Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…
Apabila melakukan sesuatu perkara lakukanlah dengan sepenuh hati, capai apa yang perlu dicapai untuk menempa kejayaan. Inilah yang sesuai penulis ibaratkan dengan kehebatan Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach. Sebelum berjaya bergelar Miss Universe 2015 dia terlebih dahulu tidak putus asa menyertai pertandingan Miss Universe Phillipines sebanyak tiga kali sebelum bergelar juara.
Tahun pertama penyertaannya pada 2013 dia berada di kedudukan first runner-up dan pada 2014 pula dia terpaksa berpuas hati sekadar berada di peringkat top 15. Hanya pada penyertaannya kali ketiga dia berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan kemudiannya menjadi wanita Filipina ketiga memenangi gelaran Miss Universe.
Kemenangan tersebut banyak mengubah kehidupan wanita berusia 33 tahun ini. Daripada sekadar seorang pelakon tambahan dan model picisan yang dibayar dengan jumlah yang tidak lumayan dia akhirnya menjadi salah seorang selebriti terkenal yang mengaut keuntungan jutaan tinggit setahun.
Mengimbau kembali memori lalu, Pia berkongsi perkara itu dalam satu temubual. “Saya sangat ingat kepayahan hidup sebelum memenangi Miss Universe. Ketika itu kerja-kerja yang ada hanyalah kerja yang tidak seberapa. Saya tidak ada tempat tinggal sendiri jadi saya menumpang rakan.
“Dan ada juga waktu yang saya perlu tidur dalam kereta bersama anjing saya. Saya masih ingat ketika pertama kali menyertai Miss Universe Phillipines, saya tidak sangka yang proses temu duga sangat panjang. Saya tiada duit hendak makan dan sangat lapar. Nasib baik waktu itu ada peserta lain yang membelikan saya makanan. Walaupun itu mungkin perkara kecil bagi mereka, namun jasa tersebut saya kenang sehingga kini,” ujarnya panjang.
Ads
SELEBRITI FILIPINA PALING KAYA DI INSTAGRAM
Kini setelah melalui segala kepayahan di dalam hidup. Wanita cantik ini boleh menarik nafas lega apabila kehidupannya berubah selepas menjuarai Miss Universe 2015. Sediki demi sedikit namanya mendunia dan menjadi antara Miss Universe yang paling diingati.
Terbaharu dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Net Credit, Pia disenaraikan sebagai selebriti Filipina paling kaya di Instagram. Dia menerima bayaran dengan anggaran berjumlah USD3.66 juta untuk kempen-kempen yang dilakukan untuk jenama yang melantiknya sebagai social media influencer dengan memuat naik barangan dan khidmat mereka di Instagram peribadinya.
Ads
Walaupun jumlah ini hanyalah jumlah anggaran yang dikeluarkan berdasarkan hantaran yang dilakukan selebriti dan ratu cantik terkenal ini, ternyata kehidupannya sudah berubah 360 darjah. Dari terpaksa tidur dalam kereta kerana tiada wang untuk membayar sewa rumah kepada menjadi pemilik sebuah rumah mewah. Hebat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasanya pada waktu ini, kesemua peminat rancangan variety popular Korea, Running Man sudahpun tahu bahawa salah seorang ahlinya kan meninggalkan ahli-ahli yang lain.
Hari ini, saluran penyiar Running Man iaitu SBS telah menayangkan sedutan klip previu bagi episod yang dimaksudkan pada bahagian penghujung episod yang disiarkan pada hari ini.
Menerusi previu episod minggu hadapan itu, pelakon dan selebriti serba boleh, Lee Kwang Soo dilihat berdepan masa yang sukar untuk meninggalkan ahli Running Man laiin seperti Yoo Jaesuk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Jihyo dan HaHa.
Ia menunjukkan Suk Jin, Kwang Soo dan Jong Kook meneruskan hukuman mereka daripada episod hari ini.
Sambil Suk Jin membasuh pinggan mangkuk, beliau berkata, “Ini mungkin adalah hukuman terakhir untuk Lee Kwang Soo. Ia terasa bagus untuk melakukan hukuman ini bersama Kwang Soo,” katanya sebelum disekat oleh Jong Kook yang meminta agar beliau berhenti bercakap seperti ini.
Previu itu kemudiannya menunjukkan babak episod pertama Running Man dari tahun 2010.
Pada waktu itu, setiap ahlinya termasuklah Song Joong Ki dan Gary yang telah terlebih dahulu meninggalkan rancangan popular berkenaan mempekenalkan diri masing-masing kepada ‘keluarga’ Running Man yang baru mereka kenali serta kepada penonton.
Jika korang masih ingat, pada waktu itu ahli-ahlinya selalu membandingkan perbezaan di antara Joong Ki dan Kwang Soo yang merupakan rakan pelakon sebaya namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza.
Kini pada usia pertengahan 30-an, Kwang Soo pula yang mengambil keputusan sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang lain.
Tidak dinafikan kekuasaan Allah SWT dapat dilihat dengan jelas melalui alam semulajadi.
Terdapat terlalu banyak fenomena yang berlaku di sekeliling kita di seluruh pelosok Bumi, namun ada segelintir daripadanya yang begitu menakjubkan dan menarik minat manusia untuk membuat kajian dengan lebih mendalam.
Melalui perkongsian pembaca, Mohamad Helmee melalui page Facebook MatGeo satu fenomena alam yang ramai belum pernah saksikan termasuk admin sendiri, ingin dikupas.
Fenomena ini terjadi beberapa kali di Kepulauan Sulu, Filipina kebelakangan ini mempunyai mitos beralamat tidak baik. Ia dipanggil lansuk-lansuk atau lilin sebenarnya adalah fenomena pillar of lights (tiang-tiang cahaya). Lihat imej 1, 2 dan 3.
Tiang-tiang ini adalah salah satu fenomena terhasil dari penglihatan yang menembus atmosfera di mana cahaya menegak dilihat muncul sama ada di atas atau di bawah sumber pancaran cahaya . Kesan tercipta dari pantulan cahaya pada kristal ais halus di dalam udara atau yang membentuk awanan beraltitud tinggi seperti yang terjadi di Jolo dan disebut ‘sun pillar’ kerana ia bersumberkan cahaya matahari yang telah terbenam.
Berada dalam keluarga halo, fenomema ini juga boleh terjadi disebabkan cahaya bulan atau lampu-lampu jalan.
Formasinya secara teori adalah disebabkan kristal leper bersegi enam yang secara fiziknya berkedudukan pipih melintang yang menyebabkan cahaya matahari yang telah terbenam di dan menyuluhnya dari bawah dipantul mengunjur melurusi pemandangan pemerhati dan formasi menegak terjadi.
Lihat imej dibawah.
Di negara bercuaca dingin dan bersuhu beku, tiang-tiang ini boleh terbentuk sedari beberapa meter dari permukaan tanah bergantung kedudukan sumber cahayanya.
Untuk info, ‘Light Pillar‘ adalah fenomena visual alam berupa cahaya, berbentuk seperti struktur tiang yang bersinar mengarah keatas. Light Pillar merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh pantulan cahaya dari kristal ais di dekat permukaan yang selari dari sebuah bidang yang mendatar. Cahaya yang dihasilkan dari matahari, biasanya terjadi saat matahari terbenam sehingga fenomena ini juga sering disebut sebagai tiang matahari. Fenomena ini juga boleh disebabkan oleh bulan atau dari sumber cahaya di bumi (terrestrial) seperti misalnya lampu jalan.
Fenomena Light Pillar biasanya muncul di kawasan sejuk di mana suhu di daerah tersebut mencapai dibawah 10 ° C, malangnya daerah yang berada digaris Khatulistiwa seperti Malaysia tidak akan muncul fenomena ini. Light Pillar sering muncul di musim sejuk ketika salji atau ais kristal memantulkan cahaya dari sumber yang kuat seperti matahari atau bulan. Dibantu oleh suhu sejuk, tiang cahaya akan muncul ketika cahaya melantun dari permukaan rata kristal ais yang terapung dan relatif dekat dengan tanah.
Mengenai mitos ia petanda tidak baik itu kita pun tak tahu ia benar atau tidak. Jadi kita doa yang baik-baik jela agar tidak ada bencana yang tidak baik berlaku.
Episod pertama program realiti baharu yang juga merupakan yang pertama seakannya di Asia Tenggara iaitu All Together Now Malaysia telah mencetuskan viraliti sejak ia mula ditayangkan Ahad lalu.
Rata-rata penonton mempunyai pendapat masing-masing terhadap program yang menggabungkan 50 orang selebriti pelbagai lapisan sebagai juri. Ada yang merasakan peserta yang dipilih berkualiti, ada yang tidak berpuas hati dengan pihak juri.
Namun salah satu perkara yang paling hangat diperkatakan adalah soal Prosedur Operasi Standard (SOP) yang didakwa warganet terang-terangan dilanggar biarpun program itu telah dirakamkan terlebih dahulu sekitar bulan April lalu sewaktu Wilayah Persekutuan Putrajaya masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ya, 50 orang juri yang ditempatkan di platform bertingkat itu duduk pada jarak 1 meter di antara satu sama lain. Bagaimanapun, mereka sama sekali tidak menyarungkan pelitup muka sebagai langkah pencegahan berkesan mengatasi penyebaran wabak COVID-19
Dek kerana laporan yang diterima daripada orang ramai ini, satu portal tempatan pagi tadi melaporkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan dakwaan pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.
Neeta Manisha yang juga merupakan salah seorang juri All Together Now Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga memakai face shield sebelum menanggalkannya semasa proses rakaman.
Dan sebentar tadi, pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia (ATNM) telahpun mengambil keputusan untuk menghentikan tayangan program tersebut sehingga selesai siasatan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP.
Kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu saudara Raqim Ahmad, rakaman ATNM dilakukan pada Mac hingga April lalu di sebuah pusat konvensyen antarabangsa di Putrajaya sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disusuli dengan perintah fasa pertama ‘Total Lockdown’.
Memetik kenyataan Raqim, “Kru penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan mereka yang berstatus negatif saja dibenarkan mengendalikan rakaman.
“Set yang dibina juga telah mengambil kira penjarakan fizikal di antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar di antara mereka,” ujarnya.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...