Disebabkan rentas negeri tidak dibenarkan, rata-rata rakyat Selangor menghabiskan hujung minggu melawat persisiran pantai di sekitar Selangor sahaja. Tidak dinafikan Selangor juga mempunyai pantai yang cantik dan setanding dengan tempat lain juga.
Udara segar, pemandangan indah… dan yang paling penting, mestilah boleh ambil banyak gambar yang insta-worthy!
Namun, buat masa ini kita semua diingatkan untuk tidak berkunjung ke kawasan pantai. Hal ini selepas Majlis Perbandaran Klang (MPK) melalui Pasukan Tindakan Segera (Skuad Pantas) kini dalam persediaan 24 jam menghadapi fenomena air pasang besar dijangka berlaku tak lama lagi. Fenomena tersebut boleh mengakibatkan bencana banjir di Klang.
Ads
Menurut Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, pihaknya telah mewujudkan pos gerakan sementara di kawasan tertentu. Kawasan-kawasan ini termasuk di bahagian yang kerap mengalami bencana banjir.
Ads
“Jabatan penguatkuasa MPK turut memantau lokasi hotspot yang sering berlaku banjir melalui kamera litar tertutup (CCTV) MPK,” kata Ahmad Fadzli, memetik laporan Sinar Harian.
Tahun lalu, fenomena air pasang besar telah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Klang dan Sabak Bernam terjejas. Malah paras air laut semasa fenomena tersebut berlaku di Selangor dilaporkan paling tinggi tahun lalu dalam tempoh 20 tahun.
Ads
Jadi buat korang yang ada plan bercuti atau beriadah di tepi pantai di sekitar Selangor weekend ni mungkin terpaksa membatalkan hasrat berkenaan.
Seperti yang kita tahu beratus tahun dahulu Melaka merupakan sebuah kota dagangan dunia yang menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk menguasainya. Kedudukannya yang strategik menjadikan Melaka sebagi pusat dagangan ulung ketika itu.
Mula dijajah oleh Portugis pada 1511 dan kemudiannya Belanda pula menjajah Melaka pada tahun 1641. Penjajahan Belanda ke atas Melaka merupakan penjajahan paling lama yang mana ia memakan masa selama 183 tahun. Ketika itu pengaruh Melaka sebagai kota dagangan semakin merosot kerana Belanda lebih mengutamakan Batavia ataupun sekarang dikenali sebagai Jakarta, Indonesia.
Sebelum kedatangan Portugis, Melaka sangat maju dan menjadi pusat perkembangan agama Islam yang unggul di Nusantara. Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan, dimanakah sebenarnya lokasi Istana Melaka dan juga masjid yang menjadi pusat penyebaran Islam.
Dalam perkongsian rancangan Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul episode 13 yang disiarkan TV3 ada berkongsi tentang perkara ini. Ketika zaman gemilang Kesultanan Melayu Melaka Istana pasti hadir dengan masjid dan dikelilingi rumah para pembesar.
Sehingga kini kedudukan masjid masih menjadi tanda tanya dan ada yang mengatakan tinggalan gereja St Paul yang terletak di atas bukit Melaka sebenarnya merupakan sebuah Masjid Agung.
Ujar Nurman Baroldin yang merupakan pengurus besar Institut warisan Melaka, “Islam diangkat sebagai sesuatu yang paling utama, adakah wajar Masjid berada di kaki bukit sedangkan Istana berada di puncak bukit?
“Jadi kemungkinan, apakah masjid agung melaka terletak di puncak bukit. Kalau pergi ke tapak memang runtuhan gereja st paul mengadap ke arah kiblat. Mungkin kalau kitab oleh buat perbandingan sekarang semua masjid-masjid lama yang terdapat di Melaka kedudukannya sama selari dengan runtuhan gereja St Paul.”
Sebenarnya tindakan Portugis menukar masjid menjadi gereja bukanlah satu perkara asing. Merujuk kepada sejarah perang salib apabila terjadinya Reconquista ataupun dalam bahasa Inggeris, Reconquest yang bermaksud penaklukan semula. Masjid-masjid diubah menjadi gereja dan kesan peninggalan tersebut masih boleh dilihat sehingga kini.
Ketika Portugis membina kota A’famosa bukan sahaja batu-batuan semulajadi digunakan bahkan mereka menggunakan semula batu batu dari sisa runtuhan asal serta batu nisan untuk membina kota tersebut.
Mengikut fakta sejarah. Bukit Melaka dikenali sebagai Bukit St Paul kini. Dipercayai bukit tersebut sebenarnya dinamakan bukit Melaka sejak dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah lagi. Namun apabila Portugis menjajah Melaka, mereka menukar nama bukit tersebut kepada nama paderi terkenal di Nusantara ketika itu.
***P/S- Sebagai anak Malaysia, kita harus menghargai sejarah yang panjang negara kita miliki. Jangan biarkan ia ditelah waktu arus kemodenan kerana dengan sejarah kita mengenali jati diri bagaimana susahnya nenek moyang mempertahankan negara ketitisan darah terakhir.
Situasi banjir yang berlaku di Lembah Klang menyebabkan ramai yang terkesan dek kerana rumah mereka dinaiki air atau kawasan perumahan terjejas teruk akibat bencana alam ini.
Disebabkan oleh itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan cuti bencana mulai hari ini sehingga 25 Disember depan.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Majlis Eksekutif Universiti susulan banjir luar biasa yang melanda negara ketika ini.
Semua kuliah dibatalkan mulai hari ini hingga Sabtu sebagai inisiatif bagi meringankan dan membantu mereka yang terkesan. Sepanjang tempoh ini, tiada sebarang aktiviti kuliah, pentaksiran dan penghantaran tugas dilaksanakan.
Cuti bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti khas perayaan pada 25 Disember hingga 2 Januari 2022 seperti yang ditetapkan dalam kalendar akademik sesi I 2021/2022.
Jelasnya lagi, pensyarah boleh menggunakan minggu ulang kaji (31 Januari hingga 5 Februari) bagi tujuan penggantian kuliah.
Inisiatif ini dilakukan kerana UiTM amat mengambil berat dan prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh pelajar dan kakitangan sokongan dan akademik yang terkesan dengan bencana banjir ini.
Kami di Remaja juga turut mengucapkan takziah kepada seluruh warga Lembah Klang dan semoga keadaan air banjir semakin surut dan diberikan bantuan keperluan secukupnya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rohana Abdullah juga tular di media sosial selepas pendedahan gadis berusia 22 tahun ini mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa disebabkan sejarah hidupnya.
Tapi gadis ini bertuah kerana bertemu dengan Chee. Sepanjang 22 tahun, Rohana dijaga dan dibesarkan oleh Chee Hoi Lan yang merupakan seorang bekas guru tadika. Bukan itu sahaja, Chee Hoi Lan juga mengikut cara Islam sepenuhnya sepanjang Rohana berada di bawah jagaannya.
Malah, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun baru-baru ini. Wanita Cina yang berumur 83 tahun itu atau mesra dipanggil Laoshi dipilih sebagai penerima Anugerah Ibu Sejati-Keluarga Malaysia sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Chee menerima anugerah yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ini berikutan kecekalannya menjaga seorang anak angkat yang beragama Islam bernama Rohana Abdullah sejak berusia dua bulan. Tambahan pula, dia memastikan anak angkatnya itu membesarkan sebagai wanita Islam.
Demi kasih sayangnya terhadap Rohana, wanita itu sanggup mengeluarkan wang demi memastikan anak angkatnya dapat belajar serta mendalami syariat Islam. Chee berusaha memastikan Rohana tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Wanita ini tidak pernah menjadikan perbezaan budaya dan agama sebagai penghalang untuk dia menumpahkan kasih sayang kepada Rohana seperti anak sendiri.
Penganugerahan itu diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Selain itu, Rohana sebelum ini tidak mempunyai kerakyatan telah dianugerahkan kerakyatan Malaysia pada April lepas setelah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Melalui kisah ini, penulis berharap kita semua akan dapat mengutip suatu ilmu baharu dan menjadikan ia sebagai tauladan berhubung soal perpaduan dan kasih sayang sesama insan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...