Bagi pengikut tegar perkembangan telefon pintar, pastinya korang sudah tahu krisis antara Amerika Syarikat (US) terhadap pengeluar telefon pintar China, Huawei yang macam tiada kata nokhtah.

Elak Dominasi Huawei, US Nekad Ambil Alih Nokia Dan Ericsson
Untuk kita recap semula, Amerika Syarikat melalui Jabatan Pedagangan negara itu (U.S Commerce Department) telah meletakkan jenama telefon pintar dari China, Huawei dan 68 lagi jenama lain seluruh dunia ke dalam senarai hitam perdagangan mereka yang dipanggil ‘Entity List’. Ini berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas tuduhan pencerobohan sekuriti.

Elak Dominasi Huawei, US Nekad Ambil Alih Nokia Dan Ericsson

Lalu, Google, Android, Intel dan beberapa organisasi besar lain secara tak langsung tak dibenarkan bekerjasama dengan Huawei dan Honor (anak syarikat Huawei) dengan serta-merta kerana mereka tak dibenarkan mempunyai apa-apa perhubungan perdagangan dengan 2 jenama tersebut.

Saingan Google Play Store

Elak Dominasi Huawei, US Nekad Ambil Alih Nokia Dan Ericsson

Ads

Namun Huawei telah melakukan langkah bijak, kini syarikat telekomunikasi berkenaan dikatan bakal bergabung bersama tiga jenama besar lain iaitu Xiaomi, Oppo dan Vivo bagi membentuk satu platform yang bakal memberikan saingan kepada Google Play Store.

Ambil Alih Nokia & Ericsson

Ads

Rentetan dari itu, Peguam Negara AS, Willian Barr mencadangkan agar kerajaan AS mempertimbangkan untuk mengambil pegangan pada Nokia (Finland) dan Ericsson (Sweden) agar dapat memberikan saingan besar kepada Huawei.

Elak Dominasi Huawei, US Nekad Ambil Alih Nokia Dan Ericsson

Ads

Kedua-dua jenama yang merupakan saingan terbesar Huawei. Huawei kemudiannya dibenarkan oleh United Kingdom (UK) untuk menyertai ujian rangkaian 5G di negara mereka walaupun mendapat tekanan daripada AS.

Barr percaya, dengan adanya sokongan daripada kerajaan AS disebalik kedua-dua syarikat berkenaan, pengguna global akan lebih yakin untuk menggunakannya.

Mungkinkah Nokia dan Ericsson  akan melakukan comeback dengan lebih kuat dan berkuasa selepas ini?

Sumber: CNBC, Amanz

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI