Setelah ditutup sejak 2019 untuk kerja-kerja menaik taraf, Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14, Shah Alam bakal dibuka semula mulai awal Februari ini.
Pembukaan semula muzium yang digelar sebagai Muzium Negeri itu adalah bersempena Tahun Melawat Selangor 2025 dan cuti persekolahan yang akan menjelang.
Selain daripada sudut pameran popular dalam kalangan pengunjungnya seperti ‘Alam Kubur 3 dimensi (3D)’, Balai Alam (berunsur alam semula jadi dan spesimen haiwan yang telah diawetkan), Balai Islam dan pameran warung era 1960-an yang masing-masing diberikan nafas baharu, terdapat sekitar 18 segmen pameran lain akan korang lalui.
Setiap segmen berkenaan juga menggunakan sistem kod respons pantas (QR) sebagai sentuhan teknologi baharu agar pengunjung mudah mengakses maklumat.
Ditambah pula dengan kesan pencahayaan dan bunyi yang lebih segar demi memberi pengalaman yang lebih unik, Muzium Sultan Alam Shah adalah lokasi sempurna untuk korang luangkan masa dan menambah pengetahuan baharu.
Tak sabarnya nak pergi!
Untuk pengetahuan, Muzium Sultan Alam Shah setinggi lima tingkat ini dirasmikan pada 2 September 1989 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ia dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.