Ramai yang menyahut cabaran #10yearschallange yang dimulakan oleh seorang ahli meteorologi dari Oklahoma, Damon Lane.
Ramai begitu gembira memaparkan keadaan diri dan bentuk tubuh mereka serta perubahan-perubahan yang berlaku.
Di sebalik kegembiraan, mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami betapa dunia semakin kecundang angkara perbuatan manusia itu sendiri.
Dunia yang semakin panas berikutan pencairan di Kutub Utara, gunung-ganang ditarah tanpa belas kasihan, pembuangan plastik yang mengakibatkan hidupan laut mati dan beberapa sikap lain yang sebenarnya boleh dikawal jika kita memahami dunia ini turut diduduki oleh makhluk lain.
Jika kita begitu gembira badan masih maintain sejak 10 tahun lalu, wajah yang tak tua-tua dan sentiasa muda, dunia yang kita duduki ini juga BERHAK untuk manusia tahu betapa tenatnya sekarang.
Ok, jom tengok betapa “GEMBIRANYA” bumi sepanjang #10yearschallange ini. Mungkin sebagai individu kita seharusnya sama-sama menyayangi dunia yang semakin tua dan tenat ini. Itu belum lagi binatang-binatang yang terjejas teruk akibat kerakusan manusia
Dalam satu akaun instagram yang fokus kepada masalah sampah di lautan @lessplasticuk mampu membuatkan kita berfikir lebih mendalam.
Lihat sajalah terumbu karang indah yang menjadi tempat pembiakan ikan-ikan di laut yang jelas ketara sudah mati.
Begitu juga lapisan ais yang semakin menipis di Kutub Utara, dataran permukaan yang semakin menyempit selain nasih beruang kutub yang semakin kurus selepas habitatnya dicemari.
Di akuan instgram @Greenpeace turut memaparkan kerosakan yang berlaku. Bungkahan ais yang dahulunya begitu tebal kini semakin nipis akibat pemanasan global.
Hutan tertua dunia, hutan Amazon juga mengalami perubahan ditarah oleh tangan manusia dan barang kali akan bertukar menjadi gersang satu hari nanti jika kita masih bergembira seperti hari ini.
Ya bumi juga perlukan perubahannya dan janganlah kita terus mencemarkannya dengan menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri.
Biar usaha kita sedikit tapi sekurangnya kita menyumbang kepada kelasterian alam yang akan dihuni oleh anak cucu kita di masa depan.