Sejak pemenang pertamanya, Tengku Anis Tengku Ismail dinobatkan sebagai Dewi Remaja pada tahun 1985, Majalah Remaja tak pernah gagal untuk menerbitkan isu khas para pemenang sebagai satu penghargaan kepada mereka. Ia juga adalah penutup buku buat edisi masing-masing.
Aleeza Kassim menggantikan tempat itu pada 1988 diikuti oleh Jasmine Dhillon yang kelihatan cukup fresh dan muda!
Jasmine Dhillon
Pada tahun 1995, cover pemenangnya pada masa itu iaitu Wan Khatijah Wan Othman seakan memberikan Dewi Remaja satu nafas segar kerana cover Dewi Remaja sebelum ini tidak pernah tampil sebegini fierce dengan aksesori sarung tangan dan rambut bangs.
Wan Khatijah Wan OthmanJuliana BanosRaysha Rizrose.
Edisi seterusnya menyaksikan pemenang Dewi Remaja seperti Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Al-Yahya dan Noor Neelofa menghiasi halaman cover. Pemenang edisi kesembilan, Raysha Rizrose mengucapkan hello pada halaman hadapan dan pada waktu itu, 31 muka surat dikhususkan untuk liputan Dewi Remaja saja.
Bulan April ini, edisi Dewi Remaja kembali dengan 58 muka surat untuk mengimbas perjalanan 12 orang finalisnya dari sesi ujibakat hinggalah momen Haneesya Hanee dinobatkan sebagai pemenang.
Ads
Bagaimanapun, ini juga adalah edisi Dewi Remaja pertama yang tidak menampilkan pemenang pada halaman cover. Apa yang terpapar adalah mahkota, tangan gadis yang memegangnya dari tepi dan ayat berbunyi, “Misi Mencari Seorang Pemenang Diteruskan…”
Ya, Dewi Remaja 2018/2019 berakhir tanpa kemunculan seorang pemenang setelah kemenangan Haneesya terpaksa ditarik balik di atas pelanggaran peraturan yang termaktub di dalam kontrak.
Pasti ramai yang beranggapan pemenang tempat keduanya, Tia Sarah akan mengambil tempat itu sebagai penghias cover. Mengapa hanya mahkota yang diletakkan?
Ini adalah kenyataan lanjut daripada editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berhubung konsep cover kali ini.
Ads
“Semua orang tahu pengalaman pahit yang terpaksa ditelan selepas kontroversi itu melanda. Implikasi insiden yang berlaku telah memberi kesan kepada ramai pihak termasuk pemenang, peserta, klien, peminat dan kepada kami sendiri selaku penganjur dan pemilik jenama Dewi Remaja.
“Kesal tetap kesal, namun jalan terbaik adalah untuk menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran dan panduan pada masa hadapan. Semua orang akan melalui kekhilafan dan pertimbangan sempit dalam hidup mereka. Cuma apa yang membezakan peserta Dewi Remaja adalah mereka ditonton oleh jutaan mata yang mengadili setiap pergerakan dan tingkah laku.
(Dari kiri) : Noor Neelofa (2009/10), Raysha Rizrose (2015/15) dan cover mahkota (2018/19)
“Kami masih belum dapat mencari penerus legasi Dewi Remaja kesepuluh dan untuk itu, tiada siapa ditampilkan pada halaman cover kali ini. Buat kali pertama, kami tiada seorang Dewi Remaja dan ini juga adalah kali pertama Majalah Remaja sendiri tak mempunyai seorang penghias cover sejak era 80-an.
“Kami memandang gelaran Dewi Remaja itu sebagai sesuatu yang berharga dan memberi impak kepada ramai pemenang serta peserta terdahulu. Maka, edisi Dewi Remaja seharusnya hanya menampilkan pemenang, mahkota dan selempang. Tanpa pemenang, kita hanya tampilkan mahkota sebagai simbol batch peserta 2018/2019.
Ads
“Diharap Majalah Remaja dapat menampilkan wajah pemenangnya pada edisi akan datang,” katanya. Ditanya mengenai simbolik tangan yang memegang, Faiz menganggap itu hanyalah art direction dan tidak membawa makna tertentu.
Apapun, paparan 9 orang finalis Dewi Remaja 2018/2019 ada di bahagian dalam edisi Dewi Remaja kali ini.
Tia Sarah, Sherin Amiri, Anna Jobling, Affie Rania, Arena Iman, Rasya Dean, Lydia De Sal, Aween Ismail dan Zeera Azizi dijemput untuk menceritakan pengalaman mereka dan apa yang mereka benar-benar fikirkan pasca isu kontroversi pada bulan Januari lalu.
***
Majalah Remaja April – Jun 2019 menemui pasaran bermula esok, 2 April 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelbagai latar belakang peserta telah mewarnai jelajah uji bakat Dewi Remaja 2022 sepanjang ia dilangsungkan di Johor Bahru dan Kota Kinabalu pada dua minggu yang lalu. Ada yang sudah berkerjaya, ada yang masih bergelar mahasiswa. Malah ada juga yang sudah bergelar selebriti media sosial dengan jumlah pengikut yang telah mencapai puluhan ribu orang.
Dalam kelompok peserta tersebut, rupa-rupanya ada juga yang memiliki raut wajah menyerupai beberapa selebriti popular.
Gadis yang dikenali sebagai Tracie Sinidol ini merupakan salah seorang peserta yang telah REMAJA temui baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Sekilas pandang, akan ada yang tersalah anggap peserta ini mirip Mira Filzah! Bahkan kongsinya, beberapa insan lain turut menyatakan wajahnya kelihatan persis pelakon Diana Danielle dan pelakon Hong Kong, Angelababy.
Tracie beranggapan pendapat tersebut bersifat positif dan dia sendiri merasa terharu apabila ada yang menyamakannya dengan tiga selebriti popular itu.
Begitupun, peserta yang memasang cita-cita sebagai seorang pelakon ini tidak sesekali merasakan raut wajahnya sahaja mencukupi untuk mara ke hadapan.
“Dari pandangan saya sendiri, saya tidak nampak dari sudut mana kami sama. Tetapi apabila disamakan dengan Mira Filzah, ada yang berkata ia disebabkan bentuk mata kami yang seakan sama apabila tersenyum. Mungkin dalam beberapa angle gambar kelihatan sama tetapi bila lihat depan-depan, tidak pun. Dua-dua pun ada keunikan sendiri.
“Mengenai persamaan dengan Angelababy pula, ia mungkin disebabkan mata kami yang besar,” katanya yang menerima sokongan luar biasa daripada pengikut dunia ratu cantik apabila memutuskan untuk hadir ke uji bakat Dewi Remaja 2022.
Tidak menafikan pernah berbangga apabila kisah wajahnya yang dibandingkan dengan Mira Filzah tular di media tempatan tidak lama dahulu, Tracie bagaimanapun berharap agar orang ramai dapat melihatnya sebagai Tracie Sinidol selepas ini.
“Apabila kerap digelar sebagai ‘kembar Mira’, susah untuk saya berdiri atas nama sendiri. Terus orang tidak dapat cam identiti saya. Oleh itu, jika terpilih untuk Dewi Remaja kali ini, saya berharap orang ramai dapat melihat potensi saya lebih daripada sekadar ‘kembar Mira,” ulas Tracie yang pernah bergelar peserta pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau 2021.
Penyertaan Tracie dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 ini berbekalkan misi untuk melebarkan peluang berkarya dalam bidang lakonan dan peragaan; selain menimba pengalaman serta terus memperbaiki dirinya menjadi individu yang lebih baik.
Fun Fact!Mira Filzah sebenarnya pernah menyertai uji bakat Dewi Remaja 2014/2015 sebagai peserta 0001 ketika ia dianjurkan di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Namun, rezeki Mira ternyata berada di luar kepompong pencarian ini apabila dia pantas membina nama sebagai seorang pelakon, pengacara dan model.
Adakah korang rasakan Tracie layak bergelar finalis Dewi Remaja 2022? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon berbakat besar, Anna Jobling mendedahkan dirinya mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah umrah, pada tahun hadapan.
Menerusi sebuah hantaran di akaun 14arcv, peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu tampil berkongsi perancangan murninya tersebut ketika dia membuat siaran langsung di TikTok.
“Ada sebenarnya Anna nak pergi umrah tahun depan. Insya-Allah, doakan,” katanya.
Menerusi siaran langsung yang sama, ada juga peminatnya yang bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang Anna inginkan.
Pemiliki nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu bagaimanapun, menyatakan tidak mahu mencari teman lekai atau sesiapa buat masa ini.
“Saya tidak mahu mencari lelaki. Saya tidak mahu mencari sesiapa,” ujarnya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat mendoakan agar urusan pelakon berusia 22 tahun itu untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan tercapai dan dipermudahkan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut muat naik di Instagram Scha, suaminya Awal Ashaari dan anak sulung mereka, Lara Alana, bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Keduap-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga,” catat ketiga-tiga akaun Instagram mereka.
Buat masa ini, bayi tersebut hanya dikenali sebagai Baby L.
Mereka sekeluarga menunggu waktu yang bersesuaian setelah Scha dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari untuk memperkenalkan nama Baby L untuk pengetahuan khalayak.
Tak sabar rasanya nak menatap wajah Baby L buat pertama kali.
Terdahulu, Scha dan Awal pernah berkata dalam temuramah di majlis makan malam Nona Superwoman Award 2020 bahawa mereka inginkan jantina Baby L menjadi kejutan buat mereka bertiga dan sanggup menunggu hingga ke saat-saat kelahiran hari ini untuk mengetahuinya.
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan baharunya, Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di platform Threads....