Sering kalikan kita terlupa apa yang diajar guru. Lebih-lebih lagi bagi pelajar universiti yang perlu menghafal banyak nota-nota ketika berada di dewan kuliah. Bukan mudah sebenarnya untuk berjaya namun tidaklah juga susah untuk tidak mencapai kejayaan. Janji kita tahu apa rahsia belajar. Betul tak?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin tertua di dunia. Seluruh dunia mengagumi kebijaksanaannya terutama berucap tanpa memegang teks ucapan yang biasanya disediakan oleh para pegawainya. Lihatlah bagaimana Tun M dikagumi ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 baru -baru ini sehingga menimbulkan kekaguman tentang keupayaannya tidak melihat teks di sediakan.

Elak Jadi Pelupa, Tun M Kongsi Rahsia. Take Note Gaiss..

Seperti semua orang ada rahsia dan teknik belajar, buat para pelajar khususnya di universiti, mungkin korang boleh meniru rahsia Tun M yang satu ini terutama mengelak dari menjadi pelupa.

Untuk makluman korang semua, teknik elak pelupa yang begitu berkesan diamalkan oleh Tun M ialah sentiasalah membawa buku catatan kecil walau ke mana jua korang pergi.

Ads

Ini jugalah yang dilakukan oleh Tun M yang akan sentiasa  membawa buku catatan kecilnya mana-mana jua dan akan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan anggota Kabinet.

“Saya catat masa itu juga. Jangan tunggu lama-lama, nanti lupa. Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan,” katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin.

Elak Jadi Pelupa, Tun M Kongsi Rahsia. Take Note Gaiss..
Tengok bagaimana orang ramai kagum dengan kebijaksanaannya berucap tanpa memandang teks ucapan

Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu, beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya.

Ads

“Depan pun bubuh (tulis), belakang pun bubuh,” katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan.

Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London.

Dr Mahathir berkata beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet, yang dipengerusikannya.

Ads

“Saya lihat apa yang perlu dilakukan, saya tulis nota di sini (buku). Bila mesyuarat Kabinet, saya sebutlah benda ini.

“Sebagai perdana menteri, saya bertanggungjawab secara keseluruhan, yang jalan tugas menteri-menteri. Saya kena beritahu menteri kalau ada sesuatu yang perlu diketahui menteri itu, supaya dia ambil tindakan,” katanya.

– Bernama

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI