[ Eksklusif ] Conan Gray Teringin Nak Kolaborasi Dengan BTS Atau Blackpink?

Share

 

Sekiranya korang tidak pernah mendengar muzik ciptaan dan nyanyian Conan Gray, WHERE HAVE YOU BEEN?

 

Conan, 22 ialah penyanyi dan pencipta lagu yang kini popular dengan lagu seperti Maniac dan Heather.

Sebagai seorang yang berdarah Ireland dan Jepun, Conan merupakan bakat baru yang sememangnya dekat di hati pendengar berdiversiti. Tak kiralah di Amerika Syarikat ataupun di Asia, muzik ciptaannya, stail pakaiannya dan cara dia membawa diri di hadapan kamera menjadi ikutan remaja.

*

Sekitar Februari lalu, Conan pernah dikejutkan dengan pengakuan salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V yang mendakwa, dia amat meminati muzik Conan. And of course, Conan (as we all would) freaked out!

Dalam temuramah eksklusif Conan Gray dan Universal Music Malaysia bersama REMAJA, penulis bertanyakan kepadanya jika Conan ingin berkolaborasi bersama mana-mana artis Korea.

Instagram

“Saya sukakan kesemua ahli kumpulan BTS, mereka semua berbakat.

“Saya amat terharu apabila V telah menyatakan yang dia menggemari karya seni yang saya lancarkan. V dikenali sebagai seorang yang ‘appreciate’ muzik dan komennya itu memberi makna yang mendalam kepada saya. Tentunya saya ingin menulis lagu untuknya dan ahli BTS lain.

“Apabila bercakap mengenai bintang K-pop selain BTS, saya obses dengan kumpulan Blackpink. Saya telah menonton banyak video kompilasi mereka, video tarian Lisa (Manoban), persembahan mereka di atas pentas.

“Saya suka Blackpink, mereka bagi saya adalah kombinasi yang sempurna. Tentunya saya ingin berkolaborasi bersama mereka satu hari nanti,” jelasnya menerusi temuramah eksklusif tersebut.

OMG, cuba bayangkan single Blackpink x Conan Gray!

Sekiranya ia menjadi kenyataan, tentunya ia akan meletup di seluruh dunia seperti single mereka yang lain sebelum ini. We are not ready for that but we sure are excited.

 

Penyanyi Berdarah Asia Di US

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pergerakan Black Lives Matter yang tercetus di Amerika Syarikat.

Sebagai seorang yang berdarah Asia, tentunya Conan memahami sentimen yang dirasai oleh kelompok minoriti sepertinya di sana.

Meskipun naskah Asia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diterima oleh filem Korea Selatan, Parasite yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi awal tahun ini, namun dalam industri muzik di Amerika, penyanyi berdarah Asia boleh dibilang dengan jari.

Terlalu sedikit representasi penyanyi berdarah Asia yang diberikan peluang keemasan untuk menonjolkan diri di slot program televisyen, sebagai contoh.

Apakah Conan sendiri merasai bebanan tersebut?

Instagram

“Terlalu sedikit wakil Asia dalam industri muzik Amerika Syarikat, hampir tiada.

“Saya sendiri tiada mana-mana personaliti berdarah kacukan Asia yang saya boleh jadikan sebagai idola dalam industri muzik di sini sebagai kanak-kanak.

“Saya dilahirkan di Texas yang didominasi oleh masyarakat berkulit putih, saya bergelut dengan identiti saya pada waktu itu. Saya keliru sama ada saya ini berdarah Jepun atau berdarah Barat. Kanak-kanak di sekeliling juga keliru dengan identiti saya dan mereka tidak tahu bagaimana untuk melabel saya – white or Japanese.

“Impak daripada itu, saya menjadi seorang outsider yang pemalu. Saya lebih kerap memerhatikan orang, I was an observant dan mungkin di situlah saya mula menggiatkan diri sebagai seorang penulis lirik. Muzik telah membantu saya untuk menceritakan isi hati saya, pengalaman saya berdepan dengan diskriminasi terutama semasa zaman sekolah.

“Saya berharap menerusi lagu-lagu yang saya lancarkan boleh membuka pintu kepada lebih ramai artis berdarah Asia dalam industri muzik Amerika.”

 

Nominasi Di VMAs 2020 Semalam

Berdepan dengan saingan yang sengit dalam kategori Push Best New Artist di acara Video Musix Awards semalam, Conan menyifatkan dia tidak terlalu berharap untuk menang. Sebaliknya, dia terharu dapat dicalonkan dengan ramai artis baru yang berbakat.

“Mereka adalah artis yang saya kagumi dan mereka juga adalah rakan-rakan saya. Istimewanya tentang industri muzik sekarang adalah bakat-bakat baru yang unik.

“Bila melihat lebih ramai yang melancarkan muzik yang berdiversiti dan kesemuanya berjaya, ia membuatkan saya gembira. Music is for everyone eventhough often, it gets a little competetive amongst the fandoms.

But we are just here making music. Pencalonan ini sudah cukup untuk saya,” kata Conan. Kategori Push Best New Artist semalam telah dimenangi oleh Doja Cat. Selain Conan dan Doja, antara penyanyi baru lain yang tercalon ialah Lewis Capaldi, AJ Mitchell dan Finneas.

Instagram

Mengenai sama ada Conan teringin untuk menjadi Kuala Lumpur sebagai destinasi konsertnya sekiranya situasi wabak pandemik lebih stabil di seluruh dunia, Conan menjawab tentunya dia tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat yang telah menyokong dan mendengar muziknya di seluruh dunia.

Bagaimanapun buat masa ini, dia akur dengan situasi semasa dan menghabiskan masa sepenuhnya di rumah, doing what he does best – menulis lagu baru!

*

P.S: Terima kasih kepada Universal Music Malaysia & moderator, Keanu Azman kerana menjemput REMAJA bagi sesi temuramah virtual ini.

Published by
FZ