Elak Lakukan 7 Perkara Ini Agar Tak MUFLIS Di Usia Muda Tapi Last Tu Paling Ramai Buat

Share

Bilangan golongan yang muflis dan diisytihar bangkrup di Malaysia adalah seramai 300, 958 orang di mana golongan berusia 35-44 tahun paling ramai terlibat iaitu dari 34.4 peratus dari jumlah keseluruhan.

Kemampuan mereka yang membayar semula hutang tidak ramai. Dari tahun 2013-2017, bilangan mereka yang membayarnya semula dan berjaya keluar dari hutang ialah seramai 100,610 orang.

Jika dipecahkan mengikut negeri, Selangor mencatat jumlah paling pelepasan dan pembatalan kebankrapan tertinggi iaitu seramai 4,189 orang, diikuti Johor (2,278), Wilayah Persekutuan (1,665), Pulau Pinang (1,002), Sarawak (961), Perak (895), Sabah (737), Kedah (550), Pahang (468), Negeri Sembilan (423), Kelantan (342), Melaka (291), Terengganu (253) dan Perlis (54).

Baca perkongsian dari Perunding Pengurusan Kewangan, Amir Syahir dalam facebooknya mengenai tujuh perkara yang selalu dilakukan oleh anak muda tetapi tidak menyangka itulah perkara paling mudah memerangkap mereka dalam hutang dan seterusnya diisytiharkan muflis.

Tips Mudah Muflis Anak Muda

Mahkamah boleh mengisytiharkan kau muflis jika kau orang mempunyai hutang melebihi RM50,000 dan tidak mampu membayar ansuran melebihi 6 bulan.

Paling tinggi sekali peratus bankrap ialah;

  1. Pinjaman Sewa Beli Kenderaan
    2. Pinjaman Perumahan
    3. Pinjaman Peribadi

Itu sebab kau perlu beli kereta dalam kemampuan kau. Beli kereta ikut penyata gaji kau. Jangan beli kereta ikut penyata gaji bos kau. Pinjaman sewa beli kereta paling mudah lulus.

Pinjaman perumahan kau mampu bayar ansuran bulanan lepastu bank lelong rumah kau. Ada kes yang beli rumah undercon lepastu rasa tak mampu nak bayar. Rumah tak siap lagi. Apa lah nasib.

Pinjaman peribadi ni paling feveret anak muda. Nak kahwin je mesti buat pinjaman peribadi. Nak modified kereta pun ada buat pinjaman peribadi. Pesen suka berhutang benda bukan-bukan.

Antara penyebab utama anak muda muflis ialah;

Pengurusan Kewangan Yang Lemah – 

Beli kereta separuh daripada gaji, terlebih belanja. Kad kredit sampai tiga, empat. Terlalu terikut dan termakan nasihat kawan suruh berbelanja besar, beli itu beli ini.

Gaya Hidup Mewah – Kereta nak import mewah je, telefon pintar, pakaian semua nak up-to-date. Gaji naik, pendapatan meningkat tapi tak juga dapat menyimpan. Sebab apa? Sebab kau orang hidup melebihi kemampuan.

Kos Perubatan – Kemalangan tidak dijangka, penyakit yang mungkin tiba tanpa kita sedar. Masa tu menyesal pun dah tak guna. Kau dah la suka hisap vape. Takde takaful insurans pulak tu.

Tidak Menyimpan – Tiada langsung simpanan. Tabung kecemasan lagi la. Mulakan menyimpan sekarang!!

Pelaburan Skim Cepat Kaya – Ramai nak kaya. Nak cepat kaya. Tapi malas nak berusaha. Kalau kau kaya terlalu cepat, kau akan jatuh tersungkur, rebah di pintu kemiskinan dengan cepat. Lagi 4 tahun nak masuk 2020 pun kau masih percaya dengan mitos skim cepat kaya. Kasihan. Baik kau berhenti mimpi di siang hari dan berusaha sedaya mungkin.

Tiada Ilmu Pengurusan Kewangan – Nak berjaya dunia kena ada ilmu. Nak berjaya akhirat pun kena ada ilmu. Ada orang yang berpendapatan besar, gaji RM3000 ke atas pun tak mampu ada simpanan dan tak ada aset hartanah.

Pembiayaan Peribadi – Buat pembiayaan peribadi dengan bank dalam jumlah yang besar. Contohnya, buat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kalau nak kahwin mesti gah dan meriah. Maklumlah, sekali seumur hidup.

Ada yang sanggup buat pembiayaan peribadi sampai RM50K untuk majlis perkahwinan. RM50K habis dalam masa sebulan. Tapi, kena tanggung hutang sampai 10 tahun. Buat majlis biasa-biasa bukan dosa pun.

***

Kesimpulannya, perancangan hari ini akan memberi kesan pada masa depan kau orang nanti. Jadi, fikir-fikirkan lah. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros