Untuk korang yang aktif beriadah dan bersukan, pastinya aktiviti berenang dan bermain air menjadi perkara yang mengujakan
CUMA..
Yes, it is a big but. Cumanya, pakaian renang selalu menjadi isu yang sensitif kepada ramai perempuan.
Ada yang tidak selesa dengan isu pakaian ketat, tidak menutup lengan dan kaki sepenuhnya. Ada juga yang sukar mencari pakaian renang yang flattering dan cantik.
Itulah isu yang dihadapi oleh selebriti dan ahli perniagaan, Hanis Zalikha dan memberikannya inspirasi untuk memperkenalkan koleksi Cruise 2020 – pakaian renang.
“Hanis selalu pergi ke kawasan pantai untuk bercuti. Dan selalunya Hairul yang akan membawa anak-anak ke kolam renang dan pantai, manakala Hanis tidak akan berenang kerana tidak mempunyai pakaian renang yang sesuai dan cantik.
“Itu yang menginspirasikan Hanis untuk keluarkan koleksi ini. Tak nak dah sekadar duduk di tepi sedangkan hati teringin sangat nak bergembira bermain air dengan ahli keluarga sendiri.
“Lima tahun Cakenis sudah berada di pasaran, Hanis sendiri tak sangka kami memulakan tahun 2020 dengan koleksi pakaian renang. Sejak kami gelarkan jenama Cakenis sebagai jenama gaya hidup (lifestyle) dan bukan sekadar jenama hijab, kami lebih bebas untuk memperkenalkan koleksi berlainan.
“Tahun lalu, sudah ada koleksi intimate wear dan koleksi solekan C by Cakenis. Jadi sekarang saya rasa kami sudah bersedia untuk koleksi renang ini,” kata isteri kepada pelakon, Hairul Azreen ini.
Acara launching pada hari ini diacarakan oleh bekas Miss Universe Malaysia, Deborah Henry dan ada sebab mengapa Hanis memilih beliau.
“Hanis memilih Deborah Henry kerana saya ingin menunjukkan bahawa wanita setinggi kami di luar sana kini boleh menggayakan seluar renang dengan kepanjangan yang cukup.
“Tiada lagi seluar renang senteng..”
“Koleksi ini mempunyai full piece swimwear di mana ia berlengan panjang dan berseluar panjang. Terpulang kepada korang sama ada ingin memakainya sebagai satu set atau salah satu.
“Ia juga didatangkan dengan wrap di bahagian luar. Senang untuk korang ke mana-mana selepas tamat beriadah di kolam renang atau pantai,” jelasnya lagi.
Koleksi Cruise ini menggunakan material chiffon yang mudah kering, flowy
dan cantik. Saiznya pula mudah digayakan oleh ramai perempuan – dari XS ke XXL.Bagi yang berminat, korang boleh ke laman web Cakenis untuk mendapatkannya pada harga RM289 saja.
Mana tahu, korang boleh turunkan berat badan dengan berenang seperti Ruhainies..