Bagi peminat filem terbitan Netflix iaitu To All The Boys I’ve Loved Before, pastinya korang telah menonton filem sequelnya yang bertajuk To All The Boys 2: P.S. I Still Love You yang telah menemui penonton sempena Hari Kekasih yang lalu.
REMAJA berpeluang untuk duduk bersama (!) pelakon utamanya, Lana Condor dan Noah Centineo dalam sebuah temubual menerusi telecast secara langsung.
Tentunya, peminat siri filem ini telah mengetahui bagaimanakah jalan cerita filem kedua ini menerusi novel dan tayangan di Netflix. Oleh itu, penulis tanyakan kepada mereka berdua 5 tip bagaimana untuk mendapatkan status #RelationshipGoals dalam hubungan kita
01
Jadi Jujur
NOAH : “Setelah hubungan mereka bertukar daripada ‘berpura-pura’ kepada hubungan sebenar, barulah mereka lebih memahami kehendak pasangan dan selesa ketika bersama. Mereka berdua sedar bahawa komunikasi di antara pasangan itu penting terutamanya ketika dilanda masalah.”
02
Belajar Dengar Keperluan Pasangan
NOAH : “Di dalam filem ini, Lara Jean tidak begitu selesa dengan beberapa perkara yang dia tak pernah lakukan sebelum ini. Walaupun Peter lebih berpengalaman dalam hubungan intim, dia faham pasangannya tidak bersedia dan dia belajar untuk mendengar apa yang Lara Jean risaukan.”
03
Rancang Date Kasual
LANA : “Saya sendiri menuntut di all-girls school. Saya juga idamkan jika ada lelaki yang akan mengajak saya untuk date secara kasual ketika di sekolah.”
NOAH : “Peter pasti akan mengajak Lara Jean untuk dinner, tonton Netflix dan chill saja. Kita selalu berikan alasan ‘tiada masa’ kepada pasangan. Tetapi apa yang kita tak sedar adalah pasangan inginkan masa bersama saja, tak kiralah jika sekadar makan malam.”
04
Di Luar Zon Selesa
LANA : “Peter mengajak Lara Jean untuk menjadi diri sendiri yang lebih baik, dia menolak Lara Jean keluar dari zon selesa. Itu menjadikan Lara Jean lebih matang.”
05
Bina Kepercayaan
LANA : “Selalu percayakan cinta dan percaya kamu mampu memberikan yang terbaik kepada pasangan kamu. Dia akan mula melihat kamu ikhlas dengan hubungan tersebut. Usak memaksa, sedikit demi sedikit dia akan membuka hatinya untuk menerima kamu.”
*
Bagi yang belum menonton To All The Boys 2: P.S. I Still Love You, korang boleh menontonnya di Netflix all right!
Sementara itu, korang ingin menonton genre filem selain romantik? Locke & Key adalah jawapannya.
Peminat Komik, Horror & Misteri Akan Suka Drama Terbaru Netflix ‘Locke & Key’