Bagi yang membesar di kawasan Lembah Klang, pusat membeli belah eCurve pastinya memiliki nostalgia kepada diri masing-masing. Suatu ketika dahulu pusat membeli belah ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan orang ramai terutamanya dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Terbaru dalam sebuah hantaran di laman Facebook Malaysia Shopping Mall menerusi info yang diberikan oleh penyewa di dalam pusat membeli belah tersebut. “Sangat terkejut apabila menerima notis verbal dari pengurusan eCurve yang pusat membeli belah ini akan ditutup pada 31 Mac yang akan datang.
“Rakan-rakan yang suka mengunjungi dari satu bar ke satu bar yang lain tidak lagi memilih Curve Street sebagai lokasi pilihan selepas banyak lagi lokasi baru seperti Sunway Giva, Scott Garden, Trec KL dan banyak lagi lokasi untuk minum yang baru.
“Sekali lagi, semoga semua tuan kedai dan juga penyewa kuat. Masa yang sukar ini tidak akan kekal lama, jom kita kekal Bersatu dan kuat melawan masalah ini. Kami menunggu eCurve dibuka semula dan proses penjenamaan semula di lakukan dengan baik,” menurut kenyataan itu.
Walaupun tiada kenyataan rasmi dari mana-mana laman digital eCurve. Menerusi laporan KL Foodie, beberapa penyewa lain sudah mengesahkan penutupan ini seperti Ampang Superbowl yang mengumumkan perkara itu di laman Facebook rasmi mereka. Penyewa lain seperi The Northface dan Bratpack juga telah memuatnaik status yang mereka sedang mengadakan jualan pindah keluar.
***P/S – Banyak kenangan penulis di sini. Sebelum pandemik banyak acara media dilakukan di pusat membeli belah ini termasuklah sesi pra-tonton filem terbaru. Rindunya suasana sebelum pandemik Covid-19!
Sumber: Facebook Malaysia Shopping Mall & KL Foodie
Anak Patung Barbie Ke Dunia Nyata, Margot Robbie Bakal Membintangi Filem Barbie 2023
Jika korang merupakan peminat patung mainan Barbie, ini merupakan berita gembira buat korang!
ARTIKEL BERKAITAN: Barbie Lancar Koleksi Patung ‘Role Model’, Inspirasi Petugas Barisan Hadapan
Barbie juga merupakan anak patung perempuan yang wujud sejak zaman 50-an lagi hingga kini. Karakter yang dihidupkan dari anak patung ini menjadi pujaan kanak-kanak serata dunia.
Membawa Barbie ke dunia nyata dalam filem telah menyentuh hati ramai peminat dalam semua peringkat umur seolah-seolah telah mengingatkan semula zaman kanak-kanak mereka.
Baru-baru ini, Warner Bros. Pictures mengumumkan filem Barbie akan ditayangkan hanya di pawagam pada 21 Julai 2023, arahan Greta Gerwig.
Penulis pasti, filem Barbie ini yang akan ditayangkan secara live-action akan membuatkan semua peminat teruja lagi-lagi Barbie dilakonkan oleh pelakon wanita terkenal, Margot Robbie.
Bukan sahaja karakter Barbie, malah pasangan Barbie yang dikenali sebagai Ken juga akan dilakonkan oleh pelakon idaman ramai iaitu Ryan Gosling. Wow!
“Dengan pelbagai konflik dan banyak sambungan nostalgia, banyak cara menarik boleh dimasukkan. Apabila dengar ‘Barbie’, orang akan fikir, ‘saya tahu jalan cerita filem itu,’ kemudian dapat tahu pula, penulis dan pengarahnya ialah Greta Gerwig dan mereka akan fikir, ‘oh, mungkin saya tak tahu.” kata Margot Robbie tahun lalu.
Seperti yang semua tahu, Barbie sudah menghasilkan banyak filem fantasi secara animasi sejak tahun 2001.
Mesti ramai tak sabar nak tunggu filem ni keluar…hehe
BACA LAGI: Ratu Elizabeth II Jadi “Barbie”, Dijual Pada Harga RM324
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER : Warner Bros. Pictures /CNN
Pentingnya Semak Kandungan Nutrisi, Doktor Ini Dedah Kandungan Susu Dalam Tin Sebenarnya Bukan Susu Tapi…
Dah jadi kebiasaan masyarakat kita untuk guna susu sejat dalam masakan, pencuci mulut mahupun minuman.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya minuman yang korang selalu minum ini boleh memberi sedikit sebanyak kesan kepada kesihatan?
Tapi korang tahu tak apa beza susu-susu yang ada daam tin ni? Nampak macam senang tapi bila berkunjung ke pasar raya, tiba-tiba nampak rak penuh dengan pelbagai jenis tin susu sejat, susu isian sejat, krimer sejat, susu isian pekat , krimer peka manis. Eh banyaknya! Apa beza semua jenis susu ni?
Dr. Rusyainie Ramli melalui laman Facebooknya berkongsi tentang perbezaan susu susu tersebut melalui jenisnya. Pasti ramai yang tidak tahu akan perbezaan ini, tetapi selepas ini tidak lah lagi akan menjadi tanda tanya kepada anda semua.
Ini perkongsian beliau,
Tahukah kalian yang krimer pekat manis yang dalam tin yang berbagai jenama yang dijual dengan begitu banyaknya di pasaraya dan kedai runcit tu, BUKAN SUSU?
Kalau kalian lihat labelnya, perkataan pertama dalam senarai kandungannya ialah GULA. Sebab? Krimer pekat manis mengandungi hampir 50% gula!
Krimer pekat manis ni dihasilkan dari minyak tumbuhan, biasanya kelapa sawit dan ia tak ada pun protein susu dari binatang seperti lembu. Dan kerana itulah harganya lebih murah dari susu pekat manis. Rasa lemak berkrim yang seperti susu tu datang dari minyak kelapa sawit tulah.
Dipasarkan sebagai tanpa kolesterol, kita ingat ia bagus. Tapi mana nak ada kolesterol kalau lemaknya datang dari tumbuhan. Kolesterol hanya ada dalam haiwan. Ditambahlah vitamin ke, mineral ke, dalam krimer pekat manis, fakta tentang gula yang begitu banyak masih tak dapat diletak tepi. Vitamin dan mineral tu semua boleh datang dari makanan yang lain kan.
Yang krimer pekat manis nilah yang menjadi salah satu bahan penting dalam teh tarik. Kalori dalam 1 cawan teh tarik kecil pun dah 140kcal, kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi.
Sekarang dah tahu kan yang krimer pekat manis tu gulanya menimbun, maka buatlah keputusan sendiri.
SEBAB TU PENTING BACA NAMA PRODUK sebelum beli.
Di pasaran ada juga SUSU PEKAT MANIS. Yang ni memang susu dari sumber binatang, biasanya lembulah. Ia ada protein susu. Penuh berkrim tu sebab ada lemak susu. Susu ni melalui proses pemekatan, di mana kandungan airnya disejat dan lepas tu ditambah gula. Malang sekali, kandungan gula tu jauh lebih tinggi dari susu tu sendiri untuk bagi rasa yang manis.
Kalau ada kat label SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM tu bermakna, susu tu dah ditambah lemak susu. Lemak susu tu datang dari proses penghomogenan susu.
Susu ni kan kandungannya ada air dan lemak. Kalau tak buat proses ni, susu akan terpisah sebab lemak tak larut dalam air. Penghomogenan akan pecahkan lemak kepada molekul yang jauh lebih kecil dan hasilnya, lemak lebih baik penyebarannya dalam susu. Masa proses tulah ada lemak yang terapung kat permukaan susu. Yang tulah dimasukkan dalam susu yang dilabel penuh krim.
Kalau dibandingkan, secara logiknya susu pekat manis penuh krim tu memang rasanya lebih sedap tapi dahlah ada gula, tambah lemak susu lagi hampir 10%. Aduh. Seram ok.
Sama macam krimer pekat manis, kalau dilihat di label isi kandungan, gula adalah bahan paling utama. Jadi, pandai-pandailah fikir bila nak bubuh dalam makanan dan minuman kita.
Susu pekat manis ni susah nak jumpa kat negara kita. Saya tak pasti kalau pasaraya premium macam Village Grocer, SAM Groceria atau Jaya Grocer ada dijual. Secara peribadi, krimer atau sus pekat manis memang tak ada dalam rumah saya.
.
KRIMER SEJAT tu pun bukan susu. Macam krimer pekat manis, ia adalah produk dari minyak tumbuhan yang diproses menjadi seakan bentuk rupa susu. Ia lebih cair dan rasanya kurang manis. Ia banyak digunakan dalam sajian manis dalam masakan.
Krimer ni boleh dijadikan dalam bentuk serbuk. Yang nilah banyak digunakan dalam minuman 3 dalam 1, bubble tea yang sekarang tengah in-trend atau sesetengah ‘susu’ kambing sunnah yang sebenarnya punah yang banyak dijual di toko jamu.
SUSU SEJAT tu pula bermaksud, susu dari haiwan, yang melalui proses penyejatan supaya kandungan air dari susu tu jadi sikit, dan susu tu lagi pekat. Yang ni tak ada tambahan gula.
Kalau nampak perkataan SUSU ISIAN, biasanya dijual sebagai susu isian sejat, bermakna susu dah melalui proses untuk buang lemaknya dan diganti lemak tu dengan lemak minyak tumbuhan. Selalunya minyak sawit.
Jadi SUSU ISIAN SEJAT yang kalau kita nampak kat kedai tu, tulah maknanya.
Yang penting, semak kandungan nutrisi sebelum beli.
Rasanya saya dah merangkumi semua jenis ‘susu’ dalam tin. Sekarang dah ada ilmu, silakan amalkannya dan buatlah pilihan yang bijak, pandai dan cerdik.
Kalau tanya saya, elakkan lagi baik. Sekali sekala boleh la buang kempunan.
Sumber : Rusyainie Ramli
Texas Dilanda Ribut Salji, Pengguna Twitter Kongsi Kesejukannya Hingga Jadi Beku
Mungkin ada di antara masyarakat Malaysia yang gemar bermain salji dan jika melancong ke luar negara, mereka akan berkunjung ketika musim sejuk. Disebabkan negara kita tidak bersalji, maka tidak hairanlah mengapa kita begitu gemarkan suasana sejuk itu.
Namun begitu, kebanyakan masyarakat luar negara yang mengalami musim sejuk, mereka tidak berapa suka dengan kehadiran musim sejuk, khususnya bila dihujani salji. Ini kerana cuaca menjadi lebih sejuk dan ia juga agak menyusahkan jika mahu keluar rumah kerana terpaksa membersihkan gumpulan salji terlebih dahulu.
Di Texas, Amerika Syarikat kini mengalami ribut salji sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang selain jutaan terputus bekalan elektrik (Berita Harian).
Cuaca luar biasa yang melanda di sebahagian besar AS itu juga turut menyebabkan kesejukan melampau selain mencetuskan puting beliung di tenggara negara terbabit.
Dek kerana terlampau sejuk, ia menyebabkan barangan dan persekitaran di sekeliling pun menjadi beku. Berikut merupakan perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna
Twitter dengan menunjukkan keadaan betapa sejuknya Texas sekarang.
1. Highway dipenuhi salji
Don’t walk on the highway. It is too dangerous. Drivers could lose control and hit you. #ATXtraffic #txdotwx pic.twitter.com/3XDSWCd0XM
— TxDOT Austin (@TxDOTAustin) February 16, 2021
This was Houston, Texas on February 15, 2021. Unreal. pic.twitter.com/QOSDIMikVI
— Daniel Gotera (@DTGoteraKHOU) February 17, 2021
2. Kipas angin beku
This is how cold it is at my Apartment.
As a Texan, yes, I’m certainly not built for this. I don’t even care. pic.twitter.com/FMt8imglJp
— 𝐓𝐇𝐎𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐋𝐀𝐂𝐊 ☩ (@ThomasBlackGG) February 16, 2021
3. Air pili pun jadi beku
Stay safe y’all
Frozen faucet at my rental 😧😬❄️ #drip #frozenpipes #houwx #houstonfreeze #houstonpoweroutage #houstonweather pic.twitter.com/mIygHVrfu5— mb (@michaelbrom) February 17, 2021
4. Pools bertukar menjadi gelanggang luncur ais
My sister’s pool in Dallas is completely frozen over! pic.twitter.com/PEsZJQxSHB
— liberalpropaganda (@CRTCHP) February 17, 2021
5. Air dalam toilet bowl pun beku
Y’all ever seen frozen toilet water pic.twitter.com/WypZBjnMMK
— Ms. Young Professional (@MsYoungProfess) February 16, 2021
hey from me and my LITERAL FROZEN TOILET pic.twitter.com/gvu5hHjYG3
— molls! DM IF UNF (@gldencherry_) February 15, 2021
6. Akuarium pun beku juga
@ray.k13😱😱😱 literally in shock! wow. ##texaswinter ##texas ##snowstorm2021 ##twomoms ##ohno♬ Oh No – Kreepa
7. Taman permainan yang dipenuhi ais
Sympathies from Houston. It’s terrible here pic.twitter.com/JKY1jn6BIg
— 🌸Beau (@PastureSociety) February 16, 2021
8. Boleh berdiri atas swimming pool dah. Hehe!
please appreciate this photo of my dad standing on top of our frozen pool in dallas, measuring the thickness of the ice with a tape measure 😂 #DallasWeather #dfw pic.twitter.com/DanZ9fpRjc
— diana✨ (@xdianarose) February 17, 2021
9. Pantai pun dituruni salji
Oh, you know just your normal snow on the beach in Galveston, Texas. pic.twitter.com/wm9z8gZ1po
— Kevin Lighty – WCIA 3 Chief Meteorologist (@KevinLighty) February 15, 2021
10. Kaktus beku
A poor cactus in Texas today. https://t.co/BKIetSJebI pic.twitter.com/O28IN5YKWO
— Jodi (@jodotcom) February 15, 2021
Dah macam dalam filem Frozen pula. Tak dapat bayangkan betapa sejuknya tempat mereka sekarang. Rasanya masyarakat Malaysia tak tahan kalau sejuk macam ni. Hiks!