dengan dugaan. The ultimate dugaan apabila kami sekeluarga dijangkiti Covid-19 pada tahun lepas semasa bulan puasa bila mana dah nak tunggu PhD viva sahaja.
“Yang paling berat, bila isteri Diddy sampai masuk ke hospital kerana Covid-19 dan tahap oksigen dia pernah juga turun. Tetapi Alhamdulillah, Allah itu maha penyayang. Kami semua diberikan semula kesihatan yang baik dan yang paling penting, saya lulus viva dengan mudah (ikut perasaan dan pengalaman saya lah),” coretnya panjang.
Ads
Dalam pada itu, Diddy yang kini bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, turut menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa apabila ‘bersetuju’ untuk dirinya bergelar titile seorang doktor falsafah.
“Dan momen ini adalah momen bersejarah yang bukan sahaja meraikan kejayaan, tetapi mengenang perjalanan yang diibaratkan tidak pernah sudah ujiannya. Sebab itulah Diddy menangis bila lulus viva PhD. Sampai sekarang masih membuatkan Diddy sebak bila mengenangkan semua ini. Terima kasih Allah,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau korang masih ingat lagi dengan gadis misteri yang pernah muncul dalam Asia's Got Talent 2017, The Sacred Riana pernah menjadi bualan kerana setiap kemunculannya dalam rancangan realiti tersebut boleh menaikkan bulu roma penonton.
Merupakan seorang ahli silap mata, kini pemilik nama sebenar Marie Antoinette Riana Graharani sudah pun beraksi di layar perak.
Dengarnya, penonton bakal disajikan dengan aksi yang lebih seram.
Mempertaruhkan The Sacred Riana: Beginning dalam kemunculan pertamanya, filem ini mengisahkan tentang Riana yang tinggal bersama ibu bapanya yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian di sebuah bandar kecil.
Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka. Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riana. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu.
Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh.
Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.
Apakah yang seterusnya akan terjadi?
Jangan lupa saksikan The Sacred Riana: Beginning di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Disember 2019.
Psstt.. ada yang nak belanja kami tengok wayang tak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konsert jelajah tersebut merupakan rangka promosi album ke empatnya yang sepatutnya akan berada di lima lokasi bermula San Francisco pada 23 Oktober ini.
Pada Rabu lalu dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.
Zayn dan Liam sebelum ini sama-sama pernah menganggotai One Direction sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2010 sebelum mereka rasmi berpecah sekitar 2016.
Kumpulan itu turut dianggotai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson dan harry Styles.
Uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam di Eastin Hotel Petaling Jaya setelah hampir sebulan mengadakan uji bakat pencarian di beberapa negeri berbeza seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
Antara juri yang hadir memeriahkan dan membantu dalam pencarian peserta Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas adalah Azhar Sulaiman, pelakon dan pengacara terkenal.
Beliau yang turut merupakan bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat telah bersama-sama berhempas pulas dalam mengadili ratusan anak muda yang hadir ke uji bakat tersebut.
“Sebaik sahaja sampai pagi tadi, saya saksikan ramai sangat anak muda yang sanggup datang untuk uji bakat Hero Dewi Remaja kali ini,
“Namun dari segi penampilan dan pemakaian, takpelah kita campak tepi sebab tahun ini kita benar-benar mahu mencari individu yang mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk menjadi hero dan dewi remaja tahun ini,” jelasnya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UiTM ini juga enggan mengetepikan soal bakat dan rupa dalam pencarian peserta tahun ini kerana ianya merupakan aspek paling penting.
“Ianya bukan mengenai akademik, rupa dan talent secara berasingan sahaja. Kita mencari individu-individu yang mempunyai pakej yang lengkap iaitu rupa dan bakat,” komennya.
Mula berlakon sejak tahun 1989, pelakon berpengalaman ini enggan mengkritik pelapis anak seni zaman sekarang dan menganggap bahawa ianya normal bagi mereka untuk tidak mahir sepenuhnya dalam menguasai seni lakonan.
“Sebagai seorang pelakon senior, saya merasakan platform Hero dan Dewi Remaja ini sudah banyak melahirkan barisan pelapis dan anak seni dalam negara,
“Tiada apa pun yang kurang dengan generasi pelakon muda kini dan selalunya mereka akan sedikit lacking hanya pada permulaan karier. Setelah lama berkhidmat di dalam industri, perkara ini akan menjadi kebiasaan bagi mereka,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...