Sekiranya pada tahun-tahun sudah, penyanyi muda seperti Troye Sivan, Lauv dan LANY menjadi nama besar dalam industri muzik apabila ramai yang menyukai muzik mereka. Tahun 2020 dilihat sebagai tahun untuk Jeremy, 24, untuk mengecapi populariti itu.
Sejak 2015 lagi, Jeremy telah menangkap perhatian pendengar dengan album EP pertamanya yang direkodkan semasa dia masih bergelar pelajar jurusan Biologi Molekul. Kehadiran single seperti Talk Is Overrated, All The Kids Are Depressed dan Comethru yang membuatkan Jeremy menjadi penyanyi paling kerap didengari di Spotify (15 juta sebulan!)
Love Is Not Dying merupakan album pertama Jeremy dan ia mengandungi 13 lagu yang direkodkan oleh Jeremy sendiri di studionya di Brooklyn, New York. Single pertamanya, Not Ur Friend
telah mencatatkan 10 juta strim di Spotify sehingga kini.REMAJA sempat untuk menemu bual Jeremy Zucker secara eksklusif bersama Universal Music Malaysia pada minggu ini dan kami bertanyakan, adakah dia sudah bersedia untuk mengecapi populariti?
“Di Amerika Syarikat, mereka familiar dengan muzik saya. Tetapi saya bukan seorang ‘selebriti’ di sini, saya tidak diikuti oleh sesiapa di mana-mana. I do not get recognized unless I am on tour.
“Saya bersyukur saya bukan ‘selebriti’ di sini kerana saya amat menghargai privasi saya. Saya tidak melihat diri saya menjadi seorang lagi Justin Bieber. Biarlah orang mengenali saya semasa saya melakukan persembahan saja,” katanya
Biasalah apabila semakin dikenali, masyarakat akan membandingkan seorang penyanyi dengan penyanyi lain. Dunia muzik semakin mudah untuk diakses pada setiap hari. Adakah Jeremy merasakan dia mempunyai ‘saingan’ penyanyi yang seakan sama dengannya?
” Jujurnya, saya tak menganggap penyanyi lain sebagai pesaing. I just do not think them as that.
“Kalau hendak ikutkan, mungkin muzik saya seiring dengan muzik penyanyi, Chelsea Cutler. Saya faham ramai yang membandingkan saya dengan Lauv dan Lany, tetapi saya tidak akan bandingkan diri saya dengan mereka.
“Bagaimanapun, saya mengakui Lauv adalah influence terbesar saya buat masa ini. Saya amat menghormati cara dia bekerja. Dia berjaya mempunyai fan base yang besar tanpa mempunyai label rekod dan itu adalah sukar dalam dunia sekarang. Muziknya juga tidak konvensional.
“Seperti Lauv, saya juga cuba mencipta muzik yang jujur dengan diri saya tanpa terlalu bergantung kepada trend muzik terkini. Namun, saya masih mendengar muzik popular di seluruh dunia supaya saya tidak ketinggalan.”
“Biasalah, pendengar seluruh dunia akan meletakkan expectation setiap kali saya mengeluarkan single baharu dan ia boleh memberi sedikit tekanan. Mereka berharap saya akan mengeluarkan single yang lebih kurang sama dengan single yang lama – kerana sudah terbiasa. Saya tak akan lakukan itu. Tiada guna jika saya terus mengeluarkan muzik yang kedengaran sama saja tanpa membiarkan diri saya berkembang secara kreatif,” jelasnya yang menganggap album Love Is Not Dying ini sebagai sesuatu yang segar untuk didengari.
“Love Is Not Dying menceritakan judul album itu sendiri. Pendengar boleh mengaitkan diri mereka dengan platonic love (hubungan cinta antara rakan), perasaan romantik dan perasaan bila mengetahui hubungan itu akan berakhir dengan teruk.
“Saya harapkan pendengar tahu bahawa mereka tidak sendirian ketika dipalit rasa cinta. Sebagai pendengar, saya sendiri teruja bila dapat merasakan seorang penyanyi faham apa yangg saya sedang lalu. Jadi saya harapkan Love Is Not Dying akan memberi impak yang sama kepada pendengar saya.”
Korang boleh memuat turun album Love Is Not Dying atau mendengarnya di Spotify.