Hari ini, ramai yang mengeluh tentang wang yang tak pernah cukup. Baru dapat gaji dan belum pun cukup bulan, semuanya sudah habis digunakan tanpa ketahui ke mana cabangnya. Ketika itu, ramai yang membuat pelbagai pinjaman, penggunaan kad kredit dan pelbagai sumber lain.
Disebalik kemelut kewangan, fakta ini mungkin jelas menakutkan kerana setakat tahun lalu seramai 294,000 rakyat Malaysia diisytiharkan muflis selepas terjebak dengan hutang seperti sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman sosial.
Masa yang sama, sebanyak 1.1 peratus individu diisytihar muflis antara 2014 hingga 2016, adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun.
Dalam satu kenyataan akhbar tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata punca utama kemuflisan itu disebabkan hutang kad kredit akibat penggunaan melebihi kemampuan.
“Bagi tempoh Januari hingga September tahun lalu, sembilan individu di bawah usia 30 tahun diisytihar muflis berbanding 3.7 juta pemegang kad kredit.
“Pada 2014, seramai 12 individu bawah 30 tahun diisytihar muflis bagi tempoh sama, 17 orang (2015) dan 22 orang (2016).
Mungkin ramai yang berkata, simpan duit sekurang-kurangnya 10 peratus dari wang gaji dijadikan tabungan. Tapi ramai pula yang memaklumkan gaji mereka kecil dan bagaimana harus penyimpanan dilakukan.
Disenaraikan 16 teknik penyimpanan wang oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai cara menyelamatkan duit.
Ada 16 cara disenaraikan dan mana tahu korang boleh ikut tekniknya.
– Belanja kurang daripada pendapatan setiap bulan
– Fikirkan cara untuk tambahkan pendapatan
– Ubah gaya hidup (dari boros kepada jimat)
– Rancang kewangan anda dengan buku bajet bulanan
– Mulakan menabung dengan duit hijau dan oren (RM5, RM10 dan RM20)
– Bagi pengguna kad kredit, elak bayar minima, bayar penuh
– Tahan tabiat membeli belah, beli bila perlu
– Pupuk tabiat bebas hutang
– Pilih pakej kenderaan yang berpatutan
– Kurangkan riadah di pusat membeli belah
– Kurangkan merokok
Kalau korang dapat buat lima dari 16 perkara disenaraikan bermula sedikit demi sedikit, insya Allah, korang akan lebih menghargai nilai wang yang semakin mengecil sekarang ini.
Kredit : Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)