Untungnya Muhammad Bilal!
Saban tahun, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan bertambah meriah dengan budaya pemberian duit raya dan salah satu golongan yang paling teruja menantikan duit raya mereka tentulah golongan kanak-kanak.
Biarpun baru berusia lebih tiga bulan, cahaya mata sulung pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, Muhammad Bilal turut tidak terkecuali daripada menjadi penerima duit raya pada tahun ini.
Apa yang mencuri tumpuan warganet kali ini bukanlah disebabkan Bilal menerima duit raya biarpun masih kecil. Namun ia terarah kepada jumlah duit raya yang diterimanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Muhammad Bilal Sepatutnya Lahir 10 Februari Untuk Sambut Hari Jadi Bersama Neelofa – REMAJA
Menerusi paparan video di TikTok berdurasi 20 saat yang dimuat naik ke TikTok rasmi Neelofa, ia menunjukkan ibu bapa Bilal sedang sibuk mengira jumlah duit raya yang diterimanya. Ada kepingan wang not RM1, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Lebih menarik adalah apabila Bilal juga menerima sekeping not Dirham iaitu mata wang Emiriah Arab Bersatu (UAE). Untuk pengetahuan, not 1000 Dirham tersebut sama nilainya dengan RM1,192 tau!
@neelofa
Ujar Haris, “Alhamdulillah. Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Jadi, hasil kutipan duit raya pada tahun ini RM14,020. MasyaAllah, hebat (daripada kita lagi).”
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet gembira dan teruja melihat rezeki yang diterima oleh bayi itu. Ada yang berseloroh mengatakan duit raya yang diterima Bilal lebih tinggi jumlahnya berbanding wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Ada juga pengguna TikTok berkata nilai itu melebihi hantaran yang pernah diterimanya. Dan ada juga yang ingin ‘lock’ Bilal menjadi menantu. Amboii..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.