Video penyanyi sensasi Radhi OAG membantu individu tidak dikenali di tepi jalan baru-baru ini tular di media sosial.
BACA LAGI: Foto Nora Danish Berhijab Tuai Pujian Warganet
Dalam video yang dikongsi oleh Anas Asnawi Gazali di akaun Facebooknya, kelihatan kereta seorang wanita yang kehabisan bateri ketika berhenti di lampu isyarat. Beberapa minit kemudian, penyanyi berusia 46 tahun itu datang berlari ke arahnya untuk menghulurkan bantuan.
Sebaik sahaja tiba di lokasi, beliau memberitahu wanita itu, “Saya tolak, saya tolak.”
Dia kemudiannya bergerak menolak kereta wanita itu dari belakang. Jelas kelihatan peluh membanjiri mukanya dek kerana cuaca yang panas dan situasi trafik yang sesak.
Turut dimaklumkan di dalam video tersebut, anak Radhi, Muhammad yang keluar dari kenderaan pada saat itu untuk mencari ayahnya. Sebaik sahaja Radhi mendukung anakanya, dia memberi isyarat supaya anaknya kembali ke kereta mereka dan meneruskan usaha murninya menolak kereta wanita tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Radhi itu dan mendoakan kesejahteraan buat Radhi atas pertolongan yang dilakukannya di bulan puasa ini.
“Radhi OAG memang terbaik, salute you bro,” komen seorang pengguna.
“Baiknya, sanggup tolong tanpa diminta, semoga Allah merahmati Radhi,” puji pengguna yang lain.
“Allahu besar pahala dia membantu orang bulan puasa ni,” komen peminat lain.
Sehingga kini video klip itu telah meraih lebih daripada 6,300 tanda suka dan 585 komen, dengan ramai memuji akhlak terpuji artis tersebut.
BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: KOSMO