
Isi Kandungan
ToggleBersiap sedia untuk pengalaman fan fest yang korang tak akan lupakan!
KC Global Media bekerjasama dengan Astro untuk membawa One Astro Fan Fest, sebuah acara gempak yang menampilkan bintang Korea Selatan yang cukup dikenali, Yeo Jin Goo.
Dari 22 hingga 24 November, Sunway Pyramid Orange Concourse menjadi lokasi event paling cool di mana para peminat boleh berjumpa dengan selebriti-selebriti kesayangan mereka.
Bertemu dengan Yeo Jin Goo dan para pelakon popular
Bagi peminat Yeo Jin Goo, ini adalah peluang emas untuk berjumpa dengan bintang drama Korea yang terkenal melalui karya seperti Moon Embracing the Sun dan Revenant. Tapi tunggu dulu, ini bukan sekadar tentang Yeo Jin Goo!
Peminat drama Astro Originals seperti Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Project EXIT juga bakal bertemu dengan pelakon-pelakon kegemaran mereka.
Pada 23 November, siap sedia untuk berjumpa dengan artis-artis hebat seperti Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Naim Daniel, Aedy Ashraf, Fazziq Muqris, dan banyak lagi. Kalau anda peminat Gegar Vaganza, jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka secara langsung.
Hari kedua bertambah wow dengan Nadhir Nasar dan Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
Tak ketinggalan pada 24 November, penampilan khas Nadhir Nasar bersama skuad Kelas Tahanan Cikgu Hiragi akan memeriahkan acara, dan mereka akan berkongsi pentas dengan Alvin Chong, Siti Elizad, serta lebih ramai lagi.
Sudah pasti, ramai peminat yang tak sabar untuk bertemu mereka secara dekat!
K-Pop & Drama Astro: Gabungan Sempurna
Yang menariknya, ini adalah kali pertama peminat K-pop dan peminat drama Astro bertemu dalam satu acara!
One Astro Fan Fest menjadi satu platform kedua-dua dunia hiburan K-pop yang semakin mendunia dan drama tempatan yang semakin popular. Acara ini turut mempamerkan kejayaan drama-drama Astro Originals seperti Project EXIT dan Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, yang kini menjadi buah mulut ramai.
Dengan barisan selebriti yang menarik dan pengalaman yang tak dapat dilupakan, One Astro Fan Fest adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman eksklusif berjumpa dengan bintang kesayangan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang, beramah mesra dengan idola, dan jadi sebahagian daripada festival hiburan yang penuh dengan keceriaan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selebriti Hollywood Terkejut & Bersedih Dengan Pemergian Avicii Pada Usia 28 Tahun

Bukan hanya peminat DJ muzik EDM dan produser berbakat, Avicii terkejut dengan berita pemergiannya lewat hari semalam, malah selebriti Hollywood yang juga merupakan rakan rapatnya turut merasai pemergian tersebut.
Menurut wakil publisitinya, Avicii ataupun nama sebenarnya Tim Bergling menghembuskan nafas terakhir di Oman pada usia 28 tahun.
Ahli keluarga dan rakan rapatnya yang sedang berkabung dalam kesedihan mengharapkan ruang bagi mereka mententeramkan diri. Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi akan punca sebenarnya kematian Avicii.
Sementara itu, rakan muzik terdekatnya termasuklah Zedd, Calvin Harris dan Shawn Mendes meluahkan kesedihan mereka melalui Twitter.
No words can describe the sadness I’m feeling right now, hearing about Avicii passing away….?
Thoughts go out to his family and friends…— Zedd (@Zedd) April 20, 2018
Devastating news about Avicii, a beautiful soul, passionate and extremely talented with so much more to do. My heart goes out to his family. God bless you Tim x
— Calvin Harris (@CalvinHarris) April 20, 2018
Heartbroken about Avicii… What an inspiration to artists of all genre & to people everywhere ❤️
— Shawn Mendes (@ShawnMendes) April 20, 2018
Sebelum ini, Avicii pernah mengumumkan ingin ‘bersara’ daripada siri tour konsertnya atas faktor kesihatan.
Katanya, “Saya tahu yang saya berpeluang untuk membuat persembahan jelajah muzik ke seluruh dunia, namun saya hanya mempunyai masa yang sedikit untuk menikmati kehidupan saya sebagai orang biasa, iaitu di luar jiwa saya sebagai artis.”
Penulis turut mengakui terkejut dengan berita pemergian tersebut disebabkan bakat yang ada pada produser muzik muda itu amat dikagumi oleh peminat muzik seluruh dunia.p
Demi Tarik Semula Pelancong, Thailand Serius Tawarkan Diskaun ‘Gila-Gila’ Untuk Hotel Di Sana

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, bermacam-macam industri pekerjaan telahpun teruk terjejas apabila sumber pendapatan mereka semakin merosot.
Antara industri yang terjejas adalah industri pelancongan dan perhotelan berikutan penurunan jumlah pelancong dari luar negara.
Lantas, pelbagai usaha cuba dicipta pihak kerajaan seluruh dunia untuk membantu industri tersebut daripada terus berkubur dalam waktu terdekat.
Seperti di Thailand, kerajaan mereka telah mengumumkan tawaran diskaun 'gila-gila' dari 40 peratus hingga 50 peratus untuk lokasi penginapan di negara tersebut kepada para pelancong! Ia akan diberikan dalam bentuk pakej pelancongan dan kupon diskaun bagi menaikkan semula jumlah pelancong ke Thailand.

Tawaran itu telahpun dimumkan oleh Pejabat Pentadbiran Ekonomi Nasional dan Dewan Pembangunan Sosial di Thailand yang akan melancarkannya bagi tempahan penginapan pada bulan Julai.
Ini memandangkan Thailand masih mengehadkan jumlah pengunjung antarabangsa serta pergerakan sosial buat masa ini. Larangan penerbangan masuk antarabangsa ke Thailand juga baru dilanjutkan sehingga 30 Jun kelak sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun, Thailand sedang berurusan dengan negara berdekatan seperti Malaysia, Korea Selatan dan Filipina untuk membenarkan kemasukan pelancong asing tidak lama lgi.
Seperti di Malaysia, Thailand juga secara perlahan-lahan telah memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk menunaikan urusan harian dengan pembukaan semua kompleks membeli-belah, muzium, pasaraya dan lokasi tarikan pelancong.

Apa pendapat korang? Patutkah kita merebut peluang untuk melancong dengan lebih murah ke Thailand pada bulan Julai ini. Atau sewajarnya, kita harus menangguh sehingga tahun hadapan je?
19 Permainan Rare Zaman Dulu Yang Budak Sekarang Tak Kenal Pun

Hari ini, jarang kelihatan budak-budak bermain di luar rumah. Kalau ada pun hanya bola dan sedikit permainan lain. Kebanyakannya menekuni telefon bimbit yang disebut perkara terpenting dalam lehidupan.
Berbeza dengan budak-budak kelahiran 80an dan 90-an, kebanyakan masa mereka di luar rumah dan berseronok mengeluarkan peluh tanpa takut untuk kulit bertukar gelap, tak kisah dengan rasa lapar dan pastinya kegiatan ini sangat menyeronokkan.
Ketika itu, tiada siapa kisahkan Mobile Lagends, tak kisah pun tentang telefon bimbit malah tak kisah pun kena sebat dengan ranting kayu atau getah paip sebab balik lambat. Yang penting hati seronok.
Mari tengok 19 permainan rare zaman dulu-dulu yang budak-budak sekarang tak kenal pun.
Galah Panjang – Zaman dulu, kalau tak buat guna kapur sekolah, guna arang yang mak-mak bakar sampah untuk buat petak. Paling best guna khemah orang kahwin yang dipasang sehari sebelum perkahwinan sebab lebih panjang petaknya. Memang bergegarlah kampung dengan gelak ketawa ketika itu. Sekarang, orang pergi majlis kahwin, dapat bungkusan, makan dan balik. Tak rasa pun seronok macam nie.
Baling tin – Dulu bukan ada duit nak beli-beli pun. Kutip saja tin susu, tin sardin dan air tin gas sama ada dalam tong sampah atau selongkar longokan tin yang mak-mak selalu simpan nak jual. Tak ada modal langsung pun, janji kreatif. Tin disusun secara piramid. Paling rare kalau dapat baling tin paling atas atau jatuhkan satu sahaja. Sebabnya selepas jatuh korang kena susun balik piramid itu. Main baling tin ini boleh menangis wei sebab sakit kena chop dengan bola rounders semasa cubaan nak menyusun tin tu. Memang berdartlah badan.Tapi tetap seronok biarpun menangis.
Konda-kondi – Korek je tanah sedikit dan cari kayu terutama kayu rambutan. Biasa selepas kayu dijongkitkan, pasukan lawan akan cuba menangkapnya. Kalau dia dapat tangkap, korang kalahlah. Cuba korang tengok, orang dulu-dulu tak kisah pun dengan penampilan, comot pun tak apa. Janji best.
Gasing – Dulu, laman bertanah macam nie akan jadi port main gasing. Siapa paling banyak “pakuk” atau lubangkan gasing kawan, memang dikira lagend. Pendek kata, tak ada nak nangis-nangis pun time main nie. Mak panggil balik makan pun tak kisah. Tahu-tahu dah kena libas dengan ranting kayu sebab balik lambat, hahahaha.

Main getah – Permainan ini biasa dimainkan oleh budak perempuan.Sebab agak sopan. Biasanya getah akan dibuat seperti tali skipping. Bermula dari paras pinggang, semakin lama kedudukan tali getah ini akan dinaikkan dan pemainnya perlu melompat melepasi paras ditetapkan dan kemudian baru dikira sebagai pemenang.
Guli – Ini permainan budak lelaki zaman dulu. Biasanya setiap pemain akan memasukkan guli milik mereka ke dalam bulatan berdasarkan jumlah dipersetujui. kalau seorang lima biji maka setiap pemain perlu letak jumlah dimaksudkan. Siapa paling terrer membaling, yakni membawa guli keluar dari bulatan itu, memang penuhlah kocek dengan guli selepas itu. Kira jaguh kampunglah nie.
Tarik upih – Siapa pernah main. Memang seronok wei lawan tarik upih ini. Biasanya yang jadi tukang tarik ialah budak badan gempal sebab dia makan banyak. Tapi kalau yang kurus jadi tukang tarik kawan gempal, memang menangislahkan.
Police Entry – Nak main permainan ini senang jer. Lelaki dan perempuan pun boleh. Permainan ini mengira kepantasan larian individu. Biasanya seorang akan tutup mata dan kemudian dia mula mengira sampai 10. Biasanya semasa mengira itu, kawan-kawan dah cabut dulu takut ditangkap. Masa ini bermulalah adegan kejar mengejar. Seronok habis. Hah, macam-macamkan permainan orang dulu-dulu. Banyak keluar peluh, tak adalah memerap dalam rumah saja.
Teng-Teng – Okay, ini memang permainan orang perempuan. Selalu pasir depan rumahlah jadi mangsa sebab nak lukis gambaran teng-teng ini.
Buah letup – Nak main ini kena kreatif sikit. Kena cari buluh yang sesuai sebelum kita buat pemegangnya (juga dari buluh yang sudah diraut kecil) dan kemudian diisi dengan buah terung pipit. Sakit juga kalau kena ke badan. Tapi sekarang susah nak nampak sebab terung ini pun orang buat masakan. Sedap kalau goreng dengan ikan bilis dan cili padi. Terangkat rasanya.
Main nyorok-nyorok – Hahaha. Ini permainan paling bengang kalau kawan menyorok dalam tandas. Mana nak jumpakan. Kadang lebih sakit hati dia orang panjat pokok tinggi-tinggi dan duduk celah daun. Mana nak nampakkan. Lebih rare main masa rumah terputus bekalan elektrik. Masa tu la nak main nyorok-nyorok ini. Mana nak jumpakan.
Buah getah – Korang kenal tak buah ini apa? Inilah buah getah. Biasanya permainan ini memang saja nak cari gaduh sebab bila dua buah getah digosok bersama, ia akan menghasilkan haba yang sangat panas. Haba panas ini pula dicucuh ke kulit, memang nak cari pasallahkan sebab kulit dah menggelembung. Tapi buah getak ini ada juga digunakan untuk permainan congkak dan sebagainya.
Main masak-masak – Ini memang permainan budak perempuan. Habislah segala daun-daun di sekeliling rumah jadi mangsa petik. Kadang masak air saja-saja. Yang lelaki akan datang mengacau bila tengok orang perempuan main permainan ini.
Congkak atas tanah – Dulu mana nak beli congkak seperti hari ini. Paling tidak budak-budak akan korek tanah dan gunakan biji getah atau guli untuk memulakan permainan. Tengok kreatifkan, tak perlu duit pun. Janji seronok jumpa kawan-kawan.
Roundas – Biasanya kayu pemukul roundas ini dibuat dari ranting dahan yang agak besar seperti rambutan dan sebagainya. Ada juga yang pakai papan tetapi menggergajinya sendiri bagi mendapatkan bentuk kayu. Memang bestlah siapa yang boleh pukul jauh sebab confirm kawan tak dapat tangkap dan mereka boleh buat satu pusingan.
Main jadi ninja – Nak sangat jadi ninjakan. Habislah kain pelekat ayah dan kain batik mak. Masa ini lawanlah sangat, tengok siapa yang terror jadi ninja. Hahahaha.
Main siapa jadi mak harimau – Permainan ini memang best. Biasanya bila korang dah lalu bawah kawan-kawan tu, biasanya bila dia tutupkan tangannya, orang itulah kena tangkap dengan harimau. Mungkin istilah permainan ini ada banyak kerana mengikut negeri.
Terompah kaki – Bila nak main ini kena ada teknik melangkah dengan betul. Sebabnya kalau salah step semua orang akan terjatuh.
Main kahwin olok-olok – Hahaha. Masa ini memang berangan lebihkan. Ada majlis sanding olok-olok tapi tak ramai pun jumpa jodoh bila dah besar. Masing-masing pasti malu kalau tengok. Nasib jugalah tak ada kamera macam sekarang. Kalau tak dan pasti viral.
Hah, inilah antara 19 jenis permainan zaman dulu-dulu. Kalau nak dikira zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan remaja sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan. Siapa yang lahir zaman ini, mesti tahu permainan ini.