Dulu Dibuli Kerana Pakai Beg Charles & Keith, Kini Remaja Ini Dilantik Sebagai Model Jenama Tersebut!

Share

Januari lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai seorang remaja bernama Zoe Gabriel yang bertukar tular setelah dirinya dimalukan netizen hanya kerana menggayakan beg berjenama Charles & Keith dan menggelar beg yang dibelikan oleh ayahnya itu sebagai ‘barangan mewah’.

@zohtaco Replying to @cressy ♬ original sound – zoe 🦋

Berkat kesabaran Zoe apabila menjadi mangsa buli siber di media sosial, wakil jenama Charles & Keith Singapura sendiri telah merapati Zoe dan mengundang gadis berusia 17 tahun itu bersama-sama ayahnya untuk melawat ibu pejabat mereka.

Tambah istimewa apabila Zoe menerima hadiah berupa dua beg tangan baharu Charles & Keith!

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Terima Undangan Dan Hadiah Daripada Pengasas Charles & Keith Selepas Teruk Dikecam – REMAJA

@zohtaco @CHARLES & KEITH #charleskeith #imwithcharleskeith ♬ thenineteenseventyfive – push baby

Terkini, Zoe menerima satu lagi layanan istimewa apabila dia dilantik sebagai model bagi sebuah kempen koleksi Charles & Keith baharu.

Kempen bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 ini menampilkan Zoel dengan model beg tangan Alia Chain-Strap Crossbody Bag – salah satu model beg kegemaran pembeli Charles & Keith – dalam rona ungu.

Bagi meraikan kempen tersebut bersama penggemar jenama Charles & Keith, ia turut memaparkan coretan tulisan tangan Zoe yang berbunyi;

“Wanita adalah ibarat bunga. Masa dan keperluan untuk kita mengembang mungkin tidak sentiasa selari, tetapi itu adalah OK.

“Kita ibarat hamparan ladang popi dan tasik yang dipenuhi bunga teratai – berbagai-bagai dan menonjol dengan perbezaan, cantik dengan cara tersendiri.

“Sempena Hari Wanita Sedunia pada kali ini, ayuh kita raikannya dengan penuh belas kasihan. Let us celebrate with equality through equity, sebagaimana bunga-bungaan.”

Menariknya, daripada beberapa hantaran foto kempen tersebut yang dimuat naik oleh akaun rasmi Charles & Keith semalam, foto Zoe ini telah menerima jumlah likes dan komen terbanyak; iaitu melebihi 12,800 likes dan 532 komen.

Rata-rata daripada netizen terinspirasi dengan kisah Zoe yang tidak mudah patah semangat dek kritikan warga digital dan kini berjaya sampai ke tahap menjadi duta jenama fesyen.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ