Rumah merupakan tempat kita berteduh dan tempat kita berkumpul baik bersama keluarga baik dengan rakan-rakan dan ketika adanya majlis keraian.
Rumah juga tempat memberi ketenangan kepada kita apabila rumah itu sering dikunjungi malaikat dan dirahmati Allah.
Namun, kenapa ada rumah yang rasa ‘panas’, asyik nak bergaduh dengan pasangan apabila tiba dirumah. Ada sahaja perkara yang tak kena?
Okay cuba korang periksa 20 perkara ini, mungkin ni sebabnya :
Sedikit info, malaikat adalah ciptaan Allah yang ghaib. Yang tidak mempunyai nafsu dan fikiran. Tidak berbapa dan tidak beribu. Juga tidak beranak. Malaikat hanya mengerjakan apa yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikat ada banyak tetapi ada 10 wajib diketahui.
Keimanan kepada malaikat termasuk dalam rukun Iman yang kedua. Maka setiap orang Islam yang mengaku muslim harus mengimani keberadaan Malaikat.
Ini ciri-ciri rumah yang malaikat sama sekali tak akan singgah.
1) Malaikat takkan memasuki rumah kalau ada patung di dalamnya – Biasakan kita dengar hal ini di mana malaikat takkan singgah kalau dalam rumah itu ada menyimpan patung-patung seperti teady bear. Banyak kekasih suka nampak sweet menghadiahkan patung ini tapi kalau boleh jangan simpan di dalam rumah (lainlah kalau teady bear itu jadi mainan anak-anak kecil, dipijak-pijak atau dilempar-lempar. Ini tak mengapa).
2) Gambar potret – di rumah kita suka menggantung gambar manusia hidup yang telah dipotretkan. Memang nampak macam bestkan framekan gambar terima ijazah dan sebagainya tapi malaikat memang takkan memasuki rumah sebegini.
Malaikat rahmat tidak akan mendampingi suatu kaum yang terdiri atas orang-orang yang berteman dengan anjing. Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing”. [hdis riwayat Muslim]
4) Rumah yang penghuninya suka makan harta anak yatim -Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah) “Sesungguhnya orang-orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka apa yang mereka makan di akhirat kelak adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa’ir.” (an-Nisa’: 10).
5) Rumah orang yang suka makan harta riba – Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang menghancurkan (maksudnya tujuh dosa besar). Mereka (para sahabat) bertanya; ‘Apa saja, wahai Rasulullah?’ Beliau bersabda; ‘Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang, dan menuduh wanita mukminah yang baik-baik berbuat kekejian (zina).” HR. al-Bukhari dan Muslim). Larangan memakan harta hasil riba juga berlaku bagi orang yang membayar atau memberi riba kepada orang lain, baik secara individu mahupun keuntungan seperti faedah bank, gadaian dan sebagainya.
6) Rumah yang penghuninya tak pernah berselawat dan berzikir – Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).
7) Penghuni rumah suka bergaduh – Mengeluarkan perkataan caci maki dan bahasa kesat. Nabi saw seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a “dua orang yang saling mencaci bertanggungjawab atas kata-katanya. Maka dosa orang yang mengawalinya itu akan muncul hingga yang dicaci maki melampaui batas dalam membela diri.
8) Rumah yang penghuninya suka memasang dan mendengar lagu yang melalaikan -Contoh suka berkaraoke, lagu cinta, rock, dangdut dan sebagainya. Hati-hati ya dengan ciri ke lapan ini kerana siaran radio dan tv banyak menjurus kepada kelalaian ini. Ini memang banyak dilakukan konon untuk berseronok tapi tak sangka malaikat pun tak suka singgah.
Ads
9) Rumah yang ada loceng.
Imam Nawawi dalam pendapatnya : “Hadis di atas memberikan petunjuk bahawa membawa anjing dan loceng pada perjalanan merupakan perbuatan yang dibenci dan malaikat tidak akan menemani perjalanan mereka.
10) Rumah yang penghuninya suka minum arak – Walau hanya setitik dan tidak memabukkan, arak tetap haram. “Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar (arak) dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?” (al-Maidah: 90-91).
11) Rumah yang dijadikan tempat bermain judi dan menyembah berhala
12) Rumah yang dijadikan tempat bacaan mentera dan perbuatan syirik.
13) Rumah yang ada bau yang kurang menyenangkan
Ads
14) Rumah yang penghuninya hidup boros –
15) Penghuninya melakukan maksiat secara berterusan
16) Rumah yang dijadikan tempat melakukan dosa besar seperti pelacuran
17) Derhaka kepada ibu bapa
So korang, jangan lakukan ini langsung kerana bukan saja malaikat tak masuk ke rumah, hidup pun tak akan mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat.
18) Penghuni rumahnya dalam keadaan berhadas besar @tidak mandi menyucikan diri dari hadas besar ).
19) Rumah yang penghuninya suka memutuskan silaturahim
20) Rumah yang penghuninya langsung tidak bersolat – “Ulama bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Sebagaimana kita mahukan keredhaan Allah di akhirat, kita juga harus memperolehnya di dunia dahulu. Jika ada 20 ciri di atas, segeralah alert ya. Jangan sampai hidup ini sia-sia sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keadaan kes baharu COVID-19 harian yang diumumkan sepanjang minggu ini amat membimbangkan.
Sehingga 3 hari lepas, kes harian telah mencatatkan angka melebih 4,000 kes pada setiap hari menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Khamis, mingggu hadapan.
Justeru, pihak Majlis Keselamatan Negara atau MKN telah mengeluarkan senarai lokasi dan premis yang dikenalpasti sebagai ‘kawasan panas’ serta berpotensi bagi jangkitan wabak COVID-19. Ia dibuat berdasarkan catatan ‘Hotspot Identification for Dynamic Engagement’ atau HIDE di dalam aplikasi MySejahtera.
Oleh yang demikian, orang ramai ditegah daripada terlalu sakan atau teruja untuk mengunjungi lokasi seperti kompleks membeli-belah, terminal pengangkutan, pasaraya dan bazar Ramadan yang telahpun diarahkan ditutup di beberapa buah negeri termasuk di Lembah Klang.
Ramai antara kira mempercayai pengambilan telur boleh meningkatkan paras kolesterol dan lemak tepu. Maka ramai yang menghindarinya tanpa menyedari telur sebenarnya baik untuk pengambilan harian kerana sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu ¼ dari keperluan hariannya.
Jom ikuti perkongsian daripada @Farmacora di platform twitternya berkaitan 9 khasiat telur yang bagus untuk tubuh badan anda.
Foto Via Pexels
Mengandungi kolestrol yang baik
Tidak semua kolestrol jahat dan telur mengandungi kolestrol yang baik adalah HDL (high density lipid) sejenis kolestrol yang terdapat daripada telur yang memberi banyak manfaat dalam mengawal hormon serta sumber yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf kita. Untuk pengetahuan anda, Otak dan sistem saraf kita terbentuk 90 peratus daripada kolestrol.
Sistem imun lebih baik
Makan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi. Telur yang bersaiz besar (saiz AA) mengandungi 1/4 kandungan selenium yang diperlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan dapat mengawal hormon tiroid.
Kurangkan risiko sakit jantung
Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) ada zarah-zarah yang kecil dan besar. Zarah-zarah kecil ini membuatkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung adalah lebih rendah.
Foto Via Pexels
Menambah tenaga
Telur dapat tambah tenaga disebabkan mengandungi kandungan Vitamin B2 dalam telur. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga dan sebiji telur mengandungi 15 peratus daripada keperluan harian vitamin B2.
Rambut dan kulit lebih sihat
Selain vitamin B2, telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin-vitamin kompleks ini sangat penting untuk kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat dan cantik. Kedua-dua putih dan kuning telur baik untuk kulit dan rambut.
Baik untuk otak
Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini kerana Choline diperlukan untuk neurotransmitter dalam otak kita supaya berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.
Mengurangkan tekanan
Untuk pengetahuan umum, jika tubuh badan anda tidak dibekalkan dengan asid amino yang terkandung di dalam telur ia boleh memberi kesan kepada otak. Menurut kajian pada 2004, mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan dan dapat mengurangkan tekanan dan rasa bimbang.
Baik untuk kesihatan mata
Telur adalah salah satu makanan yang mengandungi zeaxanthin dan lutein yang dapat menjaga saraf di kawasan mata dari mengalami kerosakkan dan dengan pengambilan yang kerap boleh mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti rabun dan mata kering.
Baik untuk tulang dan gigi
Telur membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang lebih baik. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita kerana vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium dan baik untuk kesihatan hati.
Amalkan memakan telur setiap hari…Insyaallah. Namun pengambilannya haruslah secara bersederhana untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya banyak jenama terkenal mempunyai produk lain selain daripada produk asas mereka. Kalau kita sebut Maggi, mesti orang akan ingat mi segera dan kalau kita sebut Colgate, mestilah orang akan ingat ubat gigi.
Namun begitu, ada juga jenama terkenal mengeluarkan produk yang agak pelik dek kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Malang sekali, ia tidak mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.
Jom kita lihat antara jenama-jenama terkenal yang yang pernah mengeluarkan produk pelik ini yang pasti membuatkan korang tidak sangka.
Syarikat kereta AMC telah bekerjasama dengan jenama Gremlin Levi’s pada sekitar 1970-an untuk menghasilkan kereta Levi’s. Kereta ini tidak hanya berwarna biru seakan jeans Levi’s, malah tempat duduk kereta itu juga diperbuat daripada bahan denim.
Jangan takt ahu KFC pernah mengeluarkan Sunscreen Kentucky Fried Chicken SPF 30 pada tahun 2016. Ia bukan hanya dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, malah produk ini juga turut berbau ayam goreng KFC.
Nampaknya KFC selalu juga menghasilkan produk-produk yang pelik ya. Mereka juga pernah menghasilkan lilin wangian dengan aroma ayam goreng KFC. Namun, ia hanya dijual di New Zealand sahaja dalam kuantiti terhad.
Jenama restoran makanan segera ini pernah melancarkan tema burger Big Mac yang terdapat pada fesyen pakaian di Sweden. Bukan hanya t-shirt, ia ilustarasi corak Big Mac itu juga turut dicetak pada seluar, jaket hujan, cadar dan kasut.
Jenama ubat gigi terkenal, Colgate pernah menghasilkan produk makanan sejuk beku dan ia merupakan kegagalan terbesar syarikat mereka kerana ramai yang takut untuk mencubanya.
Jenama terkenal untuk produk lighter ini pernah mengeluarkan produk minyak wangi untuk kaum wanita. Walaupun berbau harum, rupa botolnya tidak memberi keselesaan kepada pengguna kerana bentuknya yang sama seperti lighter Zippo.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...