Foto Via Solihin Razali

Umum mengetahui bahawa bermulanya transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari. Penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan dihentikan secara berperingkat dan sistem RFID bakal diaktifkan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Elak Kereta Tersangkut Di Palang Tol, Lelaki Ini Kongsi ‘Rahsia’ Lekat RFID
Foto Via Berita Harian

BACA: Kad Touch ‘n Go & SmartTAG Mulai Tidak ‘Valid’ Di Plaza Tol Pada 2022

Namun, kecoh baru-baru ini apabila beberapa lebuhraya utama di Malaysia sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol berkenaan.

Ekoran itu, ramai pengguna yang meluahkan kekesalan mereka sehingga RFID menjadi trending kini di media sosial. Tidak kurang juga ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan sistem tersebut terutama cara-cara untuk memasang tag RFID pada kereta dengan betul.

Elak Kereta Tersangkut Di Palang Tol, Lelaki Ini Kongsi ‘Rahsia’ Lekat RFID

Ads

Seorang lelaki terpanggil untuk berkongsi tip elak kereta tersangkut di tol disebabkan FRID. Pengguna Facebook, Solihin Razali, mengatakan bahawa tag RFID patut dipasang bersebelahan nombor plat kereta.

Menurutnya, tag itu dipasang oleh pekerja tol di mana ia diuji terus dengan menggunakan pengimbas RFID  manual.

RFID pasang di toll, diorang test guna scanner RFID manual:

  • Pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi)
  • Pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)

End up diorang pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula-mula tu ragu-ragu jugak, boleh detect ke idak ni.

Ads

Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yang paling best adalah palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati!

Siapa lagi geng RFID tepi plat?

Ads

Menarik perkongsian Solihin ini, korang yang nak pasang RFID tu boleh ikut saranan ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Solihin Razali

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI