Ekonomi Lumpuh, Rakyat Terjejas Jika Malaysia Darurat – Parti Syed Saddiq

Share

 

Teka-teki sama ada Malaysia akan diisytiharkan darurat sejak semalam bukan saja dikhawatiri oleh orang ramai. Malah remaja dan belia di luar sana juga risau sekiranya pekara itu terjadi.

Hari ini, Parti MUDA yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meminta agar pemimpin dan pembangkang duduk membincangkan perihal Belanjawan 2021 agar hak rakyat terpelihara.

Dalam satu kenyatan dikeluarkan oleh mereka, MUDA menolak sebarang usaha ke arah darurat kerana ia menggugat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan merugikan rakyat.

Krisis kesihatan COVID-19 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menggantung urusan Parlimen dan kerajaan.

Situasi darurat juga akan membawa keburukan yang lebih besar kepada rakyat Malaysia.

Pertama, ekonomi negara akan lumpuh dan periuk nasi terjejas. Peniaga SME, penjaja kecil dan syarikat-syarikat akan terkesan dalam usaha memulihkan ekonomi mereka. Pelaburan tidak akan dibuat kerana Malaysia bukan lagi negara demokratik.

Tidak mustahil, semakin ramai pekerja terpaksa dibuang. Pasaran saham juga jatuh. Pulangan pelaburan seperti ASB dan KWSP akan terjejas akibat darurat.

Kedua, darurat memberikan kuasa mutlat kepada Perdana Menteri. Perlembagaan boleh dipinda dan undang-undang boleh digubal tanpa melalui Parlimen. Kerajaan juga boleh campur tangan hal ehwal kerajaan negeri. Ini jelas menidakkan konsep semak dan imbang di negara kita.

Ketika ini, sudah wujud amalan double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang. Rakyat lari dikuarantin didenda, Menteri lari bercuti dibela.

Menyedari impak ini, MUDA berharap agar Majlis Raja-Raja melalui kebijaksanaan yang ada tidak bersetuju dengan saranan Perdana Menteri dan jemaah menterinya.Malaysia jelas sedang berada di persimpangan sejarah yang amat tajam beloknya. Sejarah akan mengajar. Dan orang muda akan belajar.

 

Duduk berbincang, tak perlu isytihar darurat

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga membuktikan bahawa amalan perbincangan boleh menyelesaikan masalah. Ini dibuktikan melalui UNDI18 iaitu meminda umur layak mengundi.

Jelas Syed Saddiq dalam hantarannya, dahulu dirinya pernah diperlekehkan apabila mencuba untuk pinda perlembagaan (UNDI18) walaupun kerajaan tiada sokongan 2/3 ahli parlimen.

“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia tetapi, Alhamdulillah, kerana Bipartisanhip, kita berjaya lakukan bersama.

“Saya dimaki oleh segelintir pemimpin kerana duduk bersama pembangkang untuk usahakan agenda nasional.

I marched forward because i believe that we can create history together for Malaysia.
Malaysia needs more bipartisanship!

“Ketepikan Ego & pecahkan tembok kepartian demi Malaysia tercinta. Saya berharap YAB Perdana Menteri boleh mempertimbangkan cadangan saya.

” Kalau takut tidak cukup sokongan di parlimen, jangan ambil jalan mudah untuk gantung parlimen & demokrasi. Jumpa dengan semua & cari titik tengah bersama.

We are not unreasonable. We love Malaysia more than anything else. We did it before,
We can do it again for Malaysia,” catat beliau.

Published by
Almaswa Haji Che Ros