Gagal 3 Subjek Ujian Percubaan, Pelajar Kongsi Kebangkitan SPM Hingga Terima Anugerah Daripada Tun M

Share

 

Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya, kan?

Itulah yang dibuktikan oleh pelajar bernama Izz Khalisa Amri, 18 yang telah menjadi salah seorang daripada 335 penerima Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Kisah kecemerlangan Izz cukup unik untuk dikongsikan memandangkan dia mampu bangkit daripada kegagalan yang diterimanya sewaktu ujian percubaan.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru ini telah membuktikan tiada yang mustahil dengan adanya keinginan serta usaha keras.

Izz Khalisa Amri, 18.

Sewaktu ujian percubaan, Izz memperolehi keputusan 1B+, 2B, 1C+, 1E dan 3G. Rasa kecewa tentunya terbit pada diri pelajar ini.

“Pada mulanya, saya mencuba belajar sendiri di rumah dengan mentelaah setiap muka surat buku teks dengan harapan dapat memahami setiap bait-bait perkataan.

Pembelajaran era pandemik ternyata amat sukar kerana ia membawa penurunan prestasi saya (disebabkan) hilang fokus. Perkara ini mengundang kerisauan kepada saya untuk meneruskan cara pembelajaran sendiri.

“Ketika keputusan percubaan SPM diumumkan, saya berasa amat kecewa dengan keputusan yang amat membimbangkan,” katanya sewaktu ditemui.

Begitupun, Izz berkongsi rahsia disebalik kejayaannya untuk kembali mendaki tangga kecemerlangan. Izz mengubah strategi dari menelaah bersendirian kepada menyertai program persediaan ‘Selekoh Akhir Pecutan SPM. Dari situ, semangatnya semakin berkobar-kobar terutamanya bila mendapat sokongan dari guru-guru yang mengajar di sana.

Program anjuran pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu PTTI itu lantas mengubah semangatnya sehingggakan mereka tidak kisah bersama-sama bersengkang mata.

Izz turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang banyak berkongsi doa dan dorongan agar dia tidak mudah putus asa dan kekal konsisten di dalam kelas.

Hasilnya, Izz telah memperolehi keputusan 5A 4B. Malah, tiga subjek yang dahulunya gagal bertukar kepada gred cemerlang! Ia termasuklah subjek Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+).

Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh Izz daripada ujian percubaan hinggalah di peperiksaan SPM.

Pada majlis penganugerahan tersebut, Izz telah menerima Anugerah Cemerlang daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

““Saya rasa amat terharu sebab PTTI nampak yang saya meningkat dengan drastik. Paling seronok adalah apabila saya memperolehi ‘plaque’ yang diserahkan oleh Tun Dr Mahathir.”

““Syukur Alhamdulillah, segala pengorbanan saya berbaloi apabila melihat slip keputusan SPM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PTTI yang banyak memberi
didikan dan kata-kata motivasi.

“Kepada batch 05 dan 06 yang bakal menduduki SPM, Tuhan tak kejam. Sampai masa kita akan berjaya, percayalah pada proses, konsisten adalah kunci kejayaan dan ingat usaha takkan pernah mengkhianati kamu,” tambahnya.

Seperkara lagi, Izz menasihati agar calon SPM tidak membandingkan keputusan ujian dengan rakan lain. Cukup sekadar korang menilai peningkatan keputusan akademik sendiri. Biarpun kadangkala markah meningkat sedikit sahaja, ia masih satu bentuk peningkatan.

Tahniah Izz Khalisa! Terus terasa bersemangat untuk melakukan yang lebih baik pada ujian seterusnya kan.

ARTIKEL BERKAITAN : Cemerlang 6A SPM & Di Balapan, Atlet 100m Muhammad Azeem Terima 2 Tawaran Universiti Di AS – REMAJA

BACA LAGI : Cuai Atau ‘Ignorant’? Ambil Iktibar Kes 15 Pelajar Sekolah Cemerlang Tidak Layak Dapat Sijil SPM – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ