Ketika REMAJA pertama kali bertemu dengan Aiman Zaim semasa sesi ujibakat Hero Remaja 2017 (HR2017), tiada langsung petanda yang mengatakan dirinya pernah bergelar ‘comel’. Dengan ketinggian sekitar 182cm, Aiman pada waktu itu nyata mempunyai aura untuk digilap menjadi pelapis industri seni.
Hanya selepas penulis mula mengenali kesemua finalis program HR2017 dengan lebih dekat, barulah seorang demi seorang membuka cerita mengenai diri masing-masing.
Dan Aiman Zaim juga tidak terkecuali.
Ketika dia berkata berat badannya pernah mencecah sehingga 115 kilogram, seriously I thought he was merely joking. Tapi itulah kenyataannya.
“Saya pernah menjadi seberat itu sekitar 4 tahun yang lalu. Memang ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berat badan tersebut. Antaranya adalah penyakit asma yang mula dihadapi oleh saya ketika berumur 11 tahun,” kongsi Aiman kepada penulis.
Pada usia semuda itu, Aiman terpaksa ditahan di wad hospital selama tiga bulan kerana tahap penyakit asma yang dihadapi agak kritikal. Akibat hanya terperuk di dalam wad, Aiman memenuhi masanya dengan selera makan yang tinggi. Ditambah pula dengan pengaruh ubat yang diambil, Aiman tak merasakan dirinya perlu bergerak aktif.
“Setelah perkara tersebut menjadi rutin harian saya selama tiga bulan, walaupun selepas sembuh, saya seakan sudah sebatikan diri untuk makan jika mempunyai masa lapang. Tanpa disedari, berat badan semakin bertambah sehinggalah 115 kilogram ketika berusia 16 tahun,” tambahnya lagi.
Masalah berat badan dan kes buli memang tak dapat berenggang. Di mana ada individu yang berbadan besar, pasti dirinya menjadi sasaran mudah budak-budak nakal di sekolah.
Aiman mengalami situasi itu ketika dia melangkah masuk ke Tingkatan Satu. Pelbagai tohmahan singgah ke telinga. Ada yang menghalau Aiman daripada bermain bersama ketika sesi Pendidikan Jasmani. Ada juga yang lebih celupar dengan statement seperti “Kau ni tak serupa manusia”.
Lebih menyedihkan apabila penulis mendapat tahu, budak perempuan yang mencemuh Aiman sedemikian. Guys, seriously. Don’t you have better things to do?!
“Pengalaman saya bertukar sekolah selama tiga kali dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima banyak mengajar saya untuk lebih memilih kawan. Kadangkala apabila kawan rapat tiada, saya lebih mudah untuk tak bercakap dan mengasingkan diri kerana takut dijadikan objek buli.
“Saya rasakan orang berbadan besar seperti saya saja yang boleh memahami rasa rendah diri yang saya alami itu,” kata Aiman.
Penulis banyak mendengar sebelum ini akan kes orang berbadan besar yang menceburi diet ekstrem untuk mengubah penampilan bentuk badan. Sah-sahlah cara yang mereka gunakan itu tidak sihat, malah membahayakan lagi kesihatan dan stamina diri sendiri.
Namun, Aiman ingin melakukannya dengan cara yang betul.
“Saya terbuka hati untuk menurunkan berat badan ketika bercuti selama tiga bulan selepas habis sekolah. Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar, saya mulakan rejim turun berat badan bersama abang saya.
“Saya hentikan pengambilan jajan, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan karbohidrat. Sebaliknya, saya gantikan dengan daging, sayur dan makanan kategorikan clean diet.”
Walaupun susah untuk saya bersenam dengan berat badan 110 kilogram, saya gigihkan juga untuk workout pada waktu pagi dan malam setiap hari. Tak sampai sejam pun untuk setiap sesi tetapi asalkan saya tak curi tulang, semakin hari semakin jelaslah hasilnya,” kata Aiman.
Tamat tempoh tiga bulan, sudah tiba masa untuk Aiman mengambil sijil keputusan SPM. Perubahan mendadak sehingga turun 35 kilogram bukan hanya membuatkan cikgunya terkejut, malah menutup mulut budak-budak sekolah yang pernah membulinya dahulu!
“Itu cerita tiga tahun lepas. Sekarang, saya sedang berusaha untuk mencapai berat badan ideal iaitu 65 kilogram. Kalau ada yang nak sama-sama turunkan berat badan, jomlah! Ada kawan baru semangat sikit hehe.”
“Saya bukanlah pakar untuk mangsa buli pun. Saya juga pernah terkesan dengan kata-kata cacian pembuli. Tapi kalau korang menghadapi masalah tersebut, ada tiga perkara yang boleh saya cadangkan” ;
Betul tu! Jangan lupa, follow Aiman Zaim untuk melihat update terbarunya. Ini baru Hero!