Tanpa kelibat salah seorang vokalis asal band popular Indonesia, Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani, konsert reunion yang berlangsung semalam di Shah Alam tetap berjalan lancar meskipun dihambat emosi.
Dianggap besar kemungkinan sebagai konsert terakhir Dewa 19 oleh Ahmad Dhani sendiri semasa sidang media yang berlangsung tahun lalu, tiada siapa boleh meramalkan yang Ahmad Dhani sendiri tidak akan berada di konsert semalam. Not even the man himself.
Ini berikutan penahanan vokalis berusia 47 tahun itu pada awal minggu ini selepas dia dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Jakarta Selatan kerana menyebarkan kata-kata kebencian dalam laman sosial.
Lalu, spekulasi menyebut anaknya yang juga seorang ahli muzik, Abdul Qodir Jaelani (19) atau lebih dikenali sebagai Dul Jaelani akan menggantikan posisi bapanya itu.
Ads
Ternyata, semalam Dul lancar memainkan keyboard sambil ditemani ahli kumpulan Dewa 19 yang lain seperti Ari Lasso, Once Mekel, Andra Junaidi, Yuke Sampurna dan yang lain-lain.
Namun, selepas mereka memainkan klip pesanan ringkas daripada Ahmad Dhani di skrin LED, Dul tak dapat menahan sebak meski masih meneruskan mainan keyboard untuk 1-2 lagu.
Pesanan tersebut berbunyi, “Baladewa (gelaran peminat Dewa 19) di Kuala Lumpur, doakan saya kuat. Semoga dalam waktu terdekat, kita akan bertemu di Kuala Lumpur. Mohon doa Baladewa di seluruh Malaysia, terima kasih.”
Ads
Sewaktu Ari Lasso menyanyikan lagu ‘Hadapi Dengan Senyuman’ dan ‘Kan Membawamu Kembali’, kelihatan air mata Dul mengalir juga. Ari pula cuba menyanyikannya dengan lancar sambil merekod momen tersebut dengan telefon pintarnya – mungkin untuk diberikan kepada Ahmad Dhani sebagai pemangkin semangat.
Ads
Namun tak lama selepas itu, Dul kembali tenangkan diri dan sempat menyanyikan lagu ‘Angin’ bersama Once Mekel.
***
Konsert Dewa 19 Reunion in Malaysia semalam mengumpulkan semula ahli Dewa dan Dewa 19 untuk mengembalikan nostalgia lagu-lagu lagenda seperti Dewi, Pupus dan Risalah Hati selepas album pertama mereka, Dewa 19 pada tahun 1992.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kesemua masjid dan surau di negeri Selangor akan dibenarkan untuk menganjurkan solat Jumaat secara berjemaah mulai esok, 3 Julai 2020.
YAYY
Keputusan tersebut dibuat setelah baginda menerima taklimat terkini oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor.
Bagaimanapun, sebagai jemaah kita diwajibkan untuk mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jom tengok apa yang perlu korang patuhi
Jumlah Jemaah
Jemaah bagi solat Jumaat di 3 buah masjid ini diberikan keutamaan sehingga membenarkan 1,000 orang untuk menunaikan solat Jumaat (tidak termasuk pegawai dan AJK masjid). Mungkin kerana masjid-masjid ini mempunyai keluasan hebat dan juga mempunyai pegawai yang mencukupi untuk mengawal pergerakan jemaah mengikut SOP.
Ia termasuklah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri) Shah Alam, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Di Sabilillah Cyberjaya.
Bagi masjid-masjid lain, jemaah masih dibenarkan menunaikan solat Jumaat namun pada kuota 500 orang sahaja (tidak termasuk pegawai dan AJK masjid). Bagi surau yang mempunyai kebenaran menunaikan solat Jumaat pula, hanya 40 orang sahaja yang dibenarkan.
Tiada Ibadah Korban?
Bukan hanya soal Solat Jumaat dan berjemaah sahaja yang dimaklumkan dalam titah Baginda Sultan Selangor. Baginda juga bertitah agar ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha HANYA dilaksanakan di masjid-masjid sahaja dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Bagi warga surau yang telah merancang untuk melakukan ibadah korban, mereka masih boleh melaksanakan di masjid-masjid berdekatan. Alhamdulillah!
*
Apapun, jangan lupa gaiss untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa menunaikan solat Jumaat esok. Ambil wudhuk di rumah, bawa sejadah masing-masing, sentiasa memakai topeng muka dan amalkan penjarakan sosial di dalam kawasan masjid serta surau. Bagi mereka yang kurang sihat adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk menunaikan solat berjemaah di sana.
Walaupun statistik kes Covid-19 semakin rendah di Malaysia, itu bukanlah alasan untuk kita tidak berjaga-jaga.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dadah nyata mampu merosakkan imej dan kehidupan seseorang. Terbaru Ilhoon, selebriti terkenal Korea yang merupakan salah seorang ahli kumpulan BTOB telah diumumkan tidak lagi menjadi angota kumpulan terbabit.
Dikaitkan dengan kes dadah jenis ganja, menurut pihak pengurusannya selebriti berusia 26 tahun itu sendiri yang meminta dikeluarkan dari kumpulan tersebut kerana tidak mahu merosakkan nama ahli kumpulan yang lain.
Perkara ini telah dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Cube Entertainment pada 31 Disember 2020.
“Helo.
Ini adalah Cube Entertainment.
Pertama sekali, kami ingin meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan terhadap isu yang melibatkan artis yang berada bawah naungan agensi kami, Jung Ilhoon.
Jung Ilhoon berasa bertanggungjawab kerana telah mengecewakan kepercayaan peminat dan seteleh memikirkan hal ini secara mendalam, dia membuat keputusan untuk menarik diri dari kumpulan ini dan keputusan yang dilakukankannya ini amat kami hormati.
Kami merasa bertanggungjawab terhadap kejadian baru-baru ini, dan kami akan menjalankan tugas kami agar dia memberi kerjasama dalam siasatan yang akan datang.
BTOB kini akan meneruskan aktiviti dengan enam anggota, dan kami akan memberikan usaha terbaik kami dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk BTOB mempamerkan muzik dan persembahan yang lebih matang.
Kami sekali lagi meminta maaf kepada peminat yang menyokong dan menghargai BTOB selama ini.”
Berikutan hal ini, Ilhoon Ketika ini sedang berada dalam siasatan polis kerana membeli dadah terlarang termasuklah melibatkan penggunaan dadah yang haram.
Amboi, tak bagi ‘chance’ kepada orang lain nampak!
Jika kualiti dan kreativiti diambil secara serius dalam pembikinan sesebuah drama bersiri, inilah hasil yang akan diperolehi.
Sukar untuk mana-mana penonton setia saluran penstriman, Netflix untuk menidakkan kehebatan dan keunikan drama bersiri, The Crown terutamanya musim keempatnya. Ia tampil dengan plot dan cara penceritaan yang cukup menarik lantas membuatkan penonton sukar berhenti daripada menonton setiap episodnya secara berturut-turut!
Hari ini di acara Anugerah Emmys, AKHIRNYA drama bersiri yang mengambil plot sebenar daripada kehidupan keluarga diraja Britain sejak Ratu Elizabeth II diangkat sebagai kuasa utama bumi Inggeris itu setelah kemangkatan ayahandanya; diiktiraf.
Respect-lah!
Panel juri Academy yang menentukan para pemenang di Emmy’s jelas mengakui kehebatan impak The Crown pada hari ini apabila drama tersebut menyapu bersih KESEMUA kategori pelakon terbaik bagi kategori drama bersiri.
Ini termasuklah menerusi pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (Josh O’Connor sebagai Putera Charles), Pelakon Wanita Terbaik(Olivia Colman sebagai Ratu Elizabeth II), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik(Tobias Menzies sebagai Putera Philip) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Gillian Anderson sebagai Margaret Thatcher).
Wow! Tapau habis nampak.
And guess what, biarpun Claire Foy tidak lagi bergelar pelakon utama siri ini pada musim keempat, penampilannya sebagai Ratu Elizabeth II ketika muda dalam babak ‘flashback’ (untuk tempoh dua minit saja dalam episod 8) sudah cukup untuk menobatkannya sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Jemputan Terbaikdalam drama bersiri.
Josh O’Connor sebagai Putera Charles. Sumber Foto : REUTERS/Mario AnzuoniGillian Anderson sebagai Margaret ThatcherOlivia Colman sebagai Ratu Elizabeth II
Dominasi The Crown tidak terhenti setakat itu saja apabila ia membawa pulang ‘hadiah terbesar’ di Emmy’s apabila dinobatkan sebagai Drama Terbaikbagi edisi Emmy Awards ke-73 ini. Ini juga merupakan kemenangan terbesar pertama Netflix dalam sejarah pencalonannya dalam acara anugerah di Hollywood.
Pada hemat REMAJA, pelbagai faktor telah membantu kemenangan besar The Crown ini. Biarpun musim pertama hingga keduanya telah meletakkan aras yang cukup tinggi buat para pelakon baharunya dalam musim keempat ini. Namun pemilihan kesemua pelakon baharu The Crown AMAT tepat bagi merealisasikan watak masing-masing. Bukan mudah ya memandangkan kebanyakan daripada watak-watak tersebut masih bernyawa.
Jalan cerita yang bermula dari era lewat 1970-an di mana permulaan bibit-bibit percintaan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana adalah antara faktor kuat yang menarik perhatian penonton ke Netflix. Ia ditambah pula dengan konflik love-hate relationship yang tercetus di antara Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri Britain pada waktu itu iaitu Margaret Thatcher.
Tobias Menzies sebagai Putera Philip.Olivia Colman sebagai Ratu Elizabeth II dan Josh O’Connor sebagai Putera Charles.Gillian Anderson sebagai Margaret Thatcher.
Kita juga dapat melihat sisi Putera Philip dan Puteri Margaret yang berdepan krisis sendiri walaupun sebentar (kerana musim ini lebih menfokuskan kepada empat watak lain itu). Penulis juga suka melihat bagaimana skripnya tidak ‘menganak-tirikan’ tiga lagi watak adinda Putera Charles iaitu Puteri Anna, Putera Andrew dan Putera Edward yang masing-masing mempunyai isu semasa usia muda.
*
Secara peribadinya, kemenangan paling manis ialah kemenangan Olivia Colman kerana dia meneruskan legasi pemain watak Ratu Elizabeth II sebelumnya, Claire Foy yang pernah memenangi Emmy’s menerusi The Crown pada tahun 2018.
Claire Foy tiga tahun lalu semasa menerima anugerah Emmy juga menerusi The Crown. Sumber Foto : Michael Buckner/Variety
Kemenangan besar ini juga adalah hadiah terbaik para pelakonnya kepada The Crown sementelah mereka tidak lagi akan terbabit dalam musim kelima dan keenam drama ini.
Musim kelima The Crown dijangka menemui penonton pada tahun 2022 dengan para pelakon baharu seperti Imelda Staunton (Olivia Colman), Jonathan Pryce (Putera Philip), Leslie Manville (Puteri Margaret), Dominic West (Putera Charles), Elizabeth Debicki (Puteri Diana) dan Jonny Lee Miller (Perdana Menteri John Mayor).
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...