Berita

Eain Yow Raih Kejuaraan  Skuasy Pertama PSA World Tour Di Terbuka Jerman 2024

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…

Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai gelaran Jelajah Dunia pertamanya selepas memenangi Terbuka Jerman 2014.

Dalam pusingan akhir yang berlangsung pada Ahad lalu, Eain Yow telah mengalahkan pemain dari Switzerland, Dimitri Steinmann dengan mata 12-10, 11-8, 10-12, 11-3.

Mengalahkan Dimitri dalam masa 66 minit, Eain Yow yang kini berusia 26 tahun sebelum itu terlebih dahulu melalui masa getir berdepan dengan pemain nombor 10 dunia, Joel Makin di pusingan separuh akhir.

Ekoran kejayaannya, Eain yang sebelum ini berada di kedudukan ke-22 telah naik enam anak tangga untuk berada di kedudukan ke-16 terbaik di dunia.

Kredit foto: PSA World Tour

Dalam temubual bersama PSA World Tour, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkongsi tentang pengalamannya mengharungi pertandingan tersebut.

“Saya rasa saya bermain dengan hebat sepanjang minggu jadi saya gembira untuk mengharunginya.

“Perlawanan akhir sentiasa berbeza. Sentiasa ada tekanan tambahan, terdapat orang yang berbeza menghantar mesej sepanjang hari tentang kemenangan saya semalam jadi bagi saya, saya tahu hari ini akan menjadi sukar, terutamanya menentang Dimi

“Dia menyerang dari mana-mana dan dia tidak banyak ketinggalan, jadi saya terpaksa menggali dalam-dalam dan terus berlari, terus mendapatkan semua bola dan berpegang pada pelan permainan dan saya fikir saya melakukannya dengan baik.

“Saya  gembira untuk mendapat gelaran minggu ini,” ujar Eain panjang mengulas perihal kemenangannya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen