Pelakon dan pelawak serba boleh, Ebby Yus, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persilatan (Honorary Doctorate of Martial Art) oleh Akademi Persilatan Sedunia (APS).
Pelakon berusia 59 tahun itu menzahirkan rasa kesyukuran dan rendah diri apabila menerima anugerah tersebut.
Menurut Ebby, yang terkenal dengan filem I Know What You Did Last Raya itu, pada awalnya dia menolak pencalonan untuk anugerah berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Demi Impian PhD Anak, Bapa Sanggup Kerja Keras Meski Usia 62 Tahun
“Ketika pihak mereka menghantar surat pencalonan dua minggu lalu, saya jawab secara baik menolak kerana saya rasa tak layak,” katanya.
Baginya, dia merasakan ilmu persilatannya belum cukup untuk menerima penghargaan tinggi itu. Namun, sokongan dan nasihat dari rakan baiknya, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin, mengubah pandangan Ebby.
Menurut Ustaz Ashraf, pelawak itu terpilih kerana sumbangannya dalam memartabatkan seni silat dalam industri hiburan tanah air.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Terpaling Cemerlang Sejak Sekolah..” -Graduan PhD Ingin Banggakan Ibu Bapa Tercapai
Majlis penganugerahan itu berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Hotel Riverside Melaka, dan disampaikan oleh Presiden Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom.
Ebby menerima anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan sumbangannya terhadap seni silat.
“Walaupun saya tidak mengharapkan anugerah, apabila diberi, saya terima dengan hati terbuka. Ini adalah satu penghargaan atas kerja keras saya selama ini dan juga menjadi motivasi untuk terus memartabatkan silat,” jelas Ebby lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro