Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.
Sebagai orang Islam, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ingatlah bahawa kita bukan hamba kepada duit.
Nak tahu caranya supaya hati kekal tenang, ikuti perkongsian oleh Md Azhari Daud.
5 Amalan Kena Buat
Tip 1
Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada 3 bahagian iaitu untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat ataupun setiap hujung bulan.
Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya lakukan perniagaan dalam talian, duit keuntungan juga dibahagikan kepada 3. Duit modal jangan diusik kerana itu kegunaan untuk membeli barang perniagaan.
Tip 2
Sekiranya setiap hari sudah ada duit untuk simpanan, maka setiap hari perlu ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu.
Zaman sekarang mudah untuk lakukan pemindahan wang secara dalam talian. Semuanya di hujunga jari sahaja!
Lupakan duit simpanan itu. Tidak perlu kira berapa wang yang sudah disimpan. Simpan sahaja dan tutup mata.
Tip 3
Semasa keluarkan duit daripada dompet, tenangkan fikiran, senyum dan kepada yang Islam, iringi dengan bacaan ayat 54 daripada surah sad.
“Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya, hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.
Jadi, walaupun duit hanya tinggal 10 sen sahaja dalam dompet, hati dan minda kita tetap tenang.
Tip 4
Bila kita terima sahaja duit, masukkan terus ke dalam dompet diiringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.
Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Janji Allah, setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
Tip 5
Amalkan membaca Asmaul Husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan) 1,000 kali setiap hari atau sebanyak yang mampu.
Apabila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita menjadi tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
Jadi, apabila dompet kita kosong, kita masih mampu tersenyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Kuncinya apabila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting, tiang agama sentiasa ditegakkan, itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
Sama-samalah kita berusaha mengamalkannya. Selebihnya, tawakallah kepada Allah kerana hanya Dia pemberi rezeki seluas-luasnya. Asalkan kita mahu berusaha dan berbuat baik sesama manusia, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita nanti.
Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan ini.
Wallahualam..
Sumber : Md Azhari Daud
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.