Sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan minyak masak berulang kali kerana menganggap ia masih selamat digunakan, selain dapat menjimatkan wang. Kadang kala, minyak masak untuk digoreng akan digunakan sehingga hitam, barulah kita menukar dengan minyak masak yang baru.
Tambah pula, dengan kenaikan harga minyak masak yang melampau hari ini, pastinya ramai yang cuba sehabis baik untuk berjimat dengan menggunakan minyak masak berulang kali.
Namun begitu, penggunaan semula minyak masak adalah tidak baik sama sekali. Semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Ini merupakan bahan bahaya penyebab kanser.
Radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Keradangan ini menyebabkan penyakit jantung, stroke, masalah kegemukan dan kencing manis. Malah, kalau korang perasan selepas makan makanan bergoreng (yang menggunakan minyak masak berulang, tekak akan berasa perit dan pedih. Ini adalah kerana keadaan berasid minyak masak terpakai.
Oleh itu, jika boleh elakkan penggunaan minyak masak lebih daripada tiga kali. Antara risiko-risiko menggunakan minyak masak berulang kali adalah seperti berikut:
Untuk info, Minyak terpakai boleh di jual atau di proses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain. Jadi, gunakan dengan sebaik mungkin okay?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.