Setiap individu menginginkan kulit wajah yang tidak mempunyai cela, lebih-lebih lagi untuk mengelakkan daripada masalah jerawat. Pemilihan produk penjagaan kulit adalah sangat penting bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan bersih.
Terdapat pelbagai produk skincare yang ada di pasaran, namun sebaiknya elakkan menggunakan produk yang mempunyai bahan merkuri kerana ia boleh merosakkan saluran pencernaan, sistem saraf dan ginjal. Bukan itu sahaja, merkuri juga berisiko mengganggu organ tubuh manusia seperti otak, jantung, ginjal dan paru-paru.
Jadi, apa yang kami nak kongsikan kali ini adalah 15 produk pencuci muka terbaik dan tip penggunaannya. Perkongsian ini telah dibuat oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amirah Mohd yang menyeru agar pengguna berhenti menggunakan produk merkuri.
Jom kita lihat antara produk skincare terbaik yang boleh korang dapatkan di drugstore seperti Watson atau Guardian.
1. OXY Whitening Oil Control Wash
☑️ Kulit tidak berasa kering setelah cucian
☑️ Pencuci muka yang sangat sesuai utk remaja
2. Cetaphil Skin Cleanser
☑️ Sesuai untuk kulit kering & sensitif
☑️ Tidak menyumbatkan liang pori
☑️ Ringan & non-greasy
❎ Mengandungi alkohol, paraben & SLS
3. Nivea Men Cleanser Whitening Oil Control Foam
☑️ Tidak menyebabkan kulit iritasi
☑️ Menghalang penghasilan minyak berlebihan
☑️ Mencerahkan kulit
❎ Bukan untuk memutihkan kulit
4. Safi Sari Gamat & Habbatus Sauda Pembersih Muka Anti Jerawat
☑️ Kulit bebas dari minyak dan jerawat
☑️ 17 bahan bernutrisi tinggi
☑️ Bebas alkohol, gluten, sulfat dan silikon
❎Mengandungi bahan pewangi sintetik
❎Bersifat comedogenic
5. Himalaya Purifying Neem Face Wash
☑️ Kulit bebas dari minyak dan jerawat
☑️ 17 bahan bernutrisi tinggi
☑️ Bebas alkohol, gluten, sulfat dan silikon
❎Mengandungi bahan pewangi sintetik
❎Bersifat comedogenic
6. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating FW
☑️ Menggelakkan proses penuaan
☑️ Mengekalkan hidrasi pada kulit
☑️ Sesuai untuk kulit sensitif
❎ Kulit wajah akan terasa pedih
7. Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel
☑️ 100% bebas sabun
☑️ Tiada pewangi atau pewarna tiruan
☑️ Bebas bahan kimia
☑️ Sesuai untuk kulit sensitif dan kulit berminyak
❎ Tak sesuai untuk kerap digunakan
8. Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser
☑️ Tiada alkohol
☑️ Tiada minyak
☑️ Tidak mengeringkan kulit
☑️ Murah
9. Eucerin ProACNE Solution Cleansing Gel
☑️ Kecilkan liang pori
☑️ Menghalang pertumbuhan jerawat
☑️ Menghapus whitehead & blackhead
☑️ Sesuai untuk kulit yang sangat sensitif
❎ Kadar efektif agak lambat berbanding pencuci lain
❎ Tidak sesuai untuk kulit yang terlampau kering
10. Wardah White Secret Facial Wash with AHA
☑️ Mencerahkan, memutihkan dan melembabkan
☑️ Membantu menghapus makeup
☑️ Menghilangkan sisa kotoran
☑️ Menyegarkan kulit
☑️ Dapat mengawal minyak pada muka
11. Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Facial Cleanser
☑️ Wajah lebih lembab berseri
☑️ Menghilangkan minyak pada muka
☑️ Membuka liang pori
☑️ Mengawal kegatalan kulit untuk mengurangkan jerawat
12. Garnier Light Complete White Speed Brightening Foam
☑️ Membersih muka secara mendalam
☑️ Mencerahkan kulit secara intensif
☑️ Tekstur yang lembut dan berkrim
❎ Bau lemon yang kuat
❎ Tidak memudarkan bintik hitam
13. Eversoft Ginkgo & Yuzu Acne & Oil Control Cleansing Foam
☑️ Tekstur berkrim, sesuai untuk kulit berminyak
☑️ Tidak mengeringkan kulit
☑️ Aroma harum yang menarik
❎ Hanya terdapat di drugstore sahaja
14. Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin
☑️ Baik untuk kegunaan harian
☑️ Bersihkan liang pori secara mendalam
☑️ Menghalang penghasilan sebum berlebihan
❎ Tidak sesuai untuk ‘fungal-acne’
15. Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam
☑️ Kulit terasa lembab dan lembut
☑️ Tidak menegangkan kulit
☑️ Bau yang harum
❎ Tidak sesuai untuk kulit berminyak
So guys, dah tahu tak produk yang mana sesuai untuk kulit wajah korang? Diharap informasi yang dikongsi ini dapat memberi manfaat buat korang semua.
Selamat mencuba!
Sumber: (1)