Eksploitasi Populariti! YouTuber Terkenal Lari Ke Malaysia Selepas Tipu Lebih RM200 Juta

Share

 

Penipuan dalam talian atau scam bukanlah perkara asing pada zaman ini.

Terbaru, seorang pempengaruh dan selebriti ‘YouTuber’ terkenal dari Thailand bernama Natthamon Khongchak dilaporkan telah menggunakan kuasa popularitinya untuk melakukan penipuan ke atas orang ramai.

Sadisnya, Natthamon atau lebih mesra dikenali sebagai Nutty telah berjaya melarikan diri ke Malaysia selepas dia didakwa menipu lebih 6,000 pelabur lalu mengaut nilai sebanyak dua bilion Baht (atau kira-kira RM245,495,228) melalui penipuan perdagangan pertukaran wang asing.

Sumber: Instagram @nutty.suchataa

Memetik laporan The Straits Times, seorang peguam bernama Phaisal Ruangrit yang membantu mangsa-mangsa penipuan itu berkata, Nutty mengaku dirinya sebagai seorang pelabur Forex berjaya dan telah menjanjikan para pelabur bahawa mereka akan memperolehi pulangan tinggi dalam masa yang singkat.

 

Janji Palsu

Nutty kemudiannya memberi jaminan bahawa mereka akan menerima pulangan sebanyak 25 peratus untuk kontrak tiga bulan, 30 peratus untuk kontrak enam bulan dan 35 peratus untuk kontrak 12 bulan. Pulangannya pula akan dibayar pada setiap bulan.

Phaisal juga berkata, salah seorang pelabur Nutty juga telah melabur sebanyak 18 juta Baht (RM2,208,306) dengan YouTuber tersebut!

Sumber: Instagram @nutty.suchataa

Dek kerana penipuan ini, para pelabur Nutty yang tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan mula membuat aduan sejak bulan April lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram pada 25 Mei lalu pula, Nutty menjelaskan dia telah membuat kesilapan dalam pelaburan dan wang-wang yang dilaburkan telah ‘hangus’. Namun, dia berjanji akan membayar para pelaburnya semula.

Kes terus berlarutan apabila pada 24 Jun lalu, Nutty mengumumkan dia telah menerima dua kes saman dan tidak mampu membayar pelabur-pelabur lain sekiranya dimasukkan ke dalam penjara.

Pada 28 Ogos pula, laman Facebook popular Drama-addict menyiarkan bahawa Natthamon dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara dan khabarnya, negara tersebut adalah Malaysia.

Laman itu mendakwa, ia menerima maklumat bahawa Natthamon melarikan diri ke Malaysia.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa Nutty dikatakan telah menawarkan wang ganjaran 1 juta baht (RM122,933) kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat lanjut sehingga Nutty dapat ditahan.

Macam-macam ya!

Nasihat penulis, korang janganlah mudah tertipu pula bila melihat kekayaan dan populariti seseorang itu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana