Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tidak pernah kalah dalam berfesyen hingga digelar ikon fesyen.
Sejak bergelar juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha terus kekal dalam industri dalam mengembangkan bakatnya. Malah, walaupun sudah memasuki 40-an, Scha Al-Yahya, tetap awet muda.
Melihat kecantikannya, rasa teruja nak tahu rahsianya. Agaknya apa set penjagaan wajah dan gaya hidup yang ibu kepada Lara Alana dan Lila Ameena ini amalkan, ya.
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Betul! Scha Alyahya Bergabung Semula Dengan BONIA Untuk Detik Bersejarah Jenama Itu
Menurut pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.
“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.
“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.
Antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.
Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!
Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”
“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,”
jelasnya.Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata.
Sumber: Instagram Scha Al-Yahya
BACA LAGI: Scha, Neelofa & Dr Amalina Antara ‘Superwoman’ Yang Diiktiraf Malam Ini Oleh NONA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.