eCurve Bakal Tamatkan Operasi 31 Mac Ini?

Share

Bagi yang membesar di kawasan Lembah Klang, pusat membeli belah eCurve pastinya memiliki nostalgia kepada diri masing-masing. Suatu ketika dahulu pusat membeli belah ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan orang ramai terutamanya dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Terbaru dalam sebuah hantaran di laman Facebook Malaysia Shopping Mall menerusi info yang diberikan oleh penyewa di dalam pusat membeli belah tersebut. “Sangat terkejut apabila menerima notis verbal dari pengurusan eCurve yang pusat membeli belah ini akan ditutup pada 31 Mac yang akan datang.

“Rakan-rakan yang suka mengunjungi dari satu bar ke satu bar yang lain tidak lagi memilih Curve Street sebagai lokasi pilihan selepas banyak lagi lokasi baru seperti Sunway Giva, Scott Garden, Trec KL dan banyak lagi lokasi untuk minum yang baru.

“Sekali lagi, semoga semua tuan kedai dan juga penyewa kuat. Masa yang sukar ini tidak akan kekal lama, jom kita kekal Bersatu dan kuat melawan masalah ini. Kami menunggu eCurve dibuka semula dan proses penjenamaan semula di lakukan dengan baik,” menurut kenyataan itu.


Walaupun tiada kenyataan rasmi dari mana-mana laman digital eCurve. Menerusi laporan KL Foodie, beberapa penyewa lain sudah mengesahkan penutupan ini seperti Ampang Superbowl yang mengumumkan perkara itu di laman Facebook rasmi mereka. Penyewa lain seperi The Northface dan Bratpack juga telah memuatnaik status yang mereka sedang mengadakan jualan pindah keluar.

***P/S – Banyak kenangan penulis di sini. Sebelum pandemik banyak acara media dilakukan di pusat membeli belah ini termasuklah sesi pra-tonton filem terbaru. Rindunya suasana sebelum pandemik Covid-19!

Sumber: Facebook Malaysia Shopping Mall & KL Foodie

Published by
Fiezreen