Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia, namun hanya kebelakangan ini saja ia semakin menjadi-jadi. Negara Barat terutamanya ditakutkan dengan agenda-agenda anti Islam yang dengan mudah mengaitkan Islam sebagai agama keganasan.
Walau pelbagai cubaan dilakukan untuk sekurang-kurangnya mendidik dan cuba membuka mata masyarakat tentang salah faham mereka terhadap Islam, ramai yang masih memilih untuk memekakkan telinga dan membutakan mata, didorong oleh rasa benci yang tidak diketahui datang dri mana.
Saluran TV Berbahasa Inggeris
Mengakui bahawa media massa mempunyai peranan yang sangat penting dalam era globalisasi kini, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengumumkan pelan tiga negara Islam mewujudkan sebuah saluran televisyen berbahasa Inggeris khusus bagi mengetengahkan imej positif tentang Islam.
Saluran itu mampu memaparkan pelbagai rancangan bertujuan memperbetul berita dan maklumat palsu yang memburuk-burukkan agama.
Pengumuman dibuat Imran Khan setelah bertemu Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berserta Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara sampingan sempena sesi ke-74 UNGA di New York
Sejarah Sebenar Islam
Perdana Menteri Pakistan itu menambah, satu usaha bersama wajar digerak untuk menghasilkan samaada filem atau drama bersiri bagi tujuan memperluas pendidikan, menyebar pelajaran dan mewujud pencerahan tentang sejarah sebenar Islam.
Ini juga termasuk menggembeleng tenaga, menambah usaha dan mempertingkatkan kebergantungan dari segi kemahiran, pengetahuan dan kepakaran dalam membentuk naratif yang positif tentang Islam.
Moga dengan inisiatif ini mampu membuka mata dan menghilangkan tanggapan negara Barat dan sintimen anti islam bahawa Islam itu penganas.
Sumber : Awani