Elak 8 Tabiat Buruk Ini Kalau Tak Nak Kulit Muka Tambah Berminyak, Terutama Cuci dan Skrub Wajah

Share

Masalah kulit berminyak tidak hanya dihadapi oleh golongan perempuan, bahkan kaum lelaki pun turut merasa rimas jika mendapati kulit wajah berminyak.

Persekitaran yang terdedah dengan kotoran menjadi antara salah satu sebab mengapa masalah ini berlaku. Namun, ada juga kemungkinan anda mengamalkan cara penjagaan wajah yang salah selama ini. Jom semak sekiranya ada di kalangan anda yang melakukan lima tabiat buruk ini.

1. Terlalu kerap cuci dan skrub

Ramai yang menganggap mencuci wajah menggunakan teknik skrub secara kerap boleh menghilangkan masalah kulit wajah. Hakikatnya, cara ini hanya membuatkan wajah lebih berminyak, kasar dan sensitif.

Sebaiknya, cuci wajah sekerap dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Skrub pula hanya diamalkan dua kali seminggu. Sebelum itu, pastikan skrub anda mempunyai tekstur halus, urut lembut dan bilas dengan air suam.

2. Biar peluh kering sendiri

Antara punca kulit sensitif adalah peluh. Walaupun peluh boleh menyejukkan badan tetapi itu tidak bermaksud anda harus biarkan ia kering begitu sahaja.Segera bersihkan muka dengan menggunakan tisu basah atau tuala bersih agar segala kotoran degil tidak lagi melekat di wajah.

3. Suka picit jerawat

Ada yang merasakan bahawa tabiat memicit jerawat dapat menyelesaikan masalah.Namun ia hanya akan meninggalkan parut dan akhirnya menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Sebaiknya, sapukan krim jerawat agar ia kering dan pantas mengecil.

4. Buih syampu

Apabila syampu rambut pastikan buih yang terhasil tidak melekat pada wajah.Ini kerana buih tersebut mengandungi kotoran yang disingkirkan dari rambut. Malah kandungan bahan pelembap di dalam syampu juga boleh membuatkan kulit wajah semakin berminyak.

5. Sabun buku untuk wajah

Sabun buku berpotensi menjadi tempat bakteria atau kotoran berkumpul kerana ia terdedah dan telah disentuh oleh ramai orang. Sebaiknya belilah pencuci wajah khas untuk mengatasi masalah kulit wajah anda.

6. Makan Makanan Berminyak

Sumber Gambar : Robin Stickel from Pexels

Greasy food boleh menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat menjadi semakin teruk. Jadi, amalkan makanan diet yang sihat dan kurangkan makan makanan yang berminyak!

7. Krim pencerah kulit


Krim pencerah kulit sangatlah tidak sesuai bagi kulit berminyak dan berjerawat. Ia mengandungi bahan yang menyebabkan jerawat lambat sembuh dan muka semakin berminyak dan juga berpotensi meninggalkan kesan pigmentasi.

8. Tak minum air secukupnya


Air banyak manfaatnya sejak dari azali lagi. Kita dikehendaki untuk minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air setiap hari.

Air boleh membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan membuang air kecil ataupun melalui peluh. Jadi kita harus gantikan semula peluh yang keluar agar badan tidak kering dan dehydrate.

Jadi jaga wajah baik-baik agar kekal bersih dan berseri-seri. Bila wajah kita elok, hati pun senang!

Selamat Beramal!

Published by
Nana