Kita sering kali melihat kemalangan maut membabitkan lori dan kereta. Ada sesetengah kenderaan dilihat gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan kenderaan besar ini.
Tahukah, untuk mengelak kemalangan maut dengan kenderaan besar ini kita harus mengetahui blind sport atau titik buta lori adalah sangat besar hingga mereka gagal melihat kenderaan yang datang dari belakang dan tepi sebelah kiri.
Apa yang dimaksudkan dengan titik buta? Titik buta merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Bukan hanya lori tetapi semua kenderaan mempunyai titik buta dan yang membezakan adalah jarak setiap satu darinya. Tidak semua pemandu dapat melihat kenderaan yang mengikutnya terlalu rapat atau pun sedang memotong. Ia disebabkan oleh reka bentuk sesebuah kenderaan dan juga penglihatan pemandu yang terbatas.
Namun yang paling bahaya dan perlu diambil tahu ialah berkongsi jalan raya dengan lori. Ini kerana lori mempunyai titik buta yang sangat besar.
Apa patut kita buat apabila bersaing dengan lori di jalan raya?
Info grafik : JPJ