Baru-baru ini, penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Jaejoong membuat pendedahan mengejutkan apabila berkongsi mengenai jumlah wang yang diberikan kepada ibu bapa angkatnya setiap kali bertemu.
Pada 15 Julai lalu, sebuah siaran di Youtube Neighborhood Friend Kangnami telah memuat naik sebuah video yang berjudul ‘Kim Jaejoong Mempunyai 8 Adik-beradik Perempuan, 34 Ahli Keluarga, Dan Memberikan Mereka Wang Saku? Hari Dimana Kangnam Merasa Seperti Anak Yang Kurang Berbakti’.
Melalui video yang dimuat naik, Jaejoong berkongsi kisah mengenai perkembangan terkini dan keluarganya. Menurut penyanyi lagu Rebel ini, dia mempunyai 8 orang adik-beradik perempuan yang lain dimana usia mereka hampir sama. Disebabkan hal itu, dia merasa perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan merawat mereka.
Kredit: Youtube Neighborhood Friend Kangnami
Dalam pada itu, Jaejoong juga berkongsi kisah bagaimana dia diangkat oleh kedua ibu bapanya sebelum ini dan mempunyai perbezaan usia yang sangat singkat dengan adik bungsunya.
Ads
“Saya dijadikan anak angkat ketika masih muda. Saya dan adik bongsu beza kurang setahun. Jadi dia tak pernah meraikan ulang tahun kelahiran sebab usia kami sangat dekat. Saya juga baru mengetahui perkara ini ketika umur saya 20 tahun bahawa jarak umur kami kurang dari 10 bulan”
“Saya rasa dia seperti adik perempuan ‘palsu’, bahkan kalau di sekolah kami akan berada dalam satu kelas yang sama”
Kredit: Youtube Neighborhood Friend Kangnami
Berbicara mengenai keluarga besar Jaejoong, dia turut memberitahu bahawa dia mempunyai 8 adik beradik perempuan, 8 ipar, dan kemungkinan jika 8 anak saudaranya mempunyai anak, dia bakal menjadi seorang datuk dalam masa terdekat.
Selain itu, pengacara siaran Youtube tersebut, Kangnam turut bertanya mengenai jumlah wang saku yang pernah diberikan oleh Jaejoong kepada ahli keluarganya setiap kali perayaan. Katanya, dia akan memberikan sejumlah wang sebanyak 5 juta won (RM17,000) kepada ibu dan bapanya setiap seorang apabila bertemu.
Ads
“Setiap kali saya berjumpa dengan kedua ibu ayah saya. Saya akan berikan mereka masing-masing 5 Juta Won. Dan bercakap mengenai pasangan ideal, saya tidak memiliki ciri tertentu cuma saya sangat menghargai rasa hormat dan kebaikan. Jadi saya lebih suka dengan seseorang yang menghormati orang lebih tua dan mudah memberikan kegembiraan pada orang lain”
Sekadar info, Kim Jaejoong juga pernah dilaporkan telah menghadiahkan kedua orang tuanya sebuah rumah persendirian yang mempunyai ruang bawah tanah, 3 tingkat dengan kemudahan lift dan sauna bernilai 6 Billion Won.
Ads
Apa pun, memang kaya dan pemurah betul Kim Jaejoong ni kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, ramai yang sibuk memperkatakan tentang kesalahan mengisi nama penumpang pada tiket penerbangan yang mungkin boleh membawa masalah untuk korang menaiki pesawat nanti.
Kalau tak pun, di Malaysia mungkin korang boleh lepas, takut pula bila sampai ke destinasi luar negara lain pula jadinya.
So, untuk memastikan segala urusan berjalan lancar, korang harus mengisi butiran dengan lengkap dan betul.
Berikut kami kongsikan cara mengisi butiran peribadi bagi tempahan penerbangan di Air Asia.
Semasa mengisi butiran tetamu ketika membuat tempahan penerbangan, sila pastikan nama korang dieja dengan betul dan diwajibkan sama dengan ejaan dalam pasport, visa, kad pengenalan kebangsaan (ID) dan dokumen perjalanan yang lain.
Contohnya:
Nama unik
Sistem Air Asia tidak menerima simbol atau aksara khas dalam nama-nama tetamu, contohnya:
1. Nama dengan alias @
Bagi yang melakukan perjalanan dalam negeri, jika nama korang dieja dengan nama @ atau nama kedua dalam Kad Pengenalan korang, keluarkan tanda @, masukkan ruang antara kedua-dua nama atau isikan nama pertama saja.
2. Nama dengan tanda sengkang
Jika nama dieja dengan tanda sengkang -, sila ganti dengan ruang
3. Nama tunggal
Jika nama korang hanya terdiri daripada nama tunggal, contohnya Suryadi, sila isikan ruangan Nama Keluarga dengan nama sama yang diisikan dalam ruangan NamaDiberi
Sekiranya korang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, boleh rujuk cara-cara mengisi nama dengan betul di malaysiaairlines.com
Diharap sedikit sebanyak penerangan ini dapat membantu memudahkan urusan pembelian tiket penerbangan korang nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menonjolkan diri berdasarkan bakat, rupa, personaliti dan kepandaian di atas pentas – kesemuanya pada waktu yang sama.
Namun, wakil Malaysia ke pertandingan Mister Tourism World 2019 iaitu Danial Hansen telah membuktikan tiada yang mustahil setelah dia mengenepikan saingan 18 buah negara.
Danial yang mempunyai darah campuran Melayu, Belanda dan berasal dari negeri Sabah ini terlebih dahulu telah memenangi pertandingan Bachelor of Malaysia 2019 dan sekaligus melayakkan diri sebagai wakil negara.
Di pentas Mister Tourism World semalam, lelaki berusia 24 tahun itu perlu melalui pusingan kostum nasional, pakaian mandi, pakaian formal serta sesi soal jawab.
Pada kemuncak acara, Danial bukan saja pulang dengan gelaran Mister Tourism World 2019 tetapi juga memenangi beberapa kategori lain.
Antaranya termasuklah Best Physique, Charmingly Cultured Award dan World Choice Award yang merupakan kategori undian peminat sedunia.
Danial yang kini aktif sebagai penggiat fitness juga berkongsi minatnya untuk menyertai industri seni lakonan apabila tiba masa yang sesuai.
Ikuti temubual REMAJA bersama Danial Hansen sebelum dirinya berlepas ke Malta untuk bertanding.
Rindu melihat gelagat kucing oyen paling pemalas di dunia yang kerjanya suka makan! makan dan makan! Kali ini The Garfield Movie kembali untuk kali ketiga dan ia merupakan filem animasi yang dijamin buatkan penonton tak kering gigi dan tertanya-tanya! Nak tahu kenapa? Jom kita baca fakta menarik mengenai filem ini!
Latar Suara Diisi Barisan Pelakon Hollywood Ternama!
Kalau nak tahu, The Garfield Movie kali ini dimeriahkan dengan suara pelakon seperti Chris Pratt dan Samuel L. Jackson. Keduanya akan memberikan karakter ikonik komik Garfield dengan lakonan suara yang sangat fresh namun tetap mengekalkan pembawaan asli karakter Garfield. Apa yang penting kelucuan karakter Garfield juga memang kena sangat di hati penonton!
Menggunakan Animasi CGI Canggih
The Garfield Movie 2024 juga menggunakan teknologi animasi CGI yang canggih, dan memberikan penampilan yang lebih segar dan hidup kepada karakter-karakter yang penonton kenali. Dengan teknologi terbaru ini juga memungkinkan para animator di dalam filem Garfield untuk memperlihat ekspresi dan emosi karakter dengan lebih mendalam, sehingga penonton dapat pengalaman yang lebih imersif.
Jalan Cerita Penuh Pengembaraan dan Kelakar!
Filem ini bukan hanya tentang oyen pemalas yang suka melantak lasagna dan boleh makan pizza sekelip mata. The Garfield Movie menjanjikan jalan cerita penuh dengan aksi, pengembaraan, misi merompak, dan misi menyelamat yang bakal menghiburkan penonton. Di sini juga penonton boleh lihat macam mana Garfield menggunakan akalnya untuk mengharungi segala rintangan dalam setiap misi. Selain itu, penonton juga boleh menyelami hubungan si oyen, Garfield dengan tuannya, Jon dan bagaimana mereka saling mempengaruhi dalam setiap situasi.
The Garfield Movie adalah salah satu animasi yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangan The Garfield Movie bermula 22 Mei ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana filem ini adalah salah satu karya hiburan yang menyenangkan untuk semua peringkat umur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...