Elak Kena Tipu, Ini Cara Kenali Sindiket Penipuan Scam Kerja

Share

Zaman sekarang ini macam-macam perkara yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mengaut keuntungan atas angin dengan menipu duit orang.

Pelbagai taktik digunakan untuk mengaburi mata masyarakat dan tidak terkecuali sindiket penipuan yang dilakukan dengan menawarkan pekerjaan kepada orang ramai. Ejen sindiket ini akan menawarkan keuntungan dan pulangan lumayan yang diberikan telah menarik minat untuk mangsa menyertainya.

Foto: New Straits Times

BACA: Sindiket Baru Scammer! Hati-Hati Dengan Tawaran Kerja Part-Time Dilaman E-dagang

Biasanya, sindiket seperti ini akan menghantar mesej melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, Facebook Messenger, Telegram, SMS dengan tawaran gaji yang tinggi. Kebiasaan ayat mereka, tawarkan gaji RM100 hingga RM500 sehari. Sudahlah bekerja di rumah, tidak perlu ada pengalaman atau sijil kelulusan pula tu.

Masuk akal ke?

Sindiket ini biasanya akan menyamar sebagai wakil bahagian pemasaran, HR dan pengurus projek yang terkenal, contohnya Amazon Malaysia. Kalau korang dapat mesej seperti itu terus sahaja padam dan jangan klik apa-apa link yang diberi. Lebih baik block dan report spam sahaja!

Untuk mengesan sama ada mesej yang diterima itu scam atau tidak, berikut 5 cara untuk korang kesan sindiket penipuan

  • Kerja senang, gaji banyak
  • Dapat tawaran tanpa temuduga
  • Minta bayaran/deposit sebelum bekerja
  • Tidak menggunakan email rasmi syarikat
  • Tiada info atau butiran tentang syarikat tersebut dimana-mana

Sekarang ini memang banyak mesej tawaran pekerjaan yang diterima. So guys, hati-hati dan jangan mudah terpedaya ok?

BACA: Cara Yang Korang Boleh Buat Untuk Elak Profile Picture FB Dicuri Oleh Scammer

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman