Ini luahan hati paling dalam dari Rokiah Hashim, 63 yang mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan bantuan kewangan buatnya dan keluarga.
Semalam ibu ini meminta pertolongan dari rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpulkan duit sebanyak RM30,000 bagi membawa balik jenazah anaknya, Rizq Azzadin Mohd Azhar, 32 tahun yang dilaporkan lemas di Sungai Colo NSW, Sydney, Australia kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia dua hari lalu.
Rayuan kewangan itu dibuat selepas mereka sekeluarga buntu mencari wang sebanyak itu selepas Wisma Putra di Australia memaklumkan mereka tiada bantuan kewangan khusus untuk disalurkan bagi membolehkan jenazah Rizq Azzadin dibawa pulang ke tanah air selepas pihak berkuasa di Australia meminta kos pengebumian sebanyak RM40,000.
“Alhamdulillah, setakat semalam selepas berita ini disiarkan, sumbangan dari orang ramai mencecah RM12,000. Seorang lagi anak saya di sana yang bekerja sekali dengan abangnya memaklumkan komuniti Islam dan orang putih (mat salleh) di sana juga ada membantu dan kewangan itu sudah cukup bagi membolehkan jenazah Rizq dibawa balik ke sini.
“Malam ini suami saya, Mohd Azhar dan anak, Rizq Nadira, 28 tahun akan bertolak ke Australia jam 9 malam itu bagi melihat apa yang boleh dibantu dengan duit sumbangan orang ramai yang begitu prihatin dengan kesusahan yang kami sekeluarga alami ketika ini. Tiket sudah dibeli dan saya harapkan semuanya berjalan dengan baik. Saya difahamkan, dalam sehari dua lagi jenazah Rizq akan dibedah siasat sebelum diberi kebenaran untuk dibawa pulang.
“Kami pilih urusan pengebuminya di Malaysia kerana kos membawa pulang jenazah RM30,000 berbanding urusan pengebumian di sana yang mencecah RM40,000. Anak di sana juga sudah berurusan dengan agen-agen dan saya minta doakan agar urusan anak dipermudahkan,” katanya mengakui agak bersedih dengan kejadian berlaku.
Call tapi tak dapat cakap
Ads
Diminta berkongsi lebih lanjut, kata Rokiah, kali terakhir dia menghubungi arwah anaknya pada Sabtu lepas tetapi panggilan itu dijawap oleh adiknya Rizq Adam, 25 tahun yang memaklumkan mereka baru balik dari kerja dan agak penat.
“Tak dapat cakap dengan arwah. Sehinggalah saya dapat berita ini dari seorang rakan kepada Adam yang menghubungi memaklumkan Rizq meninggal dunia akibat lemas. Anak, Adam tak mampu bercakap apa dah, seluruh tubuhnya lembik selepas kejadian abangnya itu,”katanya memaklumkan dua anaknya bekerja kontrak di Australia.
Anak suka aktiviti advanture
Ads
Alahyarham Rizq Azzadin dipercayai lemas selepas terjun ke Sungai Colo dan sejurus itu arwah dipercayai tidak timbul-timbul.
Difahamkan, Rizq Azzadin pergi bercuti bersama empat orang kawannya termasuk adiknya, Adam. Rizq yang terjun dulu dan terus tak naik. Yang lain pun takut nak tolong sebab arusnya kuat selain deras.
Jelas Rohani, anaknya itu memang sukakan aktiviti yang mencabar namun tiada siapa menyangka ajalnya di bumi Australia ini. Biar sedih tetapi sebagai ibu dia redha dengan kejadian menimpa anaknya itu. Namun apa diharapkannya agar jenazah Rizq Azzadin dipermudahkan urusan kepulangannya agar dia boleh selalu menziarahi kubur anaknya itu.
Media tempatan Australia, 9News dilaporkan berkata, mangsa sedang berenang bersama dua yang lain berdekatan Jambatan Putty Road sebelum tiba-tiba hilang dari permukaan sungai.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana kita tahu, Malaysia sebelum ini pernah diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19. Wow bangga tak?
Mana tak bangga, negara-negara yang dikatakan maju tu pun tak mampu tangani pandemik Covid-19 seperti yang dilakukan oleh Malaysia.
Terima kasih semua frontliner…
Terbaru, satu lagi berita gembira telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, dan beliau berkata, pengiktifaran itu didedikasikan kepada semua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan Malaysia, atas usaha cemerlang mereka.
Tonight live news from London, Malaysia won the Health and Medical Tourism Destination of the Year 2020 award. This award is dedicated to all stakeholders in #malaysiahealthcare excellent performance in 2019/2020. Once again my heartiest congratulations to the entire Team. pic.twitter.com/jGwI2mqkru
“Anugerah ini didedikasikan kepada semua pemegang taruh di #malaysiahealthcare prestasi cemerlang pada 2019/2020. Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada keseluruhan pasukan,” katanya dalam hantaran di Twitter.
Ciapan Dr Noor Hisham Dibanjiri Kata-Kata Ucapan Netizen
Untuk info, kejayaan terbaharu itu diumumkan pada Anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) yang diadakan secara dalam talian.
Sementara itu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam satu kenyataan menyatakan, pengiktirafan kali keempat berturut-turut itu, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia dan mencerminkan komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan, khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.
Cayalah, Tahniah kami ucapkan buat semua kerana mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.
Malang tak berbau apabila sebuah pesawat peribadi yang masih tidak dikenalpasti identitinya dilaporkan jatuh terhempas di Elmina, Shah Alam sebentar tadi.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu disahkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (Selangor) dan buat masa kini operasi menyelamat sedang dijalankan.
On my way to meeting Sime Darby. All road to Elmina West are closed. Private jet terhempas. 3 penumpang. Satu penunggang motor jadi mangsa
📍 Elmina West pic.twitter.com/dKYFfMaaw9
Menjenguk ke ruangan komen di media sosial, majoriti netizen jelas terkejut dengan berita malang ini.
“Allahu, semoga segala urusan dipermudahkan,” komen netizen.
“Abang rider yang terlibat sempat bangun jalan dengan badan terbakar nak selamatkan diri namun nyawa tak panjang,” komen simpati seorang warganet yang turut menjadi saksi kejadian.
“I’m shaking, betul-betul depan rumah,” komen warganet lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Sinar, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya lebih kurang tiga bulan juga pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) terkandas di rumah gara-gara COVID-19.
Oleh itu, pembelajaran secara online telah dilakukan dan ternyata situasinya adalah berbeza berbanding pembelajaran di kelas.
So ada berita baik dan korang boleh menarik nafas lega mendengar pengumuman ini.
Hari ini sidang media Kementerian Pengajian Tinggi hari ini, Datuk Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan bahawa untuk membenarkan kemasukan 4 lagi kategori ke kampus secara berperingkat bermula Julai 2020:
1. Pelajar tempatan di institusi pengajian swasta
2.Pelajar tahun 1,2,3,4 universiti awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih tubi, bengkel, makmal atau peralatan khas. Ini juga kepada pelajar yang perlu menduduki peperiksaan badan profesonal.
3. Pelajar tahun 1,2,3,4 universiti awam yang tidak mempunyai akses internet.
4. Pelajar antarabangsa dari universiti awam dan swasta termasuk pelajar baharu.
Pengumuman ini dilaksanakan seiring dengan keadaan pandemik Covid-19 yang lebih terkawal dimana pembukaan sekolah dan taska juga telah dibuka. Bukan itu sahaja, jemaah Menteri juga bersetuju bahawa kemasukan pelajar secara penuh adalah pada bulan Oktober 2020.
Oleh itu, pihak IPT dan para pelajar diminta untuk membuat persediaan secara sepenuhnya termasuk pelajar antarabangsa yang perlu membuat ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.
Rata-rata pelajar memberikan pelbagai reaksi ada yang gembira ada juga yang kurang senang kerana sudah selesa berada lama dirumah.
Tapi, apa pun kita harus terima hakikat yang kerajaan memang mahukan yang terbaik untuk semua pelajar.
So okay la tu dah lama ‘honeymoon’ dekat rumah kan, let la pegi kelas semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...