Bagai tiada kesudahan. Malah tidak juga mengambil iktibar terhadap hukuman yang pernah dijatuhkan terhadap orang lain.
Jika korang masih ingat kes yang dihadapi oleh K Ganesh, seorang pekerja kontrak yang dihukum penjara dua tahun 10 bulan dan denda RM40,000 akibat memasukkan kucing bunting ke dalam mesin basuh.
**media[76635]**
**media[76636]**
Namun ternyata hukuman yang dijatuhkan terhadap orang lain tidak menjadi iktibar dan terbaru, seekor anak kucing digantung sehingga mati dalam satu kejadian di Pondok Bit Area Square, Tanjung Malim, Perak.
Berikutan insiden itu, Persatuan Haiwan Malaysia, menawarkan ganjaran sebanyak RM1000 bagi individu yang memberikan maklumat lengkap mengenai indsiden sekaligus mengheret pelakunya ke mahkamah.
Ads
Baca hantaran di fb Persatuan Haiwan Malaysia. Dan tolong sebar sehingga pelakunya tertangkap!
Apa salah besar kucing kerdil ini dihukum gantung sampai mati? Hingga kalian membunuhnya tanpa rasa belas?
Animal Malaysia nak hadiahkan RM1,000.00 kepada saksi mata yang lihat kejadian pembunuhan semalam 19/11/2019 atau individu yang ada rakaman video pelaku penggantung kucing di Tanjung Malim ini jika berani tampil buat aduan hingga pelaku ditangkap, didakwa di mahkamah dan dihumban ke penjara. Lokasi dikenal pasti adalah di Pondok Bit Arena Square, Tanjung Malim Perak.
Ads
Kita ada Akta Kebajikan Haiwan 2015 untuk pembunuh haiwan yang bertindak bersendirian membunuh, meracun atau mencederakan tanpa sebab dan sewenang-wenangnya.
Walau apa sebab sekali pon. Menyakiti haiwan boleh disiasat dan didakwa mengikut undang-undang. Siapa pon tidak terkecuali.
Buat kekejaman haiwan sebelum diancam – masyarakat awam tidak ada kuasa. Kuasa hanya pada pihak berkuasa.
Ads
Lakukan kekejaman haiwan selepas diserang. Mangsa boleh buat self defence dan orang awam boleh membantu. Tetapi tindakan itu tidak boleh berlebihan dan bebas elemen penganiayaan. Jadikan malapetaka yang menimpa Adik Adib sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia akibat banyak pelakuan menzalimi haiwan dalam negara ini.
Malaysia memang terkenal dengan negara yang berbilang bangsa dan majmuk. Tapi sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu sensitif yang melibatkan perkauman berlaku sehingga mampu menebalkan rasa benci dan hilangkan perasaan sayangkan kepelbagaian masyarakat di malaysia.
Memetik laporan dari Astro Awani, penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mula membuka mulut dan mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.
Hussamuddin dalam kenyataannya kepada akhbar ini di Shah Alam semalam menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut.
Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu ditutup.
Bagus kata-kata Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, yelah semua kita semua sayangkan negara kita. Moga Malaysia terus harmoni dan sejahtera hendaknya!
Sumber : Youtube Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya, sesebuah tugu akan dibina bagi mengenang jasa individu yang telah banyak menabur bakti kepada kawasan tertentu ataupun bagi mengenang kisah sejarah yang berlaku sekaligus mendidik generasi baru mengenainya.
Namun, lain pula ceritanya dengan ‘tugu’ yang satu ini. Well jujurnya, ia kelihatan lebih seperti batu nisan berbanding tugu!
Seorang jurutera perisian di Korea Selatan baru-baru ini telah sanggup menempah batu nisan yang memakan kos 430,000 won atau kira-kira RM1,459 sebagai simbol memperingati keputusan syarikat Microsoft untuk menghentikan pelayar web, Internet Explorer pada minggu lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Jung Ki-young itu berkata, idea tersebut memakan masa sebulan untuk direalisasikan. Apabila diamati secara dekat, permukaannya mempunyai catatan berbunyi, ‘Ia adalah alat yang baik untuk memuat turut pelayar lain’.
Gambar batu nisan itu kemudiannya tular di Korea Selatan setelah ia ditempatkan di atas bumbung sebuah kafe yang dikendalikan oleh keluarga Ki-young di bandar selatan Gyeongju.
Katanya, “Ia telah memainkan peranan yang besar dalam urusan kerja saya. Saya sememangnya berasa sedih atas kehilangannya yang pernah mendominasi enjin carian utama pengguna internet satu masa dahulu.
*
Untuk pengetahuan, Internet Explorer telahpun beroperasi selama 27 tahun. Apabila ia dilancarkan pada tahun 1995, Internet Explorer pernah menjadi pelayar web paling digemari di seluruh dunia lebih-lebih lagi setelah ia digabungkan dengan sistem pengendalian Windows yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bagaimanapun, sejak akhir era 2000, Internet Explorer mula dipinggirkan setelah ramai pengguna mula beralih kepada pelayar Google Chrome atas sebab kepantasan operasinya. Kini, Internet Explorer telahpun dijenamakan semula kepada pelayar yang lebih pantas, Microsoft Edge.
P.S: Tiada sesiapa pula bina batu nisan untuk MySpace dan Friendster.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kewujudan laman sosial seperti facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain aplikasi antara ketagihan alaf baru yang wujud masa kini. Lebih ramai “follower”, bermakna diri lebih glamor.
Minggu lalu, Remaja ada menyiarkan kisah seorang instafamous yang sanggup berhutang bank dan pernah ada perasaan ingin membunuh diri kerana kurang mendapat like dari pengikutnya. Masa yang sama, instafamous ini perlu berbelanja besar demi memperlihatkan dirinya begitu sempurna di mata pengikutnya. Beli baju atau barang mesti dari jenama terkenal, makan di mana pun nak up, lepak di hotel juga muat turun, itu belum lagi perlu ke luar negara demi nak nampak glamor.
Seolah menjadi trend, jika instafamous sanggup berhutang bank dalam satu jumlah besar, nampaknya trend mengejar glamor ini turut terpalit di kalangan pelajar sekolah menengah yang sanggup membeli Instagram rakan-rakan mereka yang mempunyai ramai pengikut semata-mata mahu kelihatan glamor di kalangan rakan sebaya.
Hal ini didedahkan oleh seorang ibu yang memaklumkan anaknya yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Shah Alam memberitahu ada rakannya yang sanggup membayar RM100 demi mendapatkan 1000 pengikut di Instagram milik rakan mereka.
“Biasanya mereka sanggup membayar lebih dari itu. Selepas proses pembelian berlaku, gambar pemilik insta lama akan dibuang dan digantikan dengan pemilik baru dengan jumlah pengikut kekal.
“Apa yang pelajar inginkan hanyalah jumlah pengikut kerana mereka ada perasaan ingin glamor,” kata ibu pelajar yang memaklumkan, trend ini mulai tular kerana remaja ini tumbuh dengan satu perasaan ingin menonjol berbanding rakan sendiri.
Keinginan untuk mengecap glamor antara sebab mengapa hal ini mendorong pelajar berfikiran sedemikian. Lebih ramai pengikut, lebih mahal yang perlu dibayar oleh pelajar yang mahukannya.
Bayangkan dalam usia semuda itu, pelajar sudah diajar tentang “nilai kemasyhuran” dan menuntut berbelanja lebih. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak menyedari soal ini. Bila anak minta duit, memberi tanpa banyak menyoal sedangkan wang dibazirkan hanya kerana mahu dilihat ramai pengikut.
Hal ini turut terungkai apabila cari Remaja di Instagram Media Hiburan mendapati ada individu yang mahu menjual “pagenya” dengan iklan berbunyi seperti berikut.
Hi Salam. Saya ada jual followers dan likes. Berminat nak cuba tak? Saya boleh bagi test likes. Boss nak naikkan followes dengan likes tak? Banyak model dan designer yang dah buat servis dengan saya sebab kalau tak lambat dapat job katanya. Saya boleh naikkan likes dan followers boss. Sekarang kami tgh buat promo.
Ternyata, menjual likes dan followers ini bukan hanya tular di kalangan pelajar sekolah tetapi sudah menjadi satu bisnes kepada individu yang “nampak peluang” buat duit dengan kegilaan ini. Pendek kata, money is very empowering. Ada duit semua boleh jadi.
Remaja mendapatkan penjelasan dari Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Fatahiyah Mahamood yang juga seorang penyelidik teknologi dan remaja masa kini mengenai trend ini.
Menurutnya, keinginan untuk nampak hebat di mata kawan-kawan dan masyarakat mengakibatkan “penjualan” ini wujud.
“Sebagai remaja, mereka ada keinginan tinggi. Mahu lebih berbanding biasa. Seharusnya ibu bapa perlu membuat pemantauan jika kelihatan anak-anak terjurus ke arah ini. Walaupun bukan satu kesalahan tetapi ibu bapa harus bermain tarik tali dalam melentur anak-anak yang terlibat.
“Jangan sesekali berkata tidak kerana mereka tidak mahu mendengar teguran sebegitu sebaliknya mesti ada pendekatan berbeza ketika menasihati. Walaupun bukan satu penyakit kejiwaan tetapi trend ini boleh mewujudkan kesan atau gangguan psikologi kepada pelajar sekiranya perkara ini tidak dibendung atau dikawal oleh ibu bapa atau penjaga. Dikhuatiri pelajar yang tidak mempunyai ramai followers seperti rakan-rakan yang lain dan berkemungkinan akan mengganggu fokus pembelajarannya.
Dalam pada itu, Ustazah Fatahiyah berkata, walau pun trend ini dilihat kurang baik tetapi menurutnya, apabila sampai satu peringkat umur beralih ke dewasa, remaja akan memahami dan dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah.
“Tapi hal ini berbeza dengan orang terlibat dalam dunia perniagaan, kerjaya dan sebagainya kerana ia satu taktik untuk membuat orang lain percaya bahawa mereka orang yang mempunyai ramai pengikut,” katanya ketika dihubungi.
Isunya di sini, kalau semuanya boleh dijual, semuanya boleh dibeli, adakah pengikut-pengikut instafamous ini mendapat keuntungan? Tepuk dada, tanya selera. Nak nak dikejar hanya soal duniawi sahaja pun…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...