Bagi selebriti yang baru ingin menapak pada masa itu, mereka memang tiada cara selain bergantung pada bakat, rupa (yang sebenar tanpa filter) dan keinginan untuk berjaya atau tidak.
Itu saja!
Pencarian Hero Remaja merupakan salah satu platform yang menjadi rebutan ramai pada waktu itu sehinggalah sekarang. Edisi yang dimenangi oleh pelakon, Kamal Adli itu sebenarnya membuka ruang kepada ramai lagi pelakon pelapis yang kini popular.
Antaranya termasuklah Fizo Omar, Idris Khan, Jaslin Puasa dan Ammar Alfian. Kiranya batch tersebut bukan ‘kaleng-kaleng’-lah gaiss..
Ammar Alfian pada hari ini telah mengembalikan semula memori sewaktu dia bertanding menerusi sebuah posting di Instagram miliknya.
“Dahulu, tiada media sosial untuk mempromosikan diri korang. Apa yang kami ada adalah bakat dan keinginan saja.
“Kami masih muda dan bermula dari bawah untuk mempelajari segalanya mengenai industri ini. Saya tak ingat bagaimana saya boleh menyertai pertandingan ini. Ia adalah yang pertama dan yang terakhir pernah saya sertai.
“Apa yang saya ingat hingga kini adalah saya hanya menjadi diri sendiri tak kiralah mereka menyukai saya ataupun tidak. I only knew how to be real,” katanya yang seingat kami sukar untuk berenggang dengan rakan baiknya, Idris Khan pada waktu itu.
*
Bagi korang yang merasakan mampu memberikan saingan seperti Ammar Alfian pada zamannya dahulu, jangan lupa untuk sertai ujibakat Hero Remaja 2020 pada 21, 22, 28 dan 29 Disember ini. Butiran adalah seperti yang tertera di bawah.