Melihatkan keadaan ekonomi negara sekarang ni memang boleh buat kita kemurungan seharian. Mana taknya, dengan harga petrol turun naik, kos sara diri pun makin meningkat.Tapi, ini bukan bermaksud korang langsung tak boleh pergi bercuti dan mengehadkan segala aktiviti liburan.
Bagi Yoon Hee, perkara pertama yang perlu dititik beratkan sebelum keluar melancong ke negara orang adalah rancang dan pilih lokasi mana yang korang ingin travel terlebih dahulu. Bila dah ada aim, baru senang nak kumpul duit dan terus buat persediaan awal. Gadis ini sudah melawat ke tujuh buah negara, antaranya Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Australia.
Kongsi beliau, kalau tak nak menghadapi bebanan kewangan sebelum pergi melancong, ini perkara yang korang perlu ambil kira:
Saya akan fokus beli tiket flight dulu. Duit tiket biasanya saya akan simpan lebih awal dan bila dapat harga paling okay, terus beli.
Biasanya, saya akan book hostel yang lebih murah tapi rating tak kurang daripada 7/10. Di Korea, boleh dapat bawah RM 50 untuk satu malam tapi kondisi hostel terbaik siap dengan, free breakfast.
Di Australia, harga hostel lebih mahal dalam RM80 ke atas untuk satu malam. Pilihan hostel boleh ikut keselesaan sendiri.
Anda juga boleh rujuk tip ini: Trik Ambil Gambar Sendiri Untuk Solo Traveller
Saya akan selesaikan itinerary, kemudian baru fokus untuk simpan duit transportation. Contoh, saya beli online tiket train dari Sydney ke Melbourne dari website rasmi Australia NSW trainlink.
Boleh gunakan debit card mana-mana bank (aktifkan untuk penggunaan luar negara). Research juga harga public transport lain seperti, tram/bus/train.
Saya akan research bayaran tiket masuk mana-mana tempat dan simpan duit khas untuk entrances fee. Saya jarang ambil tours sepanjang travel solo tetapi di Australia, saya ada guna tour ke Great Ocean Road dan Philips Island.
Walaupun dah cukup duit untuk flight, accommodation, entrance tickets dan transportation, digalakkan untuk bawa duit extra just in case ada emergency.
Untuk mengelakkan bawa duit tunai berlebihan, saya akan topup duit ke dalam Air Asia Big Prepaid Card untuk kegunaan luar negara. Fungsi kad ini lebih kurang sama dengan kredit kad tapi kad ini menggunakan sistem reload. Dengan kad ini, saya boleh bayar duit hostel, beli makanan di 7 Eleven dan kebanyakan kedai di Australia.
Sekiranya perancangan awal telah dibuat dan korang tahu apa yang perlu atau tidak semasa melancong, rasanya tak mustahil walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak stabil, korang masih mampu untuk berkunjung ke luar negara.
Paling penting, ukur baju di badan sendiri. Berbelanja ikut kemampuan. Jangan la sampai kalau hanya mampu bercuti di negara Asia tapi plan sampai nak ke bulan. Hiks!