Ed Sheeran telah menghangatkan malam Selasa di Kuala Lumpur semalam dengan kunjungan konsertnya yang kedua di Malaysia.

Kali terakhir Ed bertandang ke sini adalah pada tahun 2015 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur yang dihadiri oleh kira-kira 4,000 orang peminatnya. Namun, pada konsert Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur yang berlangsung semalam, ia memberi gambaran berbeza daripada apa yang berlaku dua tahun lepas.

Ruang Axiata Arena Bukit Jalil habis dibanjiri oleh 12,000 peminat Ed dan ternyata kehadirannya yang dibawakan oleh AEG, PR Worldwide dan U-Mobile pada kali ini amat ditunggukan oleh para Sheeranizers.

Ed Sheeran Live In KL: Tentang ‘Perfect’, Proposal Dan Plastic Bottle

Trek Lagu Kegemaran Peminat Hangatkan Lagi Stadium

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat, Ari Staprans Leff atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Lauv. Walaupun rata-rata peminat Ed tidak begitu familiar dengan penyanyi tersebut, Lauv yang memikul tugas Opening Act sepanjang siri konsert Ed Sheeran 2017 di Asia nyata tidak mengecewaka. Laucv berjaya membuatkan segenap penonton pantas menaip namanya di dalam kotak google search dan Instagram untuk mengetahui tentang Lauv dengan lebih lanjut.

Tepat pada jam 8.45, sorakan bingit peminat memecah ruang udara stadium tertutup itu apabila Ed memenuhi selera peminat dengan lagu-lagu popular dan kegemaran yang dipetik daripada 3 buah albumnya: +, x dan yang terbaru ÷.

Ads

Ed Sheeran Live In KL: Tentang ‘Perfect’, Proposal Dan Plastic Bottle

Antaranya termasuklah ‘A-Team’, ‘Photograph’, ‘Don’t’ dan tentunya lagu romantik kegemaran ramai pada masa ini, ‘Perfect’. Apa yang menjadikan persembahan Ed lebih istimewa setiap kali lagu baru dinyanyikan adalah apabila Ed sentiasa mengolah ritma dan susunan skor muziknya agar ia kedengaran lebih fresh, menarik dan lari daripada kebiasaan.

Antara ubah suai skor yang paling kami kagum adalah ketika Ed menyanyikan lagu ‘You Need Me, I Don’t Need You’. Guitar riff yang dimainkan pada pengakhiran lagu tersebut was just a-mah-zing ! Begitu juga apabila ‘Feeling Good’ dan ‘I See Fire’ di-mesh up bersama.

Ads

Ed Sheeran Live In KL: Tentang ‘Perfect’, Proposal Dan Plastic Bottle

Selain berhenti 15 kali untuk meneguk air mineral daripada botol plastik yang dibawanya ke atas pentas, Ed tidak langsung menunjukkan tanda-tanda penat. Antara lagu yang paling ditunggu ramai ialah ‘Thinking Out Loud’ yang dipetik daripada album X. Apa yang mengejutkan adalah apabila seorang penonton lelaki berbaju blazer formal mengambil kesempatan lagu tersebut untuk melamar teman wanitanya, there and then. And guess what, she said yes!

Ads

Beberapa lagu popular Ed juga dijadikan sebagai pelengkap persembahan encore iaitu lagu ‘Shape Of You’ dan ‘Sing’. Secara keseluruhannya, REMAJA rasakan konsert Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur ini adalah salah satu konsert terbaik yang pernah dianjurkan pada tahun ini.

Ia cukup bertenaga, dinamik, penuh dengan kejutan dan masih terngiang-ngiang di telinga. Tambahan pula dengan seni pencahayaan dan set pentas yang ringkas tetapi memberi impak wow. THANK YOU EDDIE!

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI