Ketika REMAJA pertama kali bertemu dengan Aiman Zaim semasa sesi ujibakat Hero Remaja 2017 (HR2017), tiada langsung petanda yang mengatakan dirinya pernah bergelar ‘comel’. Dengan ketinggian sekitar 182cm, Aiman pada waktu itu nyata mempunyai aura untuk digilap menjadi pelapis industri seni.
Hanya selepas penulis mula mengenali kesemua finalis program HR2017 dengan lebih dekat, barulah seorang demi seorang membuka cerita mengenai diri masing-masing.
Dan Aiman Zaim juga tidak terkecuali.
Ketika dia berkata berat badannya pernah mencecah sehingga 115 kilogram, seriously I thought he was merely joking. Tapi itulah kenyataannya.
HR2017: Aiman Zaim ketika sesi audition dan semasa cover shoot majalah REMAJA isu Julai 2017. Nampak tak perubahan?
“Saya pernah menjadi seberat itu sekitar 4 tahun yang lalu. Memang ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berat badan tersebut. Antaranya adalah penyakit asma yang mula dihadapi oleh saya ketika berumur 11 tahun,” kongsi Aiman kepada penulis.
Ads
Pada usia semuda itu, Aiman terpaksa ditahan di wad hospital selama tiga bulan kerana tahap penyakit asma yang dihadapi agak kritikal. Akibat hanya terperuk di dalam wad, Aiman memenuhi masanya dengan selera makan yang tinggi. Ditambah pula dengan pengaruh ubat yang diambil, Aiman tak merasakan dirinya perlu bergerak aktif.
“Setelah perkara tersebut menjadi rutin harian saya selama tiga bulan, walaupun selepas sembuh, saya seakan sudah sebatikan diri untuk makan jika mempunyai masa lapang. Tanpa disedari, berat badan semakin bertambah sehinggalah 115 kilogram ketika berusia 16 tahun,” tambahnya lagi.
Masalah berat badan dan kes buli memang tak dapat berenggang. Di mana ada individu yang berbadan besar, pasti dirinya menjadi sasaran mudah budak-budak nakal di sekolah.
Aiman mengalami situasi itu ketika dia melangkah masuk ke Tingkatan Satu. Pelbagai tohmahan singgah ke telinga. Ada yang menghalau Aiman daripada bermain bersama ketika sesi Pendidikan Jasmani. Ada juga yang lebih celupar dengan statement seperti “Kau ni tak serupa manusia”.
Ads
Lebih menyedihkan apabila penulis mendapat tahu, budak perempuan yang mencemuh Aiman sedemikian. Guys, seriously. Don’t you have better things to do?!
HR2017: Aiman semasa berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Rumah Jagaan Kasih Harapan bersama Mamee
“Pengalaman saya bertukar sekolah selama tiga kali dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima banyak mengajar saya untuk lebih memilih kawan. Kadangkala apabila kawan rapat tiada, saya lebih mudah untuk tak bercakap dan mengasingkan diri kerana takut dijadikan objek buli.
“Saya rasakan orang berbadan besar seperti saya saja yang boleh memahami rasa rendah diri yang saya alami itu,” kata Aiman.
Perubahan Sihat Dan Mendadak, Aiman Ingin Ubah Diri Atas Faktor Kesihatan
Penulis banyak mendengar sebelum ini akan kes orang berbadan besar yang menceburi diet ekstrem untuk mengubah penampilan bentuk badan. Sah-sahlah cara yang mereka gunakan itu tidak sihat, malah membahayakan lagi kesihatan dan stamina diri sendiri.
Namun, Aiman ingin melakukannya dengan cara yang betul.
Ads
“Saya terbuka hati untuk menurunkan berat badan ketika bercuti selama tiga bulan selepas habis sekolah. Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar, saya mulakan rejim turun berat badan bersama abang saya.
“Saya hentikan pengambilan jajan, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan karbohidrat. Sebaliknya, saya gantikan dengan daging, sayur dan makanan kategorikan clean diet.”
Walaupun susah untuk saya bersenam dengan berat badan 110 kilogram, saya gigihkan juga untuk workout pada waktu pagi dan malam setiap hari. Tak sampai sejam pun untuk setiap sesi tetapi asalkan saya tak curi tulang, semakin hari semakin jelaslah hasilnya,” kata Aiman.
HR2017: Tekun je semasa mengikuti kelas Sifu Najib Assadok dengan finalis lain.
Tamat tempoh tiga bulan, sudah tiba masa untuk Aiman mengambil sijil keputusan SPM. Perubahan mendadak sehingga turun 35 kilogram bukan hanya membuatkan cikgunya terkejut, malah menutup mulut budak-budak sekolah yang pernah membulinya dahulu!
“Itu cerita tiga tahun lepas. Sekarang, saya sedang berusaha untuk mencapai berat badan ideal iaitu 65 kilogram. Kalau ada yang nak sama-sama turunkan berat badan, jomlah! Ada kawan baru semangat sikit hehe.”
Jangan Jadi Mangsa Buli, Ini 3 Pesanan Aiman Zaim
“Saya bukanlah pakar untuk mangsa buli pun. Saya juga pernah terkesan dengan kata-kata cacian pembuli. Tapi kalau korang menghadapi masalah tersebut, ada tiga perkara yang boleh saya cadangkan” ;
HR2017: Finalis Hero Remaja 2017 di konsert Akademi Fantasia Megastar, baru-baru ini.
Jangan simpan masalah tersebut kepada diri sendiri. Walaupun malu dengan masalah tersebut, korang perlu ceritakan kepada sesiapa yang boleh membantu dan dipercayai.
Walaupun sibuk ingin kuruskan badan, jangan sesekali obses melakukannya sehingga perkara lain terabai. Ingat, untuk menjadi sihat bukan hanya melibatkan tubuh badan tetapi juga mental dan spiritual yang cerdas.
Kurangkan kuantiti makanan tidak sihat yang korang ambil. Walaupun korang kurus tetapi makanan tak sihat sebenarnya boleh melemahkan daya konsentrasi minda dan ketahanan badan. Kalau korang tak boleh pertahankan diri, macam mana nak elakkan diri jadi mangsa buli?
Betul tu! Jangan lupa, follow Aiman Zaim untuk melihat update terbarunya. Ini baru Hero!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, kini Hero Remaja 2021 pula bakal melabuhkan tirainya pada malam esok dengan menampilkan empat lagi finalis termasuklah Afiq Hamidon, Aqil Taqee, Mierul Aiman dan Fazziq Muqris.
Sebenarnya, sudah ramai rupanya selebriti lelaki yang lahir daripada program Pencarian Hero Remaja sejak tahun 1990 lagi.
Jom kita recap semula pemenang daripada kemunculan awal program sehinggalah yang terkini.
Hero Remaja 1990/91
Esma Daniel (Juara)
Azhar Sulaiman (Tempat ketiga)
Badrul Muhayat (Naib Juara)
Hero Remaja 1993/94
Norman Hakim (Hero Favourite)
Hero Remaja 1997
Wan Shalim (Juara)
Ashraf Sinclair (Tempat Ketiga)
Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)
Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)
Hero Remaja 2004/2005
Zawen Anwar (Juara)
Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)
Fizo Omar (Naib Juara)
Hero Remaja 2011/2012
Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat ketiga)
Hero Remaja 2017
Alif Muhaimin (Juara)
Farhan Asri (Naib Juara)
Harris Annuar (Tempat Ketiga)
Nabil Aqil (Hero Favorite)
Adam Yusuf (Hero Inspirasi)
Hero Remaja 2020
Nadhir Nasar (Juara)
Umar Hisham (Naib Juara)
Meerqeen (Tempat ketiga)
Aniq Suhair (Hero Favorite)
Siapakah agaknya yang bakal memiliki takhta Hero Remaja yang sebelum ini dimiliki oleh Nadhir Nasar, Hero Remaja 2020 yang semakin meningkat naik dalam drama Project Anchor SPM dan i-Tanggang?
Sama-sama kita nantikan pada 6 November ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat PKP, bintang Hero Remaja 2017, Safwan Nazri diuji apabila berlaku kebakaran cawangan kedainya di Kuala Lumpur.
Memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken kira-kira dua tahun yang lalu, Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais termasuk di Lembah Klang dan bahagian utara seperti Kedah dan Perak.
Mengakui bahawa perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP ini, Safwan sekali lagi reda apabila dia diuji dengan kebakaran yang berlaku di kedai cawangan Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami. Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,”
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5000 hingga RM6000 jugalah. Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi. Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” jelas Safwan.
Baru-baru ini juga, Safwan dilihat menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah BMW sempena hari ulang tahun permaisuri hidupnya itu.
“Alhamdulillah, memang niat saya nak berikan hadiah kereta buat Mama dan keluarga. Lagi pun, Mama banyak membantu saya dalam perniagaan ini. Mama juga antara individu yang selalu memberikan semangat untuk melakukan apa sahaja perkara yang saya ceburi. Saya juga percaya sekiranya kita bahagiakan kedua ibu bapa, insyaAllah Allah akan berikan rezeki yang lebih banyak,” tambahnya lagi.
Walaupun sibuk menguruskan perniagaan, Safwan menjelaskan dia tetap ingin terus aktif dalam dunia lakonan dan tidak akan sesekali meninggalkan minatnya itu. Disebabkan PKP ini, banyak tawaran yang masih lagi terpaksa ditunda dan berharap agar selepas ini dia bakal kembali di kaca televisyen.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Nadhir Nasar, 23, atas kejayaan merangkul gelaran Hero Remaja 2020! Setelah berakhirnya episod finale sebentar tadi, Nadhir berjaya untuk menidakkan peluang empat orang finalis lain yang bertanding di pentas akhir tadi dalam suasana yang cukup sengit.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada peserta dari Negeri Johor, Umar Hisham manakala Meerqeen, 19 berjaya menempatkan diri di tangga ketiga.
Perasaan Nadhir……
” Perassan Nadhir happy,teruja dan tak sangka menang malam ini, tapi rezeki tak pernah salah alamat. Kelima-lama memang pesaing saya yang hebat, tapi kami bersaing secara sihat. Tapi rezeki Nadhir, saya menang Hero Remaja malam ini.
Pada awalnya apabila menyertai ujibakat Hero Remaja 2020, tipulah kalau saya katakan saya tidak mahu menang. Namun setelah bersama dengan pihak produksi melakukan cabaran, terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti & penggambaran, duduk sebumbung pula dengan 11 lagi orang finalis lain, pandangan saya terhadap pencarian itu telah berubah.
Kepada semua juri, krew dan semua yang terlibat saya ucapkan berbanyak terima kasih atas semua pertolongan anda kepada Nadhir. ”
Ditanya mengenai perancangan selepas memenangi Hero Remaja 2020
“Sudah tentu Nadhir akan kembangkan bakat dalam industri seni dengan sebaiknya. InsyaAllah”.
Walaupun acara finale dilangsungkan dengan kawalan ketat terhadap Piawaian Prosedur Operasi (SOP), namun ia tetap berlangsung penuh meriah.
Hanya seramai 50 orang penonton dibenarkan untuk menyaksikan siaran secara langsung di studio dan ia terdiri daripada penaja utama Hero Remaja 2020 iaitu NIVEA Men, pihak pengurusan dan para selebriti yang terdiri daripada alumni pencarian Hero Remaja terdahulu dan pencarian Dewi Remaja 2019.
Apa pun tahniah REMAJA ucapkan buat semua Hero Remaja 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau bulan ni hari jadi korang, jangan sekadar tiup lilin dan potong kek je. Sekarang ni banyak brand, kafe, dan restoran tawarkan promosi birthday...